
Berapakah nilai kita sebagai seorang lelaki yg bakal atau dah menjadi suami…?
Kita selalu mengukur nilai seorang wanita itu terletak pada hantaran dan mas kawinnya…semakin tinggi nilai tersebut, semakin besar jugak expectations yg kita harapkan drpdnya…
“Dah bayar 20k, mesti la kena pandai masak, kena lahirkan anak, kena uruskan hal2 rumah dan sebagainya…”
Bayar mahal kot…kena la tau serba serbi dan buat mcm2…
Tapi pernah tak kita sebagai lelaki yg bakal menjadi suami atau dah menjadi suami tahu nilai diri kita berapa…?
“Nilai seorang lelaki itu terletak pada cara dia menghormati dan melayani wanita…”
Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah? Cukup solat kita? Ontime? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita? Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Berapa dalam ilmu kita, kefahaman kita tentang soal agama?
Sejauh mana kita mempraktikkan agama itu dlm kehidupan seharian kita…?
Semua ni kita kena NILAI dlu diri sendiri sebelum kita MENILAI pasangan kita…
Jangan terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yg bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat cela…Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargai dan melayaninya…
Rambut Gugur Tanda Isteri Stres, Suami Kena Pandai ‘Beli Jiwa’

Macam mana nak tahu keadaan isteri stres sebenarnya dan apa puncanya? Haaa… cuba anda check dalam rumah, ada banyak tak rambut yang gugur di lantai?
Itu pun salah satu tanda isteri penat dan emosinya kurang stabil dalam melakukan rutin hariannya.
Jadi inilah peranan suami, cubalah ‘beli jiwa’ isteri dengan membawanya keluar dari rumah. Dapat duduk dalam kereta pusing taman rumah pun mungkin si dia dah bahagia. Apa lagi kalau suami belikan sesuatu atau bawa makan-makan luar.
Okay, nak tahu lebih lagi, jemput renungkan pandangan saudara Mohd Fhais Salim kejap.
Rambut Gugur, Itu Tanda Isteri Stres
Terkejut saya nampak sikat ni penuh rambut!
Kenapa saya terkejut?
Mana tak terkejut, rambut gugur ni tanda-tanda dia kerap stres.
Bila kerap stres, sistem hormon badan dia akan jadi tak menentu.
Hormon yang tak menentu ni akan buat rambut dia stuck dekat fasa telogen ( fasa rehat ).
Kalau nak tahu, dekat fasa telogen ni la rambut kita akan jadi mudah gugur & mudah putus.
Aduhai, macam mana la boleh tak perasan ni.
Kebelakangan ni saya sibuk sikit. Jarang ada dekat rumah. Jadi dia seorang urus rumah dan anak.
Sibuk sangat.
Selalunya yang paling banyak bagi isteri sakit kepala & stres ialah anak yang sulung.
Si annur rania tu la.. dia rasa dah besar, dah pandai menjawab.
Saya memang selalu perhati je.
Bila ibunya suruh buat apa-apa, susah nak ikut.
Bila ibunya marah-marah, buat tak tahu je dia. Langsung tak takut.
Bila ibunya cakap ada sahaja dia menjawab.
Memang patut la, banyak rambut gugur akhir akhir ni. Aduhai..
Saya hold beberapa projek, time tu juga saya ajak isteri pergi bercuti. Menginap la kami dekat hotel 2 hari 1 malam.
Ubat stres ni kena berehat je.
Berikan Isteri Rehat Kejap
Isteri kita ni kalau dapat rehat yang berkualiti, sehari rehat impak dia macam dapat rehat sebulan.
Bukan stress je hilang, kedut kedut di muka pun turut hilang sekali. Baru dapat maintain keayuan dia.
Kalau nak tahu, stres yang melampau kesannya bukan hanta setakat rambut gugur tapi jika dibiarkan, muka pun nampak kusam dan berkedut. Tolong cakna dengan kesihatan emosi isteri ye!
Banyak bagi isteri rehat, ya!
Sumber: Mohd Fhais Salim
Salah Satu Tip Rezeki Tak Putus Ialah Jangan Berhenti Bahagiakan Pasangan

Tak Rugi Bahagiakan Isteri, Ni Salah Satu Tip Menjemput Rezeki.. Dulu awal kahwin, pegang tangan isteri, lepas dah ada anak, kadang-kadang terlupa nak capai tangan isteri time jalan. Sibuk dukung anak dan tolak stroler je. Isteri pun usya je dari jauh.
Pernah Tanya Isteri
Ada pernah sekali saya tanya dia, “Awak kenapa?” dia jawab “tak ada apa”. Pada awal saya tak faham pun, tpi bila berulang kali dia seakan senyap je bila melintas atau berjalan bersama, saya cuba capai tangan dia sambil tolak stroler anak sebelah tangan, Terpancar gembira pada riak wajah dia sambil tersenyum. “Owhh.. barulah abang faham.”
Isteri Tidak Minta Lebih
Sebenarnya, yang namanya isteri ni dia taknak lebih pun, dia tak kisah pun kalau kita tak berharta sangat ke, kita tak ada rupa sangat ke, yang dia mahukan adalah kegembiraan dan kasih sayang dari kita sebagai suami ni. Macam mana kita sweet dengan dia waktu kita baru kawin dulu, macamtu jugaklah dia nak kita kekalkan kesweetan tu sampai ke hari tua.
Tak Rugi Bahagiakan Isteri
Tak rugi bahagiakan isteri, sebab orang yang beri kasih sayang yang sepenuhnya dan sentiasa membuatkan isteri rasa gembira ni pun adalah salah satu tips menjemput rezki dari Allah, InnsyaAllah. Sebab tulah kalau kita lihat, keluarga yang bahagia ni Allah perbanyakkn rezki buat mereka. Rezki Allah tu datang dari berbagai-bagai bentuk, kalau tak dengan harta, mungkin dari segi kesihatan, dan mungkin juga diberikan anak-anak yang soleh yang berjaya dunia akhirat.
Kalau Ada Niat Nak Dirikan Masjid, Allah Pasti Bantu Cukupkan Rezeki
Setiap pasangan yang bercinta pastinya ada keinginan untuk mengakhiri hubungan dan mendirikan masjid. Namun hakikatnya bukan mudah untuk berkahwin. Jangan nak kata majlis besar-besaran, nak buat majlis yang ringkas pun memerlukan belanja. Lantas ada pasangan yang rasa takut untuk berkahwin sehingga terpaksa menangguhkan perkahwinan atas alasan kewangan belum cukup stabil.
Perkahwinan Bukan Beban
Jangan sesekali menganggap yang perkahwinan satu beban. Mungkin anda rasa tak cukup duit namun percayalah rezeki boleh datang dalam pelbagai sumber apabila anda berniat baik untuk mendirikan masjid. Perkongsian Syarifuddin Samsudin membuktikan bahawa jika niat kita baik untuk mendirikan masjid, pastikan Allah akan datang membantu untuk mencukupkan rezeki.
Lepas Tunang, Bukan Ada Duit Pun
Sebelum aku bertunang, aku ada melamar sorang perempuan ni, aku lamar dia dari fb je, aku tau dia ni seorang penulis, so banyak lah akal dia nak uji aku dengan soalan2 yang aku tak aspect, tapi ada satu soalan yang membuat aku tersentap, dia tanya, dah ade kemampuan ke nak terima tangungjawab sebagai seorang suami? time tu aku cuma mampu jawab.
Belum Mampu
“Saya bukan kerja bagus, belum ada kemampuan dari segi kewangan, bagi saya, kalau cik terima saya, saya hanya ada duit 2K untuk jalankan majlis pertunangan kita” waktu tu mengigil tangan aku nak menaip. Kemudian perempuan ni kata dengan aku, dia suruh aku datang ke rumah dia. Tanpa segan silunya, aku beritau pada ayah aku yang aku nak berkahwin, dn sekarang nak ajak ayah pergi melamar perempuan ni. Ayah aku ada tanya pada aku, cukup ke duit tu nak berkahwin? Aku jawab satu je.. “Tak lagi ayah”, tpi dalam hati aku, aku yakin, akan ade rezki bagi orang yang nk mendirikan masjid ni.
Berjumpa Keluarga
Tak lama tu, aku setkan masa untuk berjumpa dengan pihak keluarga perempuan. Bila sampai je masa hari aku nk bertunang tu (14/5/2016), aku risau sangat2 kalau pihak perempuan minta hantaran yang tak dapat aku tunaikan. Setelah bincang punya bincang, pihak perempuan letakkan hantaran RM10k. Aku terima ja time tu, sedangkan pada ketika tu, duit dalam akaun bank aku tingal rm50 je lepas gedebak gedebuk preparation rombongan meminang. Nak kene cukupkan sebanyak RM10k dalam tempoh setahun? Nak jadikan cerita, setelah 5 bulan aku bertunang, aku kerja bagai nak mati, tusyen sana sini, pergi ceramah sana sini, alhamdulillah, aku dapatlah jugk kumpul duit sebanyak RM4K, tapi dalam hati aku still risau, cuma aku tetap yakin yang Allah tu pasti akan bantu aku.
Allah Tidak Pernah Biarkan Kita Susah
Ok, untuk yang ni, aku nk korang semua ambil pengajaran. Kalau korang nak tau, Tanpa aku berbincang dengan pihak perempuan, aku dh pernah ambil keputusan sendiri untuk buat loan peribadi, untuk cukupkan duit hantaran aku, aku pernah pergi tanya dengan pihak RHB bank, untuk aku buat loan sebnyak Rm10k. Tapi loan aku gagal, sbb aku ade sangkut dekat PTPTN, tungakkan aku sebanyak rm3k lebih. So, aku ambil jalan buat satu kerja gila. Dengan duit yang aku dah kumpul sebanyak rm4k tu, aku pergi bayar tunggakan PTPTN aku, siap extra lagi
Dalam Tangan ZERO
Jadi, dalam tangan aku sekarang ZERO!. Hahaha.. then aku pergi buat loan balik. Tunggu dalam 2 minggu, aku dapat call dari pihak RHB, dia kata loan aku tetap tak lulus, kene tunggu lagi 6 bulan untuk bersihkn nama dari Bank Negara atas sebb pernah tertunggak bayaran PTPTN. Waktu tu, aku menangis teresak esak wehh.. hahaha.. Lagi 7 bulan je nak genap setahun aku akan berkahwin. Tapi kan, kalau korang nak tahu, Allah tu tak pernah biarkan kita susah, setiap orang tu, Allah dah siap aturkan rezki masing2. Tau tak kenapa aku cakap macam tu, meh baca lagi.
Berbincang Dengan Tunang
Untuk bulan seterusnya, aku terpaksa berbincang dgn tunang aku, alhamdulillah dia tak marah pun ape tindakkan aku, dia kata dengan aku, betul dah tu.. itu tanda Allah nak jaga aku dari terus berhutang kalau aku still teruskan niat untuk tunggu dan buat loan bank lagi. Aku ingat ayat dia “Berterima Kasihlah Pada Allah”, dan akhirnya dia setuju nak bantu aku untuk cukupkan duit hantaran, dari situ lah kami berhempas pulas cari rezki, jual tudung lah, pergi talk sana sini lah. Tapi yang paling best, kami pernah pergi interview untuk bergelar fasilitator elite, dan Alhamdulillah kami berdua diserap terus didalam satu program ni, yang dinamakan program VIP Camp. Kami beprogram disitu selama 10 hari, dan kami dibayar pada jumlah yang agak lumayan. Syukur atas rezki yang Allah kurniakan kepada kami pada masa tu.
Allah ingin Lihat Usaha Kita
Nak tahu tak, dalam tempoh 4 bulan ja Allah kurniakan rezki keatas kami, kami dapat kumpulkan wang hantaran sebanyak RM10k. Ya! Kali ni aku betul2 menangis, menangis kerana Allah terlalu baik pada aku. Betul orang kata, orang yang ade niat baik nak dirikan masjid ni, Allah akan bantu untuk cukupkan rezki dia walau apa cara sekalipun. Yang pastinya, kita jangan pernah berhenti berdoa dan terus berusaha. Allah tak kedekut Bro, Sis. Allah cuma nak lihat usaha dan niat kau je.
Sudah Berkahwin
Pada tarikh 19/3/2017 aku berkahwin dengan perempuan tu. Dalam tempoh lebih kurang 10 bulan je kami bertunang, lalu kami berkahwin. Tak sampai setahun pun.. hehehe.. In advance, kami rasa puas sebab RM10K tu rasa keberkatannya menjamu hidagan para tetamu majlis. Cukup sederhana majlis kami.
Sumber: Syarifuddin Samsudin
Suami Terlalu Mesra Pun Boleh Jadi Punca Gaduh

Percayalah sebab sikap suami pun si dia boleh minta bercerai sebab kadang lelaki tak sedar yang perbuatan mereka dibenci dan perlahan-lahan akan jadi musuh isteri. Kebanyakan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Cuba anda semak kalau ada 15 sikap ini dalam diri, anda kenalah ubah. Buang terus pun lagi ok…

1. Suka tunjuk baran
Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!
2. Semua tak boleh
Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.
3. Buat salah tak minta maaf
Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.
4. Suka cuci mata
Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat ‘cuci mata’ tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini?
5. Cepat mesra dan over
Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi ‘teman tapi mesra’ sangatlah.
6. Tak sensitif perasaan wanita
Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.
8. Tidak tahu menghargai
Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.
9. Cakap tengking atau tinggi suara
Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!
10. Asyik bagi alasan dan tipu
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss…
11. Selekeh dan tak jaga penampilan
Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.
12. Malas buat kerja
Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.
13. Kurang bercakap dan bergurau
Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.
14. Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini.
15. Berat sebelah
Kadang ada kes mentua tak suka menantu, ya bab inilah suami kena lebih peka. Tak bolehlah dengar sebelah pihak saja, peranan suami lebih berat kalau isteri tak ngam dengan Mak. Dengar saja cerita buruk, suami kena semak dan tidak keruhkan keadaan. Banyakkan doa dan mohon pada Allah, bukan hanya tahu salahkan isteri. Ya, isteri kena mengalah dengan Mak, tapi suami kena cari jalan terbaik untuk maniskan hubungan kekeluargaan.
Baik lelaki atau perempuan, jagalah rumah tangga dengan susunan dan petua hidup yang teratur. Jangan asyik mengarah, sesekali bagi ruang dan peluang kepada pasangan untuk meluah dan berkongsi masalah. Dan ketahuilah lelaki, emosi wanita sangat cepat berubah dan hatinya rapuh. Semua terpulang pada layanan dan kasih sayang anda sebagai suami. In shaa Allah bahagia itu datang…