baik buruk pasangan

Semakin lama menjadi suami isteri, semakin anda mengenali baik buruk pasangan. Belajarlah untuk menerima diri mereka seadanya. Jangan pula dicari kesempurnaan orang luar.

Hakikatnya, baik isteri mahupun suami ada kelebihan mereka sendiri. Jika kekurangan pasangan yang digali, makin terserlahlah sakit di hati. Sudahnya sendiri yang akan merasa penat di akhirnya.

Terima Baik Buruk Pasangan, Jangan Dicari Kesempurnaan

Terima Baik Buruk Pasangan, Jangan Dicari Kesempurnaan

Sedihnya bila berbelas tahun hidup bersama, tiba-tiba terjadi badai perpisahan. Sama ada berpunca orang ketiga ataupun lain-lain sebab. Kesannya bukan saja pada pasangan, malah anak-anak turut merasai deritanya.

Maka itu, selagi anugerah berkasih sayang tuhan berikan. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Bagi Zura Betty yang baru meraikan ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun bersama suami, beliau berkongsi pesanan.

Jaga Bab Komunikasi Dengan Pasangan

Terima Baik Buruk Pasangan, Jangan Dicari Kesempurnaan

Diam tak diam lebih 16 tahun dah usia perkahwinan. Titik pertemuan dengan pergaduhan sampai beranak enam.

IKLAN

Beberapa hari lepas dikejutkan dengan berita perceraian teman rapat. Usia perkahwinan kami lebih kurang. Ujian Allah tak siapa boleh halang.

Banyak kisah rumahtangga musnah berpunca dari komunikasi. Ini yang selalu saya pesan dan share juga pada anak-anak team. Dalam sebuah perhubungan komunikasi sangat perlu. Tidak kira dalam organisasi apa entah lagi family.

Ramai wanita memilih untuk berdiam dari bergaduh. Katanya tak kuasalah nak gaduh. Sama sahaja. Tapi hakikat keduanya memendam rasa.

Bila sampai satu saat, ledakan mula melahar. Waktu tu adakalanya sudah tak bermakna.

IKLAN

Jangan Dicari Kesempurnaan Orang Luar

Dalam berumahtangga juga tak lari dari kesilapan. Jangan suka mengungkit kisah lama yang hanya akan menguris perasaan dan menjadi barah dalam perhubungan.

Sebab tu bila ada masalah lebih baik selesaikan waktu tu dan lupakan. Jangan simpan akhirnya menjadi dendam dan ungkitan.

Bila pasangan mula tinggi suara, yang sorang sila diam. Jangan dibalas dengan ungkapan demi ungkapan. Bila dah reda kemarahan, duduk dan berbincang. Cari jalan penyelesaian. Jangan diam yang tidak berkesudahan.

IKLAN

Bila semakin berumur, adakalanya semakin sensitif, cepat terasa juga tersinggung. Itu lumrah. Tapi cepat-cepat cari jalan keluar.

Jangan dipendam perasaan, kelak merana jiwa.

Jangan dicari kesempurnaan pada orang luar. Carilah kelebihan yang ada pada pasangan pinjaman tuhan. Di sini pentingnya syukur.

Dalam berumahtangga yang paling penting ialah companionship. Teman sehidup semati, teman yang boleh berkongsi rahsia hati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang ketahui.

Maka selagi dipinjamkan untuk terus bersama, hargailah dan saling bertoleransi.

Sumber/Foto : Zura Betty

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI