Kek dan majlis perkahwinan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu aturcara majlis yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu jemputan.
Tidak kira dimana, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.
Kek perkahwinan memainkan peranan penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah. Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk cukup syarat sahaja tetapi memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian tercapai. Ada sesetengah kek mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi hiasan kerana ada yang perlu ditempah dan ada yang perlu dibuat.
Pada masa kini kebanyakan kek perkahwinan dihasilkan sebagai sebuah karya agung untuk dipersembahkan di hari bahagia pasangan mempelai. Ia juga memberikan nilai sentimental dan kemanisan kepada pasangan pengantin.
Apabila berbicara tentang pemilihan warna kek perkahwinan ia mungkin menjadi satu perkara yang remeh. Pemilihan warna kek perkahwinan yang tepat dan ideal mampu memberi satu nilai tambah yang sempurna untuk sesebuah majlis perkahwinan.
Semak beberapa tip sebelum anda dan pasangan mengambil keputusan untuk memilih warna kek yang disukai agar menjadi penyeri majlis resepsi yang bakal berlangsung.
Putih
Warna putih selalunya menggambarkan kesucian apatahalagi ia cukup sinonim dengan sebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah jika ramai pasangan mempelai memilih kek perkahwinan dengan tema warna putih.
Merah Jambu & Coklat
Rona coklat memberi satu aura yang begitu lembut tatkala digabungkan dengan warna merah jambu. Kedua-dua warna ini apabila bersatu akan mencetuskan mood yang tersendiri. Seakan bersatu, rona coklat dan merah jambu seakan-akan menterjemahkan rasa bahagia yang terpancar pada wajah pasangan mempelai.
Ads
Monokrom
Jika anda sukakan warna-warna monokrom, tidak ada salahnya untuk anda memilih warna ini untuk warna kek perkahwinan anda. Tentu sekali ia kelihatan moden dan pastinya unik. Sesuai buat pasangan mempelai yang inginkan sesuatu yang moden dan terkini.
Emas & Putih
Aura mewah dengan biasan rona emas ini pasti memukau setiap mata yang memandang. Lengkapi hiasan dekorasi kek dengan sekuntum bunga yang mekar di tepi kek.
Kuning & Merah Jambu
Kek berwarna kuning pastel apabila diberikan terapan bunga-bungaan hiasan rona merah jambu melengkapi aura feminin. Kombinasi rona kuning dan merah jambu juga sangat sesuai untuk sebuah majlis perkahwinan yang memilih konsep ringkas tetapi moden.
Ombre
Injeks rina ombre merupakan penggunaan garapan warna berkala. Campuran warna emas pada bahagian atas kek menaikkan seri persembahan sesebuah kek perkahwinan. Kebanyakan pasangan pengantin yang memilih warna ombre untuk kek perkahwinan biasanya gemarkan sesuatu yang elegan.
Ads
Perak & Putih
Dua rona ini menampilkan sesuatu yang berbeza untuk sebuah seni hiasan dekorasi kek perkahwinan. Penggunaan rona perak bakal menaikkan aura keanggunan sesebuah kek perkahwinan.
Kuning & Coklat
Gabungan rona kuning dan coklat menyaksikan Penyatuan warna yang serasi. Berada dalam kelompok rona-rona senada, apabila diserasikan bersama bakal mencetuskan dimensi dekorasi kek yang sempurna.
Lavender & Lilac
Segar mata memandang. Kek dengan penggunaan rona lavender dan lilac ini mungkin agak jarang menjadi pilihan pasangan mempelai namun jika diaplikasikan dalam seni dekorasi hiasan kek perkahwinan ianya bakal menyaksikan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain.
Ads
Merah & Putih
Warna yang pastinya mencetuskan mood romantis. Mainan rona merah dan putih pastinya mampu melontarkan suasana meriah sesebuah majlis resepsi lantas menjadikan majlis tampak lebih meriah.
.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.
b) Syarat-Syarat Bakal Isteri
Islam
Bukan seorang khunsa
Perempuan yang tertentu
Tidak dalam keadaan idah
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan isteri orang atau masih ada suami
Syarat Wali
Adil
Islam
Baligh
Lelaki
Merdeka
Tidak fasik, kafir atau murtad
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-Jenis Wali
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat-Syarat Saksi
Islam
Lelaki
Baligh
Berakal
Merdeka
Sekurang-kurangya dua orang
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)
Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul
Syarat Ijab
Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat.
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah)
Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan
Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran.
Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
* Contoh lafaz ijab:
“Daku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”
.
.
Syarat Qabul
.
Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab
Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan.
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang terbatas tempoh waktunya
Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan.
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain.
* Contoh lafaz qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami) :
i)“Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… ”
ATAU
ii)“Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) sebagai isteriku.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahaya kalau suami pendam hati dalam diam. Boleh merosakkan rumah tangga anda dan dia. Ada sesetengah lelaki yang suka mendiamkan diri jika mengalami masalah. Mereka lebih suka bersendiri dan berseorangan.
Namun, sebagai seorang isteri anda perlu lah berkomunikasi dengan suami dengan kata-kata yang baik agar tidak menyakitkan hatinya. Syurga isteri berada dibawah telapak kaki suami, jadi isteri haruslah menjaga pertuturan. Guna tips ini supaya suami anda tak cepat melenting.
1. Jaga nada suara
Jika diawal perkenalan dulu boleh bercakap secara elok dan sopan, mengapa sekarang tidak? Jadikan komunikasi diawal perkenalan anda itu kekal sehingga ke hari ini. Guna nada yang sesuai.
2. Tidak melemparkan kata-kata kesat
Kalau ye pun marah kata-kata kesat tu memang sama sekali tidak elok! sebab itu ada pepatah kata-kata itu lebih tajam daripada pisau.
3. Elakkan menyindir suami
Bila suami hilang sesuatu seperti hilang pekerjaan, jangan lah pula menyindir nya. Kalau boleh jangan mengungkit kisah silam tentang apa yang telah berlaku. Dengar luahan hati mereka dan cuba selesaikan bersama.
4. Tidak mengungkit keburukkan dan kelemahan suami
Perkara yang paling penting dalam menjaga hubungan rumah tangga adalah tidak mengungkit kisah silam. Keburukkan suami juga diungkit. Kan tidak bagus tu untuk suami isteri. Berikan kata-kata semangat kepadanya dan percaya pada dirinya sebagai seorang suami. Pasti dia bersemangat dan gembira.
5. Jangan membelangkangkan suami
Bila suami ingin memberi pendapat, jangan membelangkan nya. Cara ini akan menunjukkan bahawa anda tidak menghormatinya sebagai seorang suami.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memanglah bila pakai baju, orang nampak kita perfect je, kulit muka pun bersih tapi bila buka je belakang badan penuh dengan jerawat. Aib, malu dengan suami. Hmmm Ini adalah cara penyelesaian terbaik untuk anda yang mengalami masalah jerawat badan yang teruk. Semoga bermanfaat buat bakal pengantin semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!