Kebahagiaan tidak terjadi secara kebetulan melainkan anda sendiri yang menjadikannya (Happiness does not just happen, you have to make it happen).
‘Wajah ceria rahsia kebahagian’, mulut pula mengucapkan kata-kata yang baik lagi jelas. “Assalamu’alaikum”, “Selamat pagi”, Selamat petang”, “Apa khabar?”, “Bagaimana hari abang?” “Apa perkembangan anak di tadika?” adalah antara ucapan yang boleh dikemukakan apabila bertemu dengan pasangan.
Mulut juga merupakan alat komunikasi yang mudah, maka manfaatkanlah ia dengan baik. Berbicaralah, bersembang-sembanglah, berkomunikasilah dengan pasangan anda dengan nada yang jelas lagi lancar, sambil memandangnya.
Usah berbicara terlalu cepat atau dengan sebutan yang tidak jelas. Bersungguh-sungguhlah berbicara dengan pasangan anda sebagaimana anda bersungguh-sungguh berbicara dengan pelanggan atau rakan pejabat.
Ads
Jika kita merujuk kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda berbicara dengan lancar, jelas dan satu persatu sehingga orang di sekitar baginda mudah mengingati apa yang baginda ucapkan. A’isyah, isteri Rasulullah menerangkan bahawa Sesungguhnya apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak berbicara, baginda berbicara sehinggakan jika seseorang itu ingin menghitungnya, nescaya dia akan dapat menghitungnya. [Shahih al-Bukhari, no: 3303/3568] Maksud menghitung di sini ialah baginda berbicara sepatah-sepatah dengan jelas sehingga dapat dihitung satu persatu perkataan baginda.
Pada ketika yang lain A’isyah menerangkan: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak berbicara dengan laju sebagaimana kalian berbicara dengan laju. Baginda berbicara dengan jelas lagi satu persatu sehingga dapat dihafal oleh sesiapa yang mendengarnya. [Musnad Ahmad, no:25012/26209 dengan sanad hasan] Demikianlah ketika berbicara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang amat baik untuk kita ikuti.
Malah tiada siapa yang lebih patut kita berbicara dengan kesungguhan, kejelasan dan perlahan (tidak laju) melainkan terhadap pasangan kita sendiri.
Ads
Jauhilah perbicaraan yang “nak tak nak”, ayat yang tidak lengkap, pilihan perkataan yang samar-samar ertinya atau berbicara dengan mulut yang dipenuhi makanan.
Apabila pasangan kita sedang berbicara, maka janganlah memotong perbicaraannya. Biarlah beliau menghabiskan apa yang ingin disampaikan, kemudian barulah kita berbicara atau bertanya.
Ads
Pernah sekali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang berbicara dengan seseorang, lalu datang seorang Arab Badui (dari pendalaman) yang tiba-tiba terus bertanya soalan kepada baginda. Baginda tidak melayan soalan tersebut, sebaliknya meneruskan perbicaraannya.
Setelah selesai, barulah baginda beralih kepada Arab Badui yang bertanya itu. [Shahih al-Bukhari, no: 57/59] Tindakan Rasulullah tidak melayan pertanyaan Arab Badui tersebut menunjukkan bukanlah satu etika yang baik untuk memotong perbicaraan seseorang.
Sumber gambar: internet
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam memilih baju kahwin tidak salahnya anda berlaku cerewet bagi memastikan penampilan memuaskan di majlis bahagia nanti. Jangan mencarinya dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana jangka masa yang pendek bakal menjadikan apa yang anda hajati tidak kesampaian. Terdapat banyak kesalahan yang mungkin dilakukan oleh bakal pengantin di luar sana ketika membeli baju kahwin. Ia disebabkan oleh persediaan yang tidak mencukupi atau tidak berfikir dengan lebih jauh sebelum membuat keputusan.
Berikut merupakan kesalahan atau kesilapan yang sering dilakukan ketika membeli baju pengantin.
Tidak Membuat Bajet
Dengan adanya bajet yang telah ditetapkan, ia memudahkan untuk mencari baju kahwin yang sesuai dengan bajet anda. Selain itu, bajet yang diperuntukkan untuk membeli baju kahwin perlulah berpatutan dan jangan terlalu mahal.
Tidak Mempertimbangkan Kos Tambahan
Apabila anda mempunyai bajet untuk membeli atau menyewa baju kahwin, seharusnya anda perlu ingat bahawa anda perlu memakai aksesori tambahan seperti kasut tumit tinggi, layah, tiara, tudung, subang, rantai dan lain-lain lagi.
Semua perkara ini melibatkan kos dan memerlukan belanja yang agak tinggi. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau menyewa baju impian anda, fikir dengan lebih mendalam lagi tentang perkara-perkara lain yang juga perlu anda lakukan.
Membawa Terlalu Ramai Orang Untuk Membeli Baju Kahwin
Membeli baju kahwin merupakan perkara istimewa jika dibandingkan daripada membeli-belah pakaian harian. Rata-rata akan membawa teman mahupun ahli keluarga ketika membeli baju kahwin.
Namun begitu, anda dinasihatkan agar membawa orang yang anda percayai untuk memberikan pendapat yang jujur. Anda dilarang membawa membawa terlalu ramai orang kerana boleh mengelirukan pilihan yang bakal dibuat.
Beli Terlalu Awal Atau Terlalu Lewat
Membeli baju di saat-saat akhir boleh menyebabkan anda tiada masa untuk membuat pilihan yang lebih terperinci. Baju kahwin tidak perlu dibuat terlalu awal untuk anda, tetapi anda masih perlu menetapkan matlamat untuk mempunyai masa yang cukup untuk sebarang perubahan.
Sekiranya anda sudah menetapkan tarikh dan lokasi perkahwinan, pembelian baju di waktu awal adalah perkara yang digalakkan. Ini penting bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Tidak Membuat Penyelidikan Sebelum Membeli
Adalah baik untuk anda mempunyai fikiran yang terbuka mengenai gaya pakaian yang anda inginkan, namun anda perlu mempunyai beberapa idea tentang baju pilihan anda.
Mengetahui lokasi perkahwinan dengan lebih awal akan membantu anda untuk mengenakan baju yang tepat di majlis perkahwinan anda. Contohnya, lokasi perkahwinan anda akan diadakan di tempa terbuka. Oleh itu, anda harus mengkaji terlebih dahulu baju yang sesuai untuk digayakan di majlis tersebut.
Hanya Mencuba Satu Gaya Baju Kahwin
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih baju kahwin anda, dinasihatkan untuk mencuba beberapa pasang baju bagi mendapatkan baju yang paling sempurna untuk digayakan di majlis raikan cinta.
Jangan membuat keputusan terburu-buru dengan hanya mencuba satu gaya baju sahaja. Anda boleh meminta pendapat dari perunding perkahwinan atau penasihat fesyen berpengalaman bagi mendapatkan pilihan baju yang sesuai buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cacat yang terhasil sejak dari lahir misalnya, bibir sumbing, bentuk jari-jemari yang bengkok dan lain-lain. Cacat akibat sakit misalnya cacat yang timbul akibat penyakit kusta , akibat kemalangan dan luka kesan terbakar dan sebagainya. Dalam kes ini, sudah tentu cacat tersebut sangat mengganggu penderita secara fizikal mahupun mental penghidapnya. Dalam keadaan sedemikian syariat membolehkan si penderita menghilangkan kecacatan, memperbaiki atau mengurangi kesan akibat kecacatan tersebut melalui pembedahan.
Ini kerana kecacatan tersebut mengganggu si penderita secara mental mahupun fizikal sehingga dia boleh mengambil keringanan untuk melakukan pembedahan. Dan juga karena hal itu sangat diperlukan oleh si penderita. Keperluan yang mendesak juga termasuk dalam perkara darurat. Ia sebagai salah satu sebab keluarnya rukhsah (keringanan) dalam hukum. Setiap pembedahan yang tergolong sebagai pembedahan kecantikan yang memang diperlukan untuk menghilangkan gangguan, hukumnya boleh dilakukan dan tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.
Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan antara pembedahan kecantikan yang dibolehkan dan yang diharamkan:
Dalam menjelaskan hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang mencukur (menipiskan) alis (bulu kening) dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah.” [Riwayat Muslim No:3966.]
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan sebagai berikut:
أما ( الواشمة ) ففاعلة الوشم , وهي أن تغرز إبرة أو مسلة أو نحوهما في ظهر الكف أو المعصم أو الشفة أو غير ذلك من بدن المرأة حتى يسيل الدم , ثم تحشو ذلك الموضع بالكحل .. فيخْضرّ .. وهو حرام على الفاعلة والمفعول بها باختيارها .. وأما ( النامصة ) فهي التي تزيل الشعر من الوجه , والمتنمصة التي تطلب فعل ذلك بها , وهذا الفعل حرام إلا إذا نبتت للمرأة لحية أو شوارب , فلا تحرم إزالتها .. وأما ( المُتفلِّجات ) أن تبرد ما بين أسنانها ( فتجعل ) فرجة بين الثنايا والرباعيات , وتفعل ذلك العجوز ومن قاربتها في السِنّ إظهارا للصغر وحسن الأسنان , لأن هذه الفرجة اللطيفة بين الأسنان تكون للبنات الصغار , فإذا عجزت المرأة كبرت سنها وتوحشت فتبردها بالمبرد لتصير لطيفة حسنة المنظر , وتوهم كونها صغيرة .. وهذا الفعل حرام على الفاعلة والمفعول بها لهذه الأحاديث , ولأنه تغيير لخلق الله تعالى , ولأنه تزوير ولأنه تدليس . وأما قوله : ( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو
عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم
“Al-Washimah” adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya sehingga mengeluarkan darah lalu diletakkan dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya bagi yang mentatu ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara “An-Naamishah” adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu wajah.
Adapun “Al-Mutanammisah” adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh janggut (seperti lelaki- pent.) atau misai pada wajah wanita tersebut, dalam hal ini dia boleh mencukurnya. Sementara “Al-Mutafallijat” adalah wanita yang menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan muda dan lebih indah. Karena jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadis-gadis kecil. Apabila seorang wanita sudah beranjak tua giginya akan membesar, sehingga ia menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan agar kelihatan masih muda.
Perbuatan tersebut jelas haram hukumnya baik yang mengikir ataupun yang dikikirkan giginya berdasarkan hadith tersebut di atas. Dan tindakan itu juga termasuk merubah ciptaan Allah, pemalsuan dan penipuan. Adapun sabda nabi: “Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik” maknanya adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan perubatan atau karena cacat pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan, wallahu a’lam. [Syarh Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi XIII/107]
Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik yang melakukan pembedahan kecantikan tersebut biasanya tidak membezakan antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi kepentingan mereka hanyalah mencari keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit dan pengikut hawa nafsu, materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas sebuah penyimpangan. Karena pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuan-ketentuan berkenaan dengannya sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman Allah:
“Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata.” [An-Nisa’ 4:119]
Ada beberapa pelaksanaan pembedahan kecantikan yang diharamkan karena tidak memenuhi ketentuan-ketentuan syariat yang disepakati dan kerana termasuk mempermainkan ciptaan Allah serta bertujuan mencari keindahan dan kecantikan semata, misalnya memperindah payu dara dengan mengecilkan atau membesarkannya atau pembedahan untuk menghilangkan kesan ketuaan, kedutan kulit, mencantikkan bentuk wajah dan anggota tubuh lain tanpa sebarang sebab yang selari dengan syariah.
Dalam hal ini syariat tidak membolehkannya. Karena tidak ada keperluan yang darurat untuk melakukan hal itu. Hal itu dilakukan semata-mata untuk mengubah dan mempermainkan ciptaan Allah sesuai dengan hawa nafsu dan syahwat manusia. Hal itu jelas haram dan terlaknat pelakunya. Dan juga karena termasuk dalam dua perkara yang disebutkan dalam hadith di atas, iaitu hanya ingin mempercantik diri dan mengubah ciptaan Allah.
Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi menyebutkan:
ويُضاف إلى ذلك أن هذه الجراحات تتضمن في عدد من صورها الغش و التدليس والحقن بمستخلصات مأخوذة من الأجنّة المُجهَضة بالطرق المحرّمة احتيالا وشراء – وهذا من أكبر الجرائم – وكذلك ما ينتج عن كثير من عمليات التجميل من الآلام المستمرّة والأضرار و المضاعفات . كما يقول الأطباء المختصون .
Ditambah lagi pembedahan kecantikan sperti itu banyak mengandungi unsur penipuan dan pemalsuan. Demikian juga suntikan dengan zat-zat yang diambil secara haram dari janin yang gugur, yang mana perbuatan tersebut merupakan kejahatan yang besar, dan kesan samping serta mudharat lainnya yang timbul akibat operasi kecantikan sebagaimana dijelaskan oleh pakar-pakar perbuatan.
[Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi, Ahkamul Jirahah]
Berdasarkan penjelasan ini, dapat kita simpulkan bahawa apabila kecacatan atau kekurangan yang ada pada diri termasuk dalam kategori darurat (seperti karena kemalangan dan penyakit) yang menyukarkan diri atau menyebabkan kesukaran yang lain yang mungkin terjadi, bukan dilakukan untuk mempercantik diri semata-mata tanpa sebarang alasan yang selari dengan syara’, maka pembedahan plastik/ kecantikan tersebut boleh dilakukan inysa Allah.
والله أعلم بالـصـواب
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...