Biarlah orang mengata anda ni cantik, kacak tapi masih single. Mereka tidak tahu tujuan mengapa anda memilih untuk tidak berkahwin lagi, mereka hanya tahu membawang dan bercakap belakang sahaja.

Kita yang bekerja keras untuk hidup dan berjaya ini sahaja faham akan keperluan diri untuk mengharungi kehidupan selepas berumahtangga. Kalau mereka nak kahwin umur 20-an dan mampu, biarlah..

Hidup kita berbeza, komitmen kita juga berbeza, jadi jangan ikut cakap orang bab kahwin ni, semua bergantung kepada anda. Di sini kami kongsikan kebaikan dan keuntungan berkahwin pada usia 30-an.

 


.

1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil

Menurut kajian, pada usia 30-an, setiap individu akan lebih tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Pada usia ini, perasaan individu untuk menghargai cinta dan menghargai diri seseorang akan lebih fokus.

 


.

IKLAN

2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia

Pada usia begini, rata-rata individu sudah puas berseronok. Pelbagai kejayaan telah dikecapi baik di peringkat akademik dan mungkin di bidang professional. Jadi, bercinta dan berkahwin pada usia begini pasti akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu, tetapi mencapai kebahagaian bersama di dalam rumah tangga.

 


.

IKLAN

3. Pembentukkan Jati Diri Lebih Kuat

Pada usia sematang ini, mereka yang telah berumur 30-an telah membina jati diri yang kuat. Mempunyai karisma dan mempunyai matlamat yang ampuh. Mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi kebiasaannya dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih diredhai.

4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh

IKLAN

Kebanyakkan individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan bagus. Mungkin ada di antaranya telah memiliki kediaman sendiri dan mampu untuk menempuhi keadaan ekonomi yang mencabar. Oleh itu, rumah tangga akan lebih bahagia sekiranya masalah-masalah kewangan dapat di atasi.

 


.

5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa

Sekiranya dikurniakan rezeki dan cahaya mata, mereka yang berusia 30-an ini pasti mampu menjadi ayah dan ibu yang baik. Kematangan dan kesabaran yang tinggi akan menjadikan mereka ibu bapa yang mampu memberi kasih sayang yang terbaik untuk anak.