
Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.
Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini ramai isteri yang cenderung kepada kemurungan dan adakala cepat hilang sabar atau lebih berdiam diri. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Firdaus Shakirin kongsi mengapa isteri selalu kemurungan.
Kebanyakan wanita yang dah jadi isteri dan ibu mudah terdedah kpd satu penyakit yang dinamakan,
Kemurungan…
Ramai suami yg kurang bg perhatian terhadap perkara ni, kurang sensitif, kurang peka dan kurang aware…bila dah jadi, dah nampak dgn mata kepala sendiri, bru mula nak pkir kenapa isteri jadi mcm tu, buat mcm tu dan mcm mna nk ubati kemurungan si isteri…
Persoalannya, kenapa dia kemurungan…?
Kemurungan itu ditafsirkan sebagai gangguan perasaan…seseorang yg mengalami kemurungan boleh rasa mcm2 dlm hatinya…sedih, gembira, penat, letih, putus asa, mudah marah dan sebagainya…
Perasaan itu bercampur baur, adakalanya ada rasa, adakalanya kosong…
Kenapa dia boleh ada perasaan2 mcm tu?
Mgkin sebab kita kurang ucap terima kasih utk apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga kita… Mgkin kita tak pernah minta maaf utk setiap kesalahan yg kita lakukan…Mgkin kita selalu mengulangi kesilapan yg sama…Mgkin kita kurang berkomunikasi dgn isteri…Mgkin kita kurang memahami isteri…Mgkin kita kurang menghargai isteri…
Mgkin kita membebani isteri melebihi kemampuan yg dia ada…
Kadang2, isteri silap sikit je, dh kena maki hamun…kita dah meninggi suara tak kira dikhalayak ramai ataupun didalam rumah…semua nak kena perfect, nak kena ikut cara kita, mcm mna yg kita nak, ikut kepala kita…Isteri bersuara, menegur dan menasihati walaupun ianya utk kebaikan hubungan, kita "tundukkan" isteri guna agama…derhaka dan neraka…ini modal kita…
Bertahun2 hidup sekali, tapi suami langsung tak memahami emosi isteri…
Apa yg isteri rasa dgn cara "pemerintahan" kita dalam rumahtangga tersebut…
Dia bahagia atau merana…
Nampak isteri menangis, tapi dlm hati anggap "nothing serious" la, dia mengada2…
Sebenarnya tak boleh mcm tu…bila isteri menangis, itu bermaksud dia dah tak tahan lagi dh…pasti ada sesuatu yg menyebabkan dia menangis…dan dia xbleh tampung lagi dh apa yg dia rasa…dia dh xbleh pendam lg dh…dia rasa nk "meletup"…
Dia lepaskan dgn cara menangis…
Org perempuan ni, bila dah buntu sgt, bila dh xbleh pkir sgt, bila dh tertekan sgt, bila dah emosi sgt, dia lebih dr mampu utk buat sesuatu yg kita tak jangka, yg kita tak duga…
Dia mula nk pkir bukan2…buat bukan2…
Itu yg selalu kita ambik mudah sebagai seorang suami….sbb kita selalu anggap isteri "terlalu mengikut perasaan dia" walhal kita xpenah pun faham apa yg dia rasa…
Renung-renungkan…
Tak Mudah Nak Kahwin Dengan Anak Bongsu, Perangai Kuat Merajuk Paling Tepat

Siapa pasangan dia anak bongsu? Korang boleh ready la untuk segala kemungkinan yang ada ni. Hiks! Orang kata anak bongsu ni kerenah dia lain macam sikit. Bukan la kata mereka tak baik, cuma terlebih manja sikit je (betul ke?)
So, untuk korang yang nak mengakhiri zaman bujang dengan si anak bongsu ni, apa kata hadamkan dulu antara sikap-sikap comel mereka ni.
1. Agak susah nak faham dia- Kadang-kadang happy, tapi sekejap lagi korang boleh tengok dia tiba-tiba muram pulak. Mesti ada yang tak kena tu.
2. Cepat merajuk tapi cepat sejuk- Bab merajuk memang bagi dia. Tapi, dia pandai pujuk hati sendiri. So, tak payah risau la. Berikan mereka masa untuk bertenang sendiri.
3. Manja- Dah biasa dimanjakan oleh mak dan ayah, tak mustahil dengan korang pun dia kan terlebih manja dan selalu inginkan perhatian.
4. Kadang-kadang suka buat andaian sendiri- Kalau tak jawab soalan yang dorang tanya, ada saja la yang bukan-bukan dia fikirkan. Jadi baik berterus terang dan jangan sembunyi apa-apa daripada mereka.
5. Happy go lucky- Ceria dan suka ketawa. Tak kisah la waktu ada masalah ke apa, mereka pandai menyembunyikan perasaan dan sentiasa nampak happy.
6. Mudah sedih/menangis- Kebanyakan anak bongsu ni berhati tisu. Hiks!
7. Walaupun kurang matang tapi pandai berdikari- Nampak macam budak-budak, tapi kalau dah terpaksa duduk seorang diri dekat rumah tu, tahulah dorang nak buat kerja sendiri, seperti masak atau mengemas rumah.
8. Tak suka kena compare- Jangan pernah membandingkan mereka dengan orang lain. Memang dia boleh naik ‘hangin’.
9. Lemah bab pengurusan duit- Nak kata boros sangat tu tak juga, tapi kadang-kadang mereka sendiri pun tak tahu ke mana habisnya duit mereka tu..
10. Degil- Kalau dia cakap A, jangan berani-berani nak kata B atau C. Anak bongsu ni sejenis yang tetap pendirian dan sedikit keras kepala. Tapi jangan risau, walaupun mereka macam tu tapi dalam hati tetap ada bunga. Hehe..
Bukan nak menakutkan, tapi ini antara sikap-sikap anak bongsu yang korang kena faham. Tak kenal maka tak cinta kan?
Jaga-Jaga Wahai Suami, 5 Perkara Ini Boleh Sebabkan Anda Nusyuz !

Apakah hukumnya isteri ingkar suruhan seorang suami yang zalim dan tidak menunaikan tanggungjawab? Sebagai contoh jika suami tidak mengizinkannya keluar rumah untuk membeli barang keperluan sedangkan si suami tidak pernah membeli barang keperluan yang mencukupi. Suami juga sentiasa menengking isteri hanya disebabkan kesalahan kecil seperti marah kerana masakan isteri kurang sedap. Selain itu suami juga tidak memberi duit belanja walaupun dia mempunyai gaji dan kerja baik. Bolehkah isteri keluar pindah ke rumah yang lain disebabkan tidak tahan dengan perangai suami.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Aktikel pada kali ini, lebih memberi penekanan terhadap tanggungjawab dan nusyuz seorang suami. Justeru, tugas seorang suami adalah memimpin rumah tangga serta membimbing ahli keluarganya mengikut panduan yang ditetapkan syara’.
Firman Allah SWT:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Toha, 132)
Perkahwinan merupakan satu institusi yang memerlukan perlaksaan tanggungjawab dan kewajipan di atas hak sebagai suami dan isteri. Selain itu, panduan yang diajar oleh agama Islam supaya sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya bagi melahirkan hubungan yang mahabbah. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka (Surah al-Baqarah, 187)
Begitu juga kewajipan seorang suami adalah menunaikan nafkah dari segi zahir atau batin kepada isteri dan anak-anaknya. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya bahawa para fuqaha bersepakat kewajipan suami memberi nafkah terhadap isterinya, tanpa ada perselisihan pandangan terhadapnya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/277)
Firman Allah SWT
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa’, 34)
Dr. Wahbah Zuhaili menafsirkan ayat ini dengan menyatakan, seseorang lelaki itu dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah serta tempat tinggal kepada Isterinya dan bagi lelaki ia merupakan ketua bagi memudahkan urusan kekeluargaan. (Lihat al-Tafsir al-Wasit li Zuhaili, 1/316-317)
Selain itu, Firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah 233)
Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan, tanggungjawab isteri adalah mengandung dan melahirkan serta menyusukan anak. Manakala tanggungjawab suami adalah menyediakan kelengkapan dari segi makanan, minuman dan pakaian untuk melaksanakan tugas sebagai isteri. Begitu juga menjaga keselamatan dan segala urusannya. Nafkah yang diberikan berdasarkan kiraan mengikut kebiasaan masyarakat setempat seseorang perempuan itu (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/187)
1. Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri
Tanggungjawab seorang suami dalam melayari bahtera rumah tangga adalah dengan menunaikan nafkah dari segi zahir dan batin serta melayani isteri dengan keadaan yang baik. Oleh itu, kewajipan sorang suami di dalam membayar nafkah adalah selepas berlakunya akad nikah serta isteri menunaikan syaratnya iaitu :
- Merelakan dirinya untuk bermesra dan bersetubuh dalan keadaan yang diizinkan syara’.
- Isteri mengikut suaminya tinggal di dalam rumah yang dipilih suaminya dan keadaan rumah itu sesuai didiaminya mengikut syara’
Jika kedua syarat ini dipenuhi isterinya, maka wajib bagi suami untuk menunaikan setiap nafkah yang diperlukan oleh isterinya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/278-280)
Dalam kontek kemampuan suami memberi nafkah kepada isterinya, al-Fiqh al-Manhaji menggariskan bahawa di antara perkara yang waijb diberikan suami kepada isteri adalah:
- Makanan asasi penduduk tempatan pada setiap hari mengikut keperluan untuk dijadikan makanan. Hal ini berdasarkan kemampuan bagi seorang suami sama ada ia kaya, sederhana dan miskin.
- Lauk yang menjadi kebiasaan masyarakat umum mengikut kemampuan suami.
- Pakaian yang bersesuaian mengikut syara’ dan menutup aurat serta tempat tinggal dan perkakas dapur mengikut kemampuan suami dan keperluan isteri.
Selain itu, sebagai tambahan kepada nafkah Isteri dan perlu mengambil kira kemampuan suami adalah sepert iberikut:
- Rumah dan tempat tinggal yang bersesuaian dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.
- Peralatan bertujuan kebersihan tempat tinggal. Begitu juga alat perhiasan diri sekiranya suami meminta untuk isterinya berhias.
- Pembantu rumah sekiranya isterinya mempunyai pembantu rumah sebelum ia berkahwin. Oleh itu suami perlu menyediakan khidmat pembantu rumah sekadar mengikut keperluan isterinya.
(Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/281-284 dan al-Fiqh al-Manhaji, 4/182-184)
Pemberian nafkah suami kepada isterinya adalah bergantung kepada kemampuan dan pendapatan seorang suami. Ini seperti mana hadis daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya:
أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ مَا تَقُولُ فِي نِسَائِنَا قَالَ: أَطْعِمُوهُنَّ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُنَّ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَلاَ تَضْرِبُوهُنَّ وَلاَ تُقَبِّحُوهُنَّ
Maksudnya: Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?” Rasulullah SAW menjawab: “Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka. (Riwayat Abu Daud (2144)
Nusyuz
Para fuqaha’ berpendapat perbuatan nusyuz seseorang isteri kepada suaminya adalah diharamkan, begitu juga sebaliknya. Ini disebabkan kedua-duanya tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing. Nusyuz seseorang itu memberi kesan selepas selesainya akad nikah. Dan ia juga membabitkan ke atas lelaki dan juga perempuan.
Dr Muhammad Zuhaili memberi takrifan nusyuz di dalam kitabnya: “Nusyuz bermaksud derhaka dan kebiasaannya dilakukan oleh wanita. Seseorang perempuan nusyuz itu ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Selain itu, nusyuz bagi suami ke atas isterinya adalah meninggalkan tanggungjawabnya serta menyakiti pasangannya”.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)
Firman Allah SWT:
وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا
Maksudnya: Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) (Surah al-Nisa’, 128)
Mengikut keterangan daripada firman Allah SWT, Syeikh Sya’rawi menyatakan bahawa terdapat nusyuz bagi seseorang lelaki terhadap isterinya (Lihat Tafsir al-Sya’rawi, 5/2682)
Syeikah al-Maraghi menerangkan ayat di atas dengan menyatakan, “Yang dimaksudkan ayat di atas kebimbangan seorang isteri akan berlakunya nusyuz suami terhadap dirinya, iaitu suami menghalang kehendak dirinya, nafkahnya dan kasih sayangnya terhadap isterinya atau menzaliminya dengan memukul serta melakukan kekerasan yang lain.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/171)
Nusyuz Seorang Suami
Hukum nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja, malah ia juga berlaku kepada seorang suami. Ini seperti apabila seseorang suami itu tidak memberi hak dan tanggungjawab kepada isterinya dari segi zahir dan batin seperti tidak memberi nafkah serta melakukan kezaliman. Hal ini dinyatakan di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, “Suami yang menganiaya isteri dan tidak menyukainya, seperti tidak memberikannya giliran bermalam, nafkah atau mengasarinya dengan perkataan atau perbuatan, isteri hendaklah menasihati suami dan mengingatkan tanggungjawab” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109)
Syeikh Ibrahim Baijuri menceritakan tentang nusyuz bagi suami di dalam kitabnya, bahawa nusyuz bagi seorang suami adalah tidak melakukan tanggunjawab yang wajib terhadap isterinya iaitu menggaulinya dengan baik, memberikan giliran bermalam sekiranya beristeri ramai, memberi mahar, memberi nafkah, pakaian dan keperluan hidup yang lain… sekiranya suami itu seorang yang berakhlak buruk dan melakukan kekerasan seperti memukulnya tanpa sebab, dibenarkan untuk mengadu kepada hakim untuk memberikan hukuman ta’zir terhadapnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 2251)
Tindakan Isteri Kepada Suami Yang Nusyuz
Sekiranya seseorang suami itu nusyuz terhadap isterinya, maka isteri hendaklah bersabar serta menasihati dan memperingati tindakkan yang dilakukan oleh suaminya dengan menceritakan firman Allah SWT tentang kewajipan seorang suami untuk menggauli isterinya dengan cara yang baik. Ini seperti firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرً
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (Surah al-Nisa’, 19)
Jika keadaan masih lagi belum berubah dan tidak Berjaya menasihatinya, maka isteri boleh mengadu kepada hakim atau pemerintah di atas apa yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya. Ini seperti yang dinyatakan Dr Muhammad Zuhaili serta terdapat di dalam al-Fiqh al-Manhaji:
“Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami tentang balasan perbuatan zalimnya. Jika suami berubah baik, itulah sebaik-baiknya. Jika tidak, dia hendaklah mengadu kepada hakim untuk mendapat haknya. Ini kerana hakim diwujudkan untuk mengembalikan hak kepada yang berhak disebabkan isteri tidak mampu mendapatkan haknya bersendirian… jika suami masih lagi mengulangi perbuatannya, maka isteri boleh meminta hakim mengenakan hukuman terhadap suaminya.”
(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110 dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)
Namun, sekiranya masih lagi tidak dapat diselesaikan maka wakil bagi kedua-dua belah pihak hendaklah dihantar supaya diadakan perbincangan berkenaan hala tuju rumahtangga pasangan tersebut. Dr Muhamma Zuhaili menyebut di dalam kitabnya:
“Sekiranya peranan hakim masih lagi tidak dapat mendamaikan keduanya, maka hendaklah memanggil wakil yang dipercayai dari kedua-dua pihak bagi menyelesaikan permasalah ini sama ada mendamaikan keduanya atau memisahkannya…untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan itu wajib dilakukan oleh qadi atau hakim.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)
Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّـهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا
Maksudnya: Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Nisa’, 35)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada persoalan dan penerangan yang diberikan, sekiranya permasalah ini masih berlanjutan, kami menasihati agar melakukan beberapa langkah seperti berikut:
Isteri boleh menasihati suami tentang tanggungjawabnya dan memberi amaran kepadanya tentang balasan Allah SWT dengan perbuatan zalimnya.Selain itu, sekiranya suami masih tidak berubah maka isteri boleh meminta hakim mengenakan tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.Sekiranya belum mampu mengubahnya, kedua-dua belah pihak boleh menghantar wakil sebagai orang tengah untuk mendamaikan atau memisahkan mereka.
Sebaiknya di dalam permasalahan rumah tangga hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti di dalam membantu menyelesaikan permasalah ini seperti mahkamah syariah. Perkara ini bertujuan untuk menjalankan proses sulh yang terdapat dalam enakmen undang-undang keluarga islam di setiap negeri. Hal ini bertujuan mengadakan perbincangan damai serta menyelesaikan perselisihan rumah tangga.
Justeru, suami dan isteri wajib meningkatkan pengetahuan mengenai perihal hukum hakam nusyuz. Ini bertujuan memberi kesedaran kepada suami dan isteri tentang keburukan dan kesan melakukannya.
Dalam memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti kehidupan dalam mengasuh dan mendidik generasi seterusnya persepahaman dan toleransi di antara suami isteri akan melahirkan kebahagiaan dalam membentuk baiti jannati. Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah al-Furqan, 74)
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jika Keliru, Isteri Boleh Betulkan Bacaan Suami Dalam Solat

Bolehkah seorang isteri memperbetulkan bacaan surah suami di dalam solat. Contohnya ketika suami terlupa hafalan. Jika boleh, bagaimana caranya?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Menegur kesalahan imam dalam solat Jemaah telah disyariatkan melalui sabda Rasullah SAW:
التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ
Maksudnya: Bertasbih itu untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita.
Sahih al-Bukhari (1203), Sunan Abi Daud (939) dan Sunan al-Nasa’ie (1210)
Para ulama juga bersepakat bahawa ma’mum perlu menegur dan membetulkan imam jika dia tersalah atau terlupa pada bacaan al-Qur’an atau pada perbuatan-perbuatan solat yang lain. (Rujuk Al-Taj wa al-Iklil 2/27, Mathalib Uli al-Nuha 1/485 dan Nail al-Authar 2/373)
Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan tegahan tasbih (menyebut Subhanallah secara kuat) oleh wanita adalah kerana mereka disuruh untuk merendahkan suara dalam solat untuk mengelakkan fitnah, manakala lelaki ditegah daripada menepuk kerana ia lebih sinonim dengan wanita. (Rujuk Fath al-Bari 3/77)
Menurut Ibn Abd al-Barr pula, beliau menukilkan pandangan sebahagian ahli ilmu yang menyatakan bahawa sebab makruhnya tasbih oleh wanita, dan keharusan menepuk untuk menegur imam adalah kerana kelembutan suara kebanyakan wanita dan mungkin ia akan mengganggu konsentrasi jemaah lelaki. (Rujuk Al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma’ani wa al-Asanid 21/108)

Menurut Imam al-Zarkasyi pula, menepuk untuk menegur imam adalah dalam keadaan wujudnya lelaki-lelaki ajnabi; adapun jika jemaah solat dan imam terdiri daripada wanita atau lelaki-lelaki mahram, maka hendaklah mereka bertasbih secara jahar (kuat dan terang). (Rujuk Mughni al-Muhtaj 1/418)
Inilah juga fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Nuh ‘Ali Salman dan Syeikh Abdullah bin Baz, dimana harus bagi wanita menegur imam juga yang hadir hanyalah suami, wanita atau lelaki-lelaki mahram. Bahkan Syeikh Ibn Baz mengharuskan wanita menegur imam dalam solat jemaah jika sekiranya tiada lelaki yang berbuat demikian. Suara wanita bukanlah aurat, dan aurat hanyalah jika melembut-lembutkan dan melayukan suara, dan inilah yang dilarang.
Kesimpulannya, kami memilih pandangan yang mengharuskan wanita menegur imam secara bertasbih jika imam tersalah atau membetulkan bacaan imam jika terlupa, dengan syarat jika dia solat bersama suami, lelaki mahram atau sesama wanita. Namun yang lebih afdhal ialah menegur dengan cara menepuk.
Adapun jika solat jemaah bersama lelaki ajnabi, maka dia dilarang menegur secara tasbih, dan hendaklah dia menegur secara menepuk sahaja.
SUMBER : https://muftiwp.gov.my/