Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, jarang pasangan yang hanya suaminya sahaja bekerja dan isteri sepenuh masa suri rumah tangga. Sebaliknya, suami isteri sama-sama bekerja bagi membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Namun, jika isteri workaholic sehingga lupa tanggungjawab, ini boleh menjadikan suami risau dan tidak selesa.

Apa yang patut dilakukan bila ada isteri workaholic yang bersikap sedemikian?

Syariat menjelaskan tidak berdosa bagi isteri bekerja di luar rumah. Asasnya adalah mendapat izin daripada suami. Namun, bagi memastikan kerukunan keluarga, keselamatan diri dan hidup aman bahagia bebas daripada krisis, maka pihak isteri mesti mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:

Pastikan keterampilan berpakaian mengikut syariat
Pastikan cara gaya komunikasi di tempat kerja dengan sopan dan elakkan diri daripada dieksploitasi dan dipersepsi salah oleh orang lain.
Pastikan bahawa masalah di tempat kerja tidak dibawa ke rumah
Pastikan tadbir urus kebajikan suami dan anak adalah keutamaan
Pastikan persona diri anda adalah sebagai isteri, ibu dan wanita yang solehah. Bukan wanita yang amarah (pemarah) dan cepat melatah.

Punca Isteri Workaholic
Setiap wanita ada keistimewaannya yang fantastik. Isteri yang dilihat sebagai wanita workaholic misalnya adalah merupakan ciri wanita idaman yang menjadi dambaan setiap lelaki yang normal Ini kerana wanita workaholic memberi impak kepada setiap lelaki yang bergelar suami dari segi:

Meringankan bebas kewangan suami
Menghasilkan persekitaran rumah yang bersih
Membentuk budaya keluarga yang berdisiplin dan jelas matlamat hidup berkeluarga
Mempunyai kebijaksanaan bagi mencari rezeki dan menyimpan wang
Mempunyai sikap kental menghadapi cabaran hidup
Mempunyai karakter ringan tulang dan peka dengan perkembangan psikososial masyarakat sekitarnya.

IKLAN

Kuatnya Isteri Bekerja Demi Kesenangan Hidup, Jangan Sampai Suami Di Rumah Rasa Terabai
.

Sebaliknya, tanpa sikap workaholic, seseorang wanita (isteri) itu akan kelihatan negatif misalnya:

Bersikap pasif tidak pro aktif
Malas bekerja
Suka habiskan masa melakukan aktiviti tidak berfaedah. Contohnya, sibuk chatting menggunakan Internet dan whatsapps.
Suka berkhayal akan keperluan diri sendiri bukan keperluan keluarga
Tidak peka akan kepentingan sikap keusahawanan bagi mengukuhkan ekonomi keluarga
Tidak jelas akan peranan sebagai seorang Muslimah yang unggul (sebagai wanita, isteri, ibu dan seumpamanya).

IKLAN

Kesan Negatif Pada Suami

Meskipun isteri workaholic bekerja dikagumi dan diraikan oleh suami, namun jika tidak mengikut protokol syariat, akan menimbulkan beberapa isu, misalnya:
Isteri lambat pulang ke rumah
Suami meluat sikap eksyen isteri yang workaholic
Isteri memandang rendah akan kredibiliti suami

Apabila timbul 3 isu seperti di atas, inilah yang akan menjadikan suami panik sehinggakan:

IKLAN

suami menjadi murung
suami menjadi seorang pemarah
cenderung melepak dengan rakannya di luar kerana isteri jarang berada di rumah
curiga akan kesetiaan isteri apabila isteri berada di luar sama ada pergi bekerja atau keluar atas urusan peribadi.
berdendam terhadap isteri

Cara Atasi Masalah Isteri Workaholic
Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Begitulah dengan setiap penyakit ada ubatnya. Junjungan Nabi Muhammad SAW telah bersabda maksudnya“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Taala” (HR. Muslim).

Masalah hubungan suami isteri retak kerana isteri workaholic suami panik adalah berpunca daripada masalah komunikasi. Cara untuk menangani masalah komunikasi suami isteri berasaskan perkara berikut:

Setiap pasangan mesti tahu hak dan tanggungjawab kendiri
Membudaya sikap bercakap dengan kasih sayang.
Isteri mesti hormat dan taat setia terhadap suami.
Syurga isteri adalah tertakluk kepada redha suami.
Suami mesti menstrukturkan isterinya dalam semua perkara. Jelaskan kepada isteri protokol yang diingininya berhubung kehendak isteri yang ingin bekerja dan berkerjaya.
Semua nasihat, bimbingan atau arahan perlu berteraskan ilmu pengetahuan. Ia adalah akar kepada perwujudan pasangan suami isteri bahagia dan obor kepada pembangunan ekonomi dan kebahagiaan sesebuah keluarga.
Ingat sentiasa bahawa role model yang terbaik dalam aspek komunikasi berkesan pasangan suami isteri adalah Nabi Muhammad s.a.w.

KREDIT : buletindaily.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI