Kudap-Kudap Satled Egg Popia Buat Suami Tak Keluar Rumah

Share

Siapa sini suka sangat telur masin? Sedap tau bila makan kerepek kulit popia telur masin ni. Jom tengok resepinya yang disumbangkan oleh Oh Lisa.

RESEPI KEREPEK KULIT POPIA TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN
1) Kulit popia
2) Serbuk telur masin
3) Gula
4) Garam
5) Daun kari

Bagi yang tak tahu mana nak cari serbuk telur masin tu, boleh guna yang macam ni.

CARA-CARA



1) POTONG & KERINGKAN KULIT POPIA
Memula kite potong kulit popia ikut saiz yang kite nak. Tips nak bagi rangup dan tahan lama, jemur dulu kulit popia ni sebelum goreng.

Jemur smpai betul-betul kering. Barulah bila kita goreng akan jadi bergulung, tahan lama dan tak mudah lemau. Memang rangup macam kerepek wonder cheeze yang dijual tu. Tak lama pun nak jemur. Kalau cuaca panas, dalam 30 minit pun dah kering.

2) GORENG



Lepas tu panaskan minyak dalam kuali. Goreng macam biasa. Bila dah garing, angkat dan toskan. Tunggu sejuk dulu dan pastikan minyak betul-betul kering.

3) BUAT PERASA
Sambil tunggu tu kita buat perasanya. Caranya, sangai sekejap serbuk telur masin, gula dan garam secukupnya dengan daun kari. Kalau nak lagi cantik, blend dulu semua bahan serbuk tu sebelum sangai atas api dengan daun kari. Guna api kecil je supaya tak hangus.

4) GAULKAN



Akhir sekali, gaulkan kulit popia yg dah digoreng dengan serbuk yang disangai tu.

SIAP!
Sedia untuk dimakan. Krup krap krup krap bunyi dia! Bagi yang tak minat telur masin, boleh je nak pelbagaikan perasa tu tukar dengan perasa lain. Contohnya guna serbuk kari, serbuk cili dan serbuk cheese. Memang berbaloi buat sendiri berbanding beli. Sedap pun sedap.

IKLAN