Semakin tinggi seorang wanita itu belajar, semakin mahal jugalah hantaran yang mak ayah nak tetapkan. Kalau yang nak kahwin tu anak lelaki, setinggi mana pula nilai yang nak dibanggakan untuk digelar suami terbaik?

 

Expectation orang kadang-kadang melampau sangat. Asal hantaran tinggi je, mereka mengharapkan wanita itu serba boleh. Memasak sedap, pandai jaga anak, pandai layan suami, pandai serba serbi.

 

Habis tu, macam mana agaknya kita nak tahu sama ada suami yang kita kahwini itu adalah pemimpin keluarga yang terbaik?

 

IKLAN

Berapakah nilai kita sebagai seorang lelaki yg bakal atau dah menjadi suami…?

Kita selalu mengukur nilai seorang wanita itu terletak pada hantaran dan mas kawinnya…semakin tinggi nilai tersebut, semakin besar jugak expectations yg kita harapkan drpdnya…

“Dah bayar 20k, mesti la kena pandai masak, kena lahirkan anak, kena uruskan hal2 rumah dan sebagainya…”

Bayar mahal kot…kena la tau serba serbi dan buat mcm2…

IKLAN

Tapi pernah tak kita sebagai lelaki yg bakal menjadi suami atau dah menjadi suami tahu nilai diri kita berapa…?

“Nilai seorang lelaki itu terletak pada cara dia menghormati dan melayani wanita…”

Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah? Cukup solat kita? Ontime? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita? Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Berapa dalam ilmu kita, kefahaman kita tentang soal agama?

IKLAN

Sejauh mana kita mempraktikkan agama itu dlm kehidupan seharian kita…?

Semua ni kita kena NILAI dlu diri sendiri sebelum kita MENILAI pasangan kita…

Jangan terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yg bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat cela…Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargai dan melayaninya…

 

Kredit foto: Instagram Zara Zya

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI