Foto: Instagram Mutia Ayu

Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Januari, Glenn Fredly pada jam 6 petang waktu tempatan. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun akibat meningitis.

Khabar duka ini dimaklumkan oleh rakan rapat beliau yang juga merupakan seorang penyanyi, Tompi. Pemergian Glenn merupakan satu kehilangan yang besar buat industri muzik.

Glenn dikenali sebagai individu yang romantis dan sering diluahkan menerusi lagu-lagunya. Beruntungnya isterinya, Mutia Ayu kerana memiliki seorang suami yang romantis. Glenn menikahi Mutia Ayu pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Februari lalu.

Kami kongsikan beberapa foto kenangan Glenn bersama isteri sebelum pergi meninggalkan kita semua. Semoga isterinya terus kuat dalam mengharungi kehidupan tanpa suami tercinta disisi.

1. “Gewa bangga menjadi anak perempuan ayah”, ungkap Mutia di caption tepat 40 hari setelah puteri kesayangan mereka yang bernama Gewa lahir.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

 2. Mutia kerap berkata di akaun Instagramnya yang dia beruntung kerana memiliki Glenn dalam hidupnya.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

IKLAN

 3. Setelah berkahwin, Mutia kelihatan lebih terbuka terhadap hubungan mereka di sosial media.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

4. Mereka saling menerima antara satu sama lain, bahkan Mutia mengatakan Glenn adalah suami terbaik baginya.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

5. Begitu juga dengan Glenn, dia memuat naik video romantis ketika bersama Mutia di pantai pada hari ulang tahun isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Glenn Fredly (@glennfredly309) on

6. Glenn juga tidak ragu untuk menunjukkan rasa cintanya dengan meletakkan caption manis di Instagram untuk puteri kesayangannya, Gewa.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

IKLAN

7. Banyak kenangan dilalui Mutia bersama Glenn selama kurang dari satu tahun, termasuk saat kedua-duanya bercuti ke Sumba.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

8. Glenn dan Mutia bernikah pada 18 Ogos 2019, kedua-dua pasangan ini mahu pernikahannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

9. Puteri pertama mereka diberi nama Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang lahir pada 28 Februari 2020.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

IKLAN

10. Keserasian mereka terserlah ketika memuat naik foto pernikahan dengan caption yang sama bertuliskan ‘Happy Monday’.

Kisah Cinta Glenn Fredly & Isteri Yang Akan Menjadi Kenangan Buat Selamanya

Kenangan yang ditinggalkan oleh Glenn pastinya sukar dilupakan oleh Mutia Ayu. Selamat jalan Glenn Fredly…

Sumber: IDN Times

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI