Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiada yang kekal di dunia. Begitu juga kita. Semuanya bersifat sementara.

Namun sejauh mana kita benar bersiap sedia untuk itu? Dan sejauh mana pula kematian orang lain memberi kesedaran dalam hati-hati kita ini?

Mendengarkan kisah kematian saban hari dan menghadapi kematian yang tersayang bukanlah satu perkara yang kecil. Hakikatnya perpisahan tidak pernah mudah.

Kita Semua Akan Merasai Kehilangan Dan Kehilangan Itu Sangat Berat

Kematian itu pasti

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Anbiya, ayat 35:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Ertinya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.

IKLAN

Allah menjadikan kita untuk beribadah kepadanya. Sebagai khalifah di atas muka bumi ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Selain itu kita juga perlu memakmurkan bumi dengan segala kelebihan dan ilmu yang kita ada.

Jika ada tujuan kita hidup pasti ada kesudahannya, kelak kita akan diberi balasan untuk setiap perbuatan sama ada baik atau buruk yang kita buat di dunia ini.

Kita Semua Akan Merasai Kehilangan Dan Kehilangan Itu Sangat Berat

Persiapan kita

Mati adalah rahsia Allah. Masa dan tempat tidak kita akan ketahui bila akan berlaku. Cuma kita yakin dengan qada dan qadar ia pasti berlaku.

IKLAN

Jadi antara persiapan yang boleh kita lakukan untuk mendapat pengakhiran yang baik adalah dengan memperbaiki amalan, seperti menjaga dan memperbaiki solat kita, memperbanyakkan sedekah dan segera melunaskan hutang piutang kita.

Rajinkan juga membaca dan mengamalkan ayat al-Quran. Teruskan memelihara hubungan baik dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Kita Semua Akan Merasai Kehilangan Dan Kehilangan Itu Sangat Berat

IKLAN

Kehilangan yang tersayang

Kita semua akan merasai kehilangan. Dan kehilangan memang berat. Seseorang yang terbiasa ada bersama kita dan rajin membantu tiba-tiba dipanggil pulang semula kepada pencipta.

Kita bukan sahaja perlu redha dengan ketetapan yang satu ini, malah lebih daripada itu kita mesti mengambil pengajaran daripadanya.

Selain berdoa, warisnya perlu membayarkannya hutang dan menyambung silaturrahim dengan kenalan si mati. Waktu ini doa menjadi cara yang paling mendekatkan.

Janganlah bersedih, kerana Allah itu sentiasa bersama mereka yang bersabar, kerana akhirnya kita semua akan kembali ke tempat yang sama.

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee.

SUMBER : ILUVISLAM

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI