Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Dr Ismail Sabri mengumumkan bahawa keputusan untuk menganjurkan sebarang majlis perkahwinan bakal diumumkan pada hari Rabu ini.
Kenyataan ini telah disampaikan oleh beliau menerusi Sidang Media Harian MKN di Putrajaya hari ini.
Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang esok akan membincangkan secara teliti mengenai kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dan keputusan akan diumumkan pada Rabu.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memahami keluhan syarikat pengurusan majlis perkahwinan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
“Perbincangan esok bukan sahaja dari segi kebenaran, tetapi juga prosedur operasi standard (SOP). Kita bincang dari segi jumlah kehadiran, adakah setakat 250 orang atau pun mungkin lebih lagi,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini, hari ini.
Ads
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan meneliti pelaksanaan Solat Jumaat dua sesi seperti yang dilaksanakan di Singapura.
“Setakat ini, kita telah benarkan Solat Jumaat diadakan satu pertiga daripada kapasiti masjid. Sama ada dua sesi dibolehkan, maknanya satu pertiga sesi pertama, satu pertiga lagi sesi kedua, perkara ini saya percaya akan diteliti. Kalau ada keputusan kita akan umumkan,” katanya.
Mengenai pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, Ismail Sabri berkata kerajaan membenarkan pasangan dan anak kepada rakyat Malaysia yang bukan warganegara untuk pulang ke negara ini dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu.
Ads
“Kita meminta mereka memohon daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu, saya nasihatkan jangan terbang balik sebelum dapat kelulusan.
“Ini untuk elak ‘stranded’ di airport tak boleh keluar, atau mereka terpaksa balik ke negara tempat tinggal mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menasihatkan ibu bapa supaya memastikan keadaan kesihatan anak mereka sebelum menghantar ke sekolah yang akan dibuka semula Rabu ini.
Ads
“Hanya anak yang sihat dan tidak bergejala dihantar ke sekolah… anak mesti patuhi SOP yang ditetapkan dan mereka juga perlu jaga kebersihan diri terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap dan kalau boleh digalakkan untuk pakai penutup mulut dan hidung,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kawalan sempadan negara, seramai 977 pendatang asing tanpa izin dan 161 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong tikus.
“Turut ditahan, 36 individu yang disyaki penyeludup serta 26 buah kapal,” kata beliau yang turut memaklumkan 97 individu ditahan atas kesalahan melanggar arahan PKPP semalam.
Tambah beliau, jumlah kumulatif tapak pembinaan yang mematuhi SOP setakat ini ialah 2,186 manakala 421 tapak pembinaan tidak patuh SOP dan sudah diberi amaran. – BERNAMA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim selamat bernikah dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam sebuah majlis tertutup.
Che Puan Jeslina Hashim Sah Milik Tunku Eddy
Berita gembira terbabit dikongsi pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim yang kini menjadi biras kepada penyanyi berusia 46 tahun itu.
“Hari yang indah dan majlis yang indah bagi meraikan akad nikah adik ipar saya Eddy Mudzaffar bersama Jeslina Hashim.
“Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dihadiri Sarimah Ibrahim
Sarimah hadir ke majlis tersebut bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.
Difahamkan, pernikahan pasangan yang sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menerusi video, mempelai menggayakan persalinan sedondon serba putih, bahkan pengantin perempuan turut menitiskan air mata gembira sebelum upacara menyarung cincin.
Sebelum ini, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Tunku Eddy yang juga adik kepada suami Sarimah adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan dan Yang di-Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja’afar.
Tumpang bahagia melihat pelakon, Elisya Sandha hamil anak kedua dan berkongsi berita gembira ini dengan kejutan yang dibuat kepada suami dan ahli keluarga mentuanya.
Apa yang menarik, reaksi pelakon serta penerbit, Sheila Rusly ternganga dan melompat kegirangan saat diberitahu tentang keadaan menantu kesayangan itu kembali berbadan dua.
Elisya Sandha Hamil Lagi
Bukan mudah untuk dapat reaksi begini, perasaan yang bercambur baur itu juga sampai kepada sesiapa sahaja yang turut menonton video yang dikongsi oleh pasangan pelakon ini.
Reaksi Sheila yang menitiskan air mata kegembiraan sebelum memeluk Elisya menjadi perhatian pengikutnya.
Rezeki Dapat Anak Kedua
Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 25, mendedahkan status terbaharunya menerusi satu hantaran dalam Instagram dengan menyatakan puteri sulungnya bakal bergelar kakak.
“Syukur untuk rezeki yang terbesar dalam hidup. Terima kasih atas doa semua.
“Bunga (anak sulung) nak jadi kakak dah,” tulis adik pelakon Fasha Sandha itu.
Pelakon filem Rasuk itu juga memuat naik video yang memperlihatkan suaminya, Uzair Haqimy, tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keputusan ujian kehamilan tersebut.
Detik berharga itu disusuli pelukan mesra pasangan terbabit bersama anak sulung mereka, Bunga Elhaq.
Di hujung video, Elisya turut berkongsi gambar imbasan kandungannya yang kini sudah memasuki 12 minggu, enam hari.
Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021 dan dikurniakan Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial berkenaan gambar pengantin berbusana simple yang sangat cantik. Bukan sahaja ia menjadi bualan hangat, namun masing- masing warganet turut memasang angan-angan untuk memilikinya suatu hari nanti.
Rupa-rupanya buju kurung tradisional lengkap dengan Chiffon Keringkam bewarna biru muda itu dari butik pengantin, Teh Firdaus. Pasangan pengantin yang menggayakan busana tersebut dikenali sebagai Arif Azmi dan Tengku Ameera dan digayakan pada hari persandingan mereka.
Hasil pemerhatian di laman sosial pengantin, hari persandingan mereka sudah sebulan yang lalu, namun busana pengantin itu menjadi tumpuan kembali setelah pihak butik Teh Firdaus memuat naiknya di media sosial.
Rata-rata warganet memuji kecantikan busana itu, kata mereka baju tradisi selalu terbaik… elok macam pengantin berdua ni, tampak ayu dan menawan.
Cantiknya pakai simple gini… Pretty nya baju macam ni. Nnti kahwin nak baju macam ni sangat simple.
Lawanya simple tapi kenapa aku rasa macam naik seri dia.
OMG CANTIKNYAAA BAJU DIA!
Kemas je kan dia pakai. Takdala semak dengan labuci sana sini.
Songket, seni warisan kita… yang kian dilupai.
Jarang tau nak jumpa lelaki sekarang yang nak pakai baju Melayu Johor ni.
Gambar : Teh Firdaus
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!