Andai sudah bersedia terima tanggungjawab sebagai isteri, maka tentu anda juga bersedia untuk menimba ilmu menjadi isteri terbaik. Sebaik sahaja berumahtangga, wanita yang bergelar isteri perlulah taat pada suami.
Sebuah perkahwinan bermulanya dengan kasih sayang dan kepercayaan yang tinggi. Sejauh manapun kita ‘sekepala’ dengan pasangan, tidak bermakna boleh hilangnya sifat saling hormat menghormati sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri.
Kata suami, seorang isteri yang baik perlu pandai masak, jaga ‘perut’ suami dan keluarga serta pandai bersolek untuk suami. Ada suami lain pula kata, isteri solehah itu adalah isteri yang boleh buat semua kerjarumah, pandai cari duit sendiri dan pandai berdikari. Kalau itulah jawapan suami, boleh pengsan isteri dibuatnya sebab macam tak ‘kena’ pula.
“Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya.” [1]
Jom kita senaraikan apa sebenarnya tanggungjawab isteri sehingga boleh mencapai title ‘solehah’ tu! Ini adalah pesanan daripada isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.
Ads
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Berkhidmat dengan rasa puas
Sebagaimana kita mahukan yang terbaik dalam urusan kerja, begitulah juga sepatutnya kita mahu lakukan yang terbaik untuk suami dan keluarga. Ikhlaskan diri dalam melaksanakan tugasan di rumah tanpa ada perasaan ingin mengungkit.
Taat dan baik kepadanya
Sebelum bergelar isteri, seorang anak perempuan perlu taat kepada kedua ibu bapanya. Sebaik sahaja bernikah, ketaatan itu perlu diutamakan kepada suami. Tetapi ia tidak bermakna anda hanya menurut kata suami. Perbincangan dan komunikasi yang baik sangat perlu seandainya ada perkara yang berbangkit di antara pasangan.
Memerhatikan tempat pandangan matanya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu.
Ads
Jadilah ‘pemandangan’ paling indah hanya untuk suami. Pilihlah pakaian yang bersih dan cantik dan bersoleklah dengan warna menarik untuk suami melihat kecantikan isterinya. Pastikan juga kediaman anda sentiasa kemas dan bersih agar suami tidak terlihat sesuatu yang buruk datang dari isteri sendiri.
Memerhatikan bau yang diciumnya. Jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Berwangi-wangian apabila bersama suami dan jangan sampai dia terhidu bau yang kurang enak. Peliharalah kebersihan dirimu dan kediaman agar suami sentiasa selesa dan tenang berada di sampingmu.
Menjagawaktu makannya kerana lapar yang berlarutan boleh mengganggu emosi.
Sebagai isteri solehah, janganlah membiarkan suami berlapar. Tidak mengapa jika anda tak pandai memasak atau tidak berkesempatan untuk memasak. Pastikan jadual waktu makan suami terjaga. Sepertimana kita, suami juga akan menjadi emosi ketika lapar.
Ads
Memerhatikan waktu tidurnya kerana tidur yang terganggu boleh menimbulkan rasa marah.
Isteri kena tahu waktu tidur suami dan perlu peka sekiranya suami kelihatan letih dan memerlukan rehat. Janganlah terus menyuruh mereka lakukan macam-macam perkara bila pulang dari kerja. Mereka juga perlukan rehat yang cukup untuk sihat dan mengembalikan tenaga.
Menjaga hartanya
Sama ada anda mengahwini suami yang kaya atau miskin, anda perlu menjaga harta milik suami. Uruskan kewangan keluarga dengan sebaiknya. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada tanpa membebankan suami.
Memelihara kehormatandan maruah suami serta keluarganya.
Jangan memburuk-burukkan suami di hadapan orang. Jagalah aibnya dan peliharalah keluarganya. Sebagaimana anda menyayangi dan menghormati ahli keluarga anda, begitulah juga sebaiknya dilakukan kepada keluarga mentua.
Jangan membangkang perintahnya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya.
Jagalah hati suami. Berkomunikasi dengan baik dengan suami sekiranya anda ingin menyuarakan pendapat. Lelaki ini ada egonya tersendiri.
Jangan membuka rahsianya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Jagalah rahsia rumahtangga anda. Tidak perlu dicanangkan rahsia yang telah diamanahkan kepadamu. Jangan sesekali bercerita hal dalam kain kepada orang luar kerana apabila anda mengaibkan suami, itu sebenarnya adalah aib anda sendiri.
Wahai wanita! Pilihlah untuk bergelar isteri solehah. Bukan sahaja ganjaranmu di dunia tetapi lebih besar nikmatnya di akhirat nanti. Rebutlah kasih sayang suami untuk mendapat kasih sayang Allah di akhirnya nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bunga tangan adalah pelengkap bagi penampilan ratu sehari di majlis raikan cinta. Selain memberi keserian buat penampilan ratu sehari, sejambak bunga juga dianggap membawa kebahagian di dalam perkahwinan, manakala riben yang mengikat jambakan bunga tersebut melambangkan persekutuan.
Fungsi utama bunga tangan ini adalah ianya mampu meningkatkan keceriaan kepada pengantin. Selain itu dengan adanya bunga tangan ini, ia dapat meningkatkan mood pada majlis itu.
Walau bagaimanapun kebanyakkan pengantin sekarang membawa bunga tangan hanya sebagai aksesori pengantin. Maka ramai yang tidak tahu akan makna simbolik bunga yang sesuai dengan karektor mereka, jadi jom beri perhatian kepada jenis bunga tangan yang sesuai dengan anda.
BUNGA ROS
Warna beige: Kesopanan
Warna putih: Kesucian
Warna merah: Cinta dan kebahagiaan
Warna merah jambu: Menarik
Warna jingga: Terpesona
Warna kuning: Persahabatan
BUNGA HYDRANGEA: Kebanggaan, harga diri
BUNGA CARNATION: Keberanian
BUNGA ORCHID: Kecantikan
BUNGA TULIP: Cinta
BUNGA LILY: Keangungan
BUNGA ‘LILY OF THE VALLEY’: Kesucian dan rendah diri
BUNGA PEONY: Aura positif
BUNGA CALLA LILY: Kesucian dan keimanan
BUNGA RANUNCULUS: Daya tarikan
BUNGA GARDENIAS: Kegembiraan
Jadi bunga manakah yang akan menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bunga tangan pengantin?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bijak kemas kain baju, rumah akan nampak bersih senang nak cari pakaian setiap kali nak pakai. Nak-nak kalau anda baru berumah tangga, mestilah rasa kurang cekap nak atasi bab menyimpan dan menyusun.
Sampai satu tahap, almari menjadi penuh dengan pakaian, sekali gus membuatkan si pemilik rimas untuk menguruskannya.
Menurut Hani Mynis menerusi perkongsiannya, anda sepatutnya membuat spring cleaning pakaian yang dimiliki secara berkala.
Jom semak tujuh tip pengurusan pakaian:
1. Spring cleaning
Kena buat spring cleaning baju yang banyak, sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju. Baju yang dah tak muat boleh diberi kepada orang, baju yang koyak boleh dibuang. Begitu juga dengan tuala serta cadar yang kotor, ia juga perlu dibuang.
2. Satu masuk, satu keluar
Gunakan ‘rule’ ini, satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baharu masuk, jangan beli. Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, inilah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yang kita takkan pakai, bolehlah dijual atau diberi orang.
3. Penyangkut baju
Gunakan penyangkut baju yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
4. Gosok awal
Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
5. Tuala
Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kami tak ada dryer. Sediakan dua tuala untuk tetamu.
6. Cadar/sarung bantal
Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Ini akan memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas.
7. Lebihan pakaian
Mana-mana pakaian yang lebih, yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup (untuk elakkan debu bertahun) dan pastikan bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu.
Jadi, tak ada lah masalah kain baju yang tak kemas dan susah nak cari bila anda guna tip ini. Nanti cuba, ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bangun pagi-pagi selalunya perkara pertama yang akan kita lakukan adalah check handphone. Kemudian mulalah rutin harian yang sibuk sehingga masa untuk solat pun dicatu. Apakata ambil sedikit masa, 15 minit saha untuk melakukan solat sunat Dhuha kerana ganjaran yang Allah janjikan cukup luar biasa.
Seperti perkongsian Izhar Fahmie, ini kelebihan solat sunat Dhuha yang kita patut ambil tahu dan ambil peluang untuk mengerjakannnya…
Sudah menjadi kemestian di setiap hari bagi aku untuk melakukan solat dhuha. Aku melakukan solat dhuha bukan kerana sebab niat untuk dimurahkan rezeki semata-mata, tetapi aku buat dan amalkan solat sunat dhuha dengan niat agar Allah keluarkan aku dari masalah yang dihadapi dan mempermudahkan segala urusan aku setiap hari. Ia bergantung pada niat, keikhlasan dan sejauh mana Allah terima keiklasan itu.
Kejap semangat, kejap down. Tak jadi.
Mesti maintain dan konsisten.
Tak usah fikir lagi pasal masalah menggunung tu. Seolah dah habis daya dan tenaga nak fikir. Kosongkan fikiran.
Posisi penyerahan ialah jadilah apa nak jadi. Sebab dah buat macam-macam. Sedekah dan lakukan lah solat dhuha.
untuk apa solat dhuha?
untuk ibadahlah.
Solat tu ibadah
Kerja tu ibadah
Berniaga tu ibadah
Dakwah tu ibadah
Ingat mati tu ibadah
Ibadah itu rezeki. Sempurna ibadah maka sempurnalah rezeki.
Lakukan solat dhuha. Buat dhuha bukan berapa rakaat bilangan yang nak dibuat. Tetapi berapa larat tenaga nak kerjakan dhuha. Lagi banyak sujud lagi Allah suka. Bukan dua, bukan 4, bukan 8 tapi 16. Huhu. Boleh ke? Bukan tak boleh, tapi tak mahu. Tepuk dada tanya hati. Aku buat dhuha semata untuk Allah tanda aku bersyukur atau untuk jaga rezeki aku?
Mula-mula buat memang sebab nak jaga hal rezeki. Nak suruh melimpah banyak. Salah ke? Tak salah pun. Ini namanya buat sesuatu mengharap balasan. Takpa Allah pemurah. Boleh je. Dia kasi je.
Sebab Allah janji dengan ganjarannya untuk siapa yang buat. Buatlah. Buat dengan konsisten. Lama-lama buat kita akan faham ianya bukan tentang kita nak dapat rezeki. Tetapi ianya tentang berapa banyak, berapa kuat kita jaga ibadah dengan tekun dan ikhlas hanya untuk Allah semata. Itu je.