
Sudah menjadi perkara wajib bila setiap kali bertunang atau bernikah mesti ada mini pelamin kan? Tak salah sebenarnya. Kalau ada bajet apa salahnya, untuk anda juga. Namun, kalau bajet pun biasa-biasa sahaja jangan lah pula ‘demand’ nak yang mahal.
Tidak semestinya dekorasi yang simple itu tidak nampak menawan. Malah, ia boleh kelihatan seperti mahal jika anda pandai memilihnya. Dekorasi berasaskan kayu tidak lapuk juga dengan pelbagai hiasan yang digabungkan membuatkan ia nampak unik.
Tak percaya? Mungkin pelamin-pelamin ini boleh menjadi ilham untuk anda. Simple but nice.
Sumber : Kotak kayu deco
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Pelamin Mewah Sentuhan Perancang Majlis Dan Dekorasi Reka Teemor

Titipan aura romantis di pentas dermaga pastinya meninggalkan kenangan yang sukar diungkapkan dengan butir bicara. Gahnya pelamin di hari persandingan menjadi lambang betapa utuhnya ikatan cinta raja dan ratu sehari. Oh! Indahnya dunia tatkala dua jiwa menjadi satu. Moga kasih sayang kekal melingkari kehidupan pasangan mempelai hingga ke Jannah.
Pelamin cinta Dr Farid dan Dr Fazliana yang dijelmakan oleh perunding perkahwinan tersohor, Reka Teemor benar-benar mencuri perhatian. Menyuntik latar singgahsana cinta yang sarat dengan elemen romantik serta pencahayaan yang sempurna amat membantu agar pelamin tampak lebih menjentik deria pandang.
Pemilihan Reka Teemor sebagai perancang majlis dan dekorasi telah membantu untuk mendapatkan dream wedding pasangan Dr Farid dan Dr Fazliana kerana mereka adalah pakar dalam merancang acara yang unik, elegan dan eksklusif bersesuaian dengan anugerah sebagai Pereka Pencetus Trend yang diterima daripada Yayasan Usahawan Malaysia 2017/2018.
Mengambil inspirasi label berlian tersohor dari Itali, majlis akad nikah di Dewan Astor, St Regis Kuala Lumpur diberi nama ‘The Damiani’. Majlis bersama keluarga di Sime Darby Convention Centre bertemakan ‘The Khatulistiwa’ menampilkan aura flora tropika. Ilham keindahan kehijauan hutan tropika melatari pelamin dan 2000 kuntum bunga lawang gergasi berona emas melatari siling ballroom memberi efek yang eksklusif.
Majlis resepsi gilang gemilang di St Regis KL pula bertemakan ‘The Universe’ memberi nafas ultra moden. Ilham segar 50 lampu chandeliar origami berwarna perak berkilauan digantung dengan susunan rapi di ballroom utama St Regis KL. Ia seolah-olah meteor cinta Dr Farid dan Dr Fazliana.
Ayuh kami hidangkan keindahan rekaan pelamin dan dekorasi cetusan perunding perkahwinan terkenal @rekateemor.


Perancang perkahwinan Reka Teemor berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nampak Klasik Dan Hipster! Ini Lima Tempat Nak Dapatkan Perabot Rotan Berkualiti

Isi Kandungan
ToggleBahan hiasan rotan ini amat sesuai dalam memberikan impak terhadap sentuhan dekorasi ‘asian culture’ dan sentuhan klasik. Kini rotan didatangkan dalam pelbagai warna dan melalui pelbagai pembaharuan hingga boleh diguna pakai dalam tempoh yang lama. Rotan bukan saja dilihat amat dekat dengan masyarakat Melayu, malah sebagai pereka dalaman, saya beberapa kali menghasilkan sentuhan dekorasi buat kediaman yang berlainan bangsa termasuk rumah milik kenamaan warga British dengan dekorasi rotan sebagai tema utama. Hasil sentuhan itu cukup dikagumi dan rotan menjadi pilihan bukan saja buat masyarakat Melayu. Ini 5 lokasi best untuk anda penggemar dekorasi rotan!
Aranyaunkeerattancraft
Taman Tun Dr Ismail (TTDI) and the SS15 area, Aranyaunkee Rattan Craft
Rattanart_handmade
343, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur,
Woon Cane Enterprise (Perniagaan Wai Kong)

138-B, Batu 3, Jalan Kelang Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia
Kantan Kollektiv


4, Jalan 2/1, Ampang Jaya,
68000 Ampang, Selangor.
Kok Cane

91, Jalan Batu Tiga, Kawasan 17,
41300 Klang, Selangor.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Make Over Rumah Papan Kampung, Terus Jadi Gaya Moden

Isi Kandungan
ToggleTerpesona melihat hasil pasangan suami isteri ini make over rumah papan kampung miliknya. Terus jadi moden!
Suami Isteri Make Over Rumah Papan Kampung, Terus Jadi Gaya Moden
Berbekal minat, sedikit kemahiran dan juga rujukan dari YouTube pasangan suami isteri Azizi Anuar dan TgSH Husna lantas mengubah suai rumah papan yang didiami bersama orang tua mereka.
Make over kediaman yang terletak di Dungun Terengganu dilakukan sedikit demi sedikit, dari ruang tamu, dapur, bilik solat dan bilik anak. Paling menarik mereka berdua melakukannya sendiri dari awal hingga akhir walaupun tiada latar belakang pertukangan.
Menurut Azizi ia bermula dari suka-suka, ubah suai dilakukan kerana mahukan gaya moden dalam kediaman. Berikut adalah tranformasi kediaman rumah papan gaya moden hasil kerja tangan Azizi dan isteri. Semoga memberi inspirasi kepada yang bercadang mengubah suai kediaman.
INI SEBELUM
SELEPAS
Ruang Dapur
Ruang tamu
Ruang solat
Ruang belajar anak
Haa… nampak luar biasa kan hasilnya? Betul-betul boleh buat perasaan seorang isteri ‘gemuk hati’ melihat setiap ruang di dalam rumahnya. Ini kalau suami jarang-jarang bawa pergi bercuti pun tak apa, sebab mata dah sedap memandang dalam rumah!
Jadi kalau anda nak ubah suasana dalam rumah papan tu, munkin boleh cedok idea dari sini. Selamat ‘mengubah’!
Sumber: Azizi Anuar dan TgSH Husna & Ziandnamalaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI