Tempoh pembentukan buah tin mempunyai banyak peringkat. Pohon tin jantan (caprifiguier), berperanan penting dalam perkembangan jenis buah Tin. Ia merupakan penampungan bagi lebah-lebah. Silih berganti di atas dahan pohon ini, tiga generasi buah tin, mamme, profichi dan mammoni.
Terdapat pula dua generasi (mammoni dan mamme), ia tempat pertumbuhan lebah dan lebah penghuni dua generasi buah tin ini. Kedua-duanya tidak memainkan peranan dalam proses pembuahan bunga-bunga tin.
Adapun generasi ketiga, disebut sebagai (tin profichi), generasi inilah yang berperanan memindahkan benih buah kepada bunga-bunga Tin betina.
Pohon tin betina adalah pohon yang memiliki tiga generasi seperti di atas (mamme, mammoni dan profichi), dan tin mammoni betina merupakan generasi yang menerima kehadiran lebah-lebah pembuah yang datang dari buah tin profichi jantan serta membentuknya menjadi buah yang matang dan siap di makan oleh manusia.
Serat yang terdapat dalam buah tin ini adalah serat terlarut dan tak terlarut. Serat terlarut yang terdapat di dalamnya, membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.
Ketika serat ini melalui sistem pencernaan, serat pektin ini dapat memghapuskan kolesterol dalam usus dan membawanya keluar dari tubuh.
Serat tidak terlarut pula, dapat melindungi dan mencegah kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya akan serat mampu mengurangi berat badan. Oleh kerana itu, buah tin juga sangat sesuai untukmengatasi masalah berat badan.
Ads
Buat tin megandungi polyphenols yang tinggi. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting untuk tubuh kita. Antioksidan ini dapat mengurangkan kesan radikal bebas yang bertindak sebagai kanser dalam tubuh kita.
Malah, serat yang tinggi pada buah tin dapat mengikat zat karsinogen yang menyebabkan terjadinya kanser pada saluran pencernaan.
Keberadaan serat, kalium (potassium) dan magnesium di dalam buah Tin, dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi. Buah Tin sangat baik kepada pengidap penyakit darah tinggi kerana dengan memakan buah Tin dapat mencegah penyakit tersebut.
Ia adalah kerana kandungan kalium, omega 3 dan omega 6 bersama fenol dan magnesium pada buah tin atau ara membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan menjaga seseorang dari serangan jantung kronik
Ads
Untuk penyakit kencing manis (diabetis), serat yang terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa bagi usus kecil.
Gabungan zat yang terkandung dalam buah tin iaitu serat yang tinggi. Karbohidrat dalam bentuk yang ringkas pula ialah glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula dalam darah seseorang.
Lima belas juta orang penderita diabetis melitus di Indonesia, telah sembuh dengan menggunakan buah tin. Semenjak dua tahun terakhir ini, pohon Tin mudah ditemui kerana banyak orang membudayakan penanaman ficus carica itu.
Buah tin baik bagi wanita diawal menopos dan sebagai perlindungan dari kanser payudara. kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang mengamalkan buah yang kaya serat secara teratur akan mengurangkan kemungkinan terkena kanser dan penyakit lainnya.
Tambahan dapat mengurangkan risiko kanser kulit. Dalam masa yang sama, ia berfungsi dalam merawat masalah kulit. Tin yang basah dan kering sangat bagus bagi ibu yang baru mengandung. Ia kerana zat besi yang terdapat pada ibu mengandung, banyak hilang semasa proses kelahiran. Ia berbeza dengan supplement zat besi yang banyak terjual di farmasi.
Ads
Bagi warga tua, kandungan kalsium dan kalium yang terdapat di dalam buah tin, dapat mencegah penipisan daripada tulang rapuh. Sekaligus membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang. Dalam 100 gram buah tin mengandungi 241mg kalsium.
Jumlah ini dua kali lebih tinggi berbanding kandungan kalsium pada susu 118mg per 100 gram. Kalium dalam buah tin melawan untuk menghilangkan kalsium melalui urin sehingga mencegah kandungan tulang untuk menipis.
Sumber kalsium adalah alternative yang sangat baik bagi terapi perubatan bagi penghidap alergik produk tenusu. Bagi yang sukar tidur, ia dapat melancarkan proses tidur seseorang dengan baik. Ia juga dapat menyingkirkan penyakit insomnia.
Hasil penelitian lanjut menemukan bahawa buah tin termasuk kategori buah yang dapat merangsang pembentukan hemoglobin darah. Di mana, ia dapat menyegarkan badan daripada kepenatan dan meningkatkan daya ingatan seseorang.
Artikel ini ditulis oleh Nurain Afifah Bt Zakariya
SUMBER : ILUVISLAM
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila pergaduhan sering terjadi dalam hubungan rumah tangga, rasa cinta dan sayang kian memudar. Jika tiada cinta lagi di hati, mulalah si dia sering mencari kesalahan untuk mencetuskan perbalahan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh merosakkan rumah tangga yang telah dibina sekian lama. Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya.
Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak. Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.” Pengantin senaraikan amalan-amalan yang patut diamalkan bersama bagi mengeratkan semula hubungan!
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh pertemuan semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T kita sebagai manusia perlu redha dan sabar atas apa yang berlaku. Mungkin pertemuan kita dengan seseorang itu adalah pengajaran buat kita.
Jadi, tak salah untuk memilih jodoh kerana itulah orang yang kita hidup bersama selamanya. Namun, terlalu memilih pun tidak bagus juga kerana tak semua orang sempurna. Oleh itu, ini ada beberapa tips yang anda boleh gunakan sebelum memilih jodoh anda.
1. Selepas solat, doa selalu minta agar dikurniakan jodoh, rzeki, kematian yang baik (Paling penting, yang faham dan sefikrah). – Baca doa ayat, Surah Al Furqon, ayat 74.
2. Buat solat istikharah, minta Allah SWT beri petunjuk
3. Jangan tinggal solat dhuha & baca quran
4. Selalu minta orang lain mendoakan, sama ada kita tengok dia buruk atau baik. Minta saja agar mendoakan kita selamat dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan
5. Banyakan bersedekah
6. Rancang kewangan. Doalah agar pihak keluarganya tidak minta lebih dari kemampuan kita. Kalau berat sekali pun, bincang elok. Nikah ini mudah, cuma kadang adat & cakap orang menyusahkan si bakal pengantin ke arah syariat yang sebenarnya lebih memudahkan dalam bab perkahwinan
7. Jaga hubungan Allah & manusia. Bagaimana saranan usrah menuntut agar kita mencerminkan diri sebagai abnaul harakah yang baik. Mesti juga diterjemah baik luar dan dalam
8. Bila sudah punya ikatan sebelum nikah. Akan banyak ujian, baik luar dan dalam. Kewangan dan wanita. Kena banyakan solat taubat, istigfar. Moga Allah SWT pelihara hubungan bersama bakal pasangan sebelum nikah
9. Majlis ikut kemampuan. Jangan terlalu berlebihan atau grand bagai dalam majlis/kenduri kahwin. Buat sederhana sudah cukup baik
10. Sentiasa bertawakkal dan bergantung harap kepada Allah SWT
Moga bermanfaat, dan doakan kami agar dikurniakan keluarga baik, anak soleh solehah dan melaksanakan syariat islam dalam kehidupan. Mudah-mudahan Allah SWT pelihara baitul muslim ini dari perkara yang tidak baik. Allahuma Amin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!