Sepatutnya, hal kerja rumahtangga elok berkongsi buat, barulah dapat rehat bersama dan suasana pun akan lebih teratur.
Orang rumah bekerja atau tidak, tetap kena sama-sama curi masa buat bersama. Isteri duduk rumah pun, bukan saja-saja goyang kaki. Ada yang beranak ramai tu, nak suap nasi ke mulut sendiri pun tak sempat. Itu lah realiti. Jadi suami kena faham dan toleransi dalam hal rumahtangga.
Nak lagi faham, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini…
Kerja Rumahtangga Elok Berkongsi Buat, Baru Nampak Kejar Pahala!
Memang best kalau setiap kali nak makan, isteri hidang lauk, isteri ceduk nasi, isteri tuang air.
Habis makan, isteri hulur tempat basuh tangan, tisu, kita terus bangun pergi tengok TV, tinggal pinggan, tinggal cawan atas meja, biar isteri kemaskan semua..
Kemudian bila rasa nak kopi, order. Rasa nak cucur, atau makanan tambahan lain, order lagi. Tunggu depan TV, kejap isteri bawakan.
Ads
Ya, memang best… best untuk suami lah, bukan untuk isteri.
Kalau ada secubit rasa kasih, kasihan, simpati, ehsan pada isteri, insyaallah kita tak akan jadi suami macam itu. Insyaallah.
Kita akan tolong dia sebab kita pun nak pahala dalam rumahtangga.
Kita tak tergamak nak tengok dia buat semua.
Kita akan tolong dia hidang lauk.
Kita akan ceduk sendiri nasi kita.
Kita akan tuang air sendiri.
Habis makan, kita bangun sendiri untuk basuh tangan.
Ads
Kita bawa pinggan, bawa cawan pergi kat sinki, kita basuh. Kita basuh sekali semua benda yang ada kat sinki.
Kita kemas meja, kita kemas dapur.
Nak rehat kan? Kita buat bagi suami isteri dapat rehat yang sama.
Cara macam ini baru nampak kita ini bukan raja sangat. Dan cara macam ini baru nampak kita ini bukan power sangat. Cara macam ini baru nampak kita ini pun kejar pahala.
Ads
Nak ringankan beban isteri, nak tolong isteri.
Cara macam ini baru nampak yang kita ini ikut sunnah, ikut cara Rasulullah S.A.W.
Baru jadi role model, contoh teladan kat anak-anak especially anak-anak lelaki kita.
Anak Perhati Dan Akan Ikut
Nanti dia besar, dia kawin, dia pun akan ikut apa yang ayah dia buat kat mak dia.
Untung dan bertuah isteri dia nanti. Macam mak dia rasa dengan pertolongan dan bantuan pak dia.
Ajaran tu mengalir turun temurun, sampai cucu cicit kita. Bermula dari kita, yang faham apa itu keindahan kehidupan berumahtangga, kita tak letak semua pada bahu isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami isteri perlu memutuskan saiz keluarga. Menentukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan bilangan anak yang diingini bersama pasangan adalah perlu bagi menjamin kesejahteraan sesuatu hubungan.
Melalui hantaran dilaman Facebook, seorang lelaki berbangsa Cina, Adam Kelvin berkongsi pendapatnya tentang kepentingan merancang keluarga. Beliau yang juga merupakan seorang mualaf percaya bahawa suami isteri perlu bersepakat dalam soal merancang keluarga.
“Penting untuk setiap pasangan membuat perancangan keluarga. Menjadi seorang ibu dan bapa bukanlah satu tugas yang mudah. Perkara-perkara berikut perlu diambil kira,” katanya.
Peranan sebagai ibu bapa sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu dikorbankan apabila sudah bergelar ibu dan bapa. Apabila sudah ada anak, kita perlu ubah diri dan belajar banyak perkara agar perkara yang terjadi pada zaman kanak-kanak kita dahulu tidak berulang kepada anak pula.
Ada banyak masa untuk seorang ibu dan bapa belajar mengenai karakter anak dan kemahiran keibubapaan lebih banyak. Bukan sahaja perlu menjaga emosi anak yang masih bayi, emosi isteri dan emosi diri sendiri juga perlu dijaga. Kadang-kadang ada juga ‘terbabas’ marah anak bila berada dalam tekanan. Perkara ini yang kita tidak mahu berlaku.
Isteri perlukan masa untuk pulih dari sakit bersalin termasuk memgembalikan bentuk badan dan mendapatkan berat ideal. Suami perlu bertolak ansur. Elakkan isteri mengandung terlalu rapat.
Bukan mudah seorang wanita itu hendak melalui proses mengandung, bersalin dan menjaga anak kecil. Ada ibu-ibu mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke wad. Belum lagi keadaan si isteri bila menyusukan anak. Situasi ini pasti menimbulkan suasana yang kelam kabut dan isteri pula kelihatan tidak terurus ditambah lagi jika ada anak-anak yang lain.
Suami perlulah membantu isteri meringankan tugasnya selain menjadikan proses berpantang menjadi lebih mudah. Serius keadaan ketika tu macam kelam kabut dan tak terurus diri isteri dan anak. Jadi tidak salah jika suami dan isteri merancang keluarga agar isteri ada banyak masa untuk berehat dan merawat diri.
Kewangan adalah perkara utama yang perlu diberikan perhatian. Mungkin ada yang kata, anak itu rezeki. Rezeki itu sentiasa ada. Namun perlu difahami bahawa kos untuk seorang anak boleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan.
Jika anak masih minum susu ibu, kos untuk susu formula tiada. Boleh bayangkan kalau susu formula pun kosnya dikira sekali? Belum termasuk makan minum dan pakaiannya lagi. Sebagai ibu bapa, perkukuhkan dahulu kedudukan kewangan sebelum menambah anak.
Perlu sediakan kos untuk hantar anak ke tadika. Yuran tahunan kemasukan ke tadika pun bukanya murah. Sebagai ibu bapa, kita mesti mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Jika hendak hantar anak ke tadika yang terbaik, perlulah belanjakan kos yang tinggi.
Maka sebab itulah jika dilihat ibu bapa yang berbangsa Cina memilih untuk tidak memiliki ramai anak. Biasanya dua orang sahaja. Paling ramai pun tiga orang, itu pun sudah dikira ramai. Ketahuilah bahawa tanggungjawab perlu seiring dengan rezeki. Maka sebab itulah pentingnya ibu bapa membuat perancangan keluarga.
Bagi Adam Kelvin, dia dan isterinya memilih untuk memiliki seorang sahaja anak buat masa ini. Banyak yang perlu diberi perhatian, bukan hanya keinginan untuk menambah jumlah anak. Paling penting kukuhkan tahap kewangan terlebih dahulu. Pedulikan kata-kata orang sekeliling.
Bahagia melihat kehidupan pelakon, Nad Zainal bersama suaminya, Ungku Ismail sekarang. Dengan kehadiran anak ketiga, itu salah satu tanda cinta mereka sebagai suami isteri.
Mengorek kisah rumah tangga pasangan ini, Nad sempat mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa ringan tulang membantu menjaga anak selain membantu melakukan kerja rumah.
Pesanan Nad Zainal
Kata pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin itu, kadangkala golongan isteri terlupa untuk menghargai usaha suami yang sentiasa memberikan layanan terbaik untuk seisi keluarga.
“Terima kasih buat semua suami, kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada suami yang memberikan layanan terbaik kepada anak dan isteri.
“Buat semua lelaki bergelar bapa yang rajin dan sentiasa memberikan semangat kepada isteri, mereka banyak membantu dalam menempuh hari-hari yang memenatkan.
“Terima kasih ya suamiku sayang, saya cinta awak,” katanya menerusi perkongsian video dalam TikTok.
Biasakan Ucap Terima Kasih
Sementara itu, aktres berusia 33 tahun itu turut meminta agar peminatnya berterima kasih kepada pasangan masing-masing sebagai tanda apresiasi.
“Cepat ucap terima kasih dekat suami masing-masing, hargai mereka sebaiknya,” jelas Nad.
Nad sebelum ini pernah pernah berkahwin dengan Faliq Amiruddin, namun bercerai pada 3 September 2022 selepas tujuh tahun hidup bersama.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.
Pada 23 Januari lalu Nad mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan aktor Ungku Ismail.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya mas kahwin yang diberikan oleh bakal suami kepada isterinya ialah seperti barang kemas dan wang tunai. Berbeza dengan seorang pengantin perempuan yang memilih kain kafan sebagai mas kahwin.
Kisah pengantin perempuan yang meminta mas kahwin kain kafan ini dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @panggilaku_panda. Dalam muat naiknya, dia merakamkan detik pengantin membuat persetujuan diberikan.
Menerusi video yang dimuat naik itu, kedengaran pengantin lelaki menyebut mahar perkahwinan berupa kain kafan serta wang tunai berjumlah 1.58 juta rupiah (RM753). Kelihatan juga pengantin perempuan memakai persalinan serba putih.
Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak 2.58 juta rupiah (RM753) dibayar tunai.
Difahamkan, pemilik video terbabit, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin itu adalah ibu saudaranya.
Pengantin perempuan itu sendiri yang mahukan mas kahwin kain kafan. Meskipun ditawarkan mas kawin yang lain oleh suaminya namun dia enggan.
Yang ditawarkan hanyalah kesenangan dunia dan kain kafan mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan ikatan cinta sampai ajal yang memisahkan kita.
Meskipun semua ahli keluarga terkejut dan tidak bersetuju dengan permintaan pengantin perempuan itu namun pengantin perempuan tetap mahukan mahar tersebut.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...