Siapa kat sini asyik kena ‘sunburn’? Kulit wajah jadi gelap. Ada juga berpunca dari skincare yang tak selamat. Macam-macam lagi.

Malam ni tengku nak share tips cerahkan kulit wajah menggunakan bahan didapur sahaja. Jimat dan selamat. Jom cuba.

Resepi 1 : Gunakan ubi kentang

Kulit Wajah Gelap? Cuba Lakukan Rawatan Ini Di Rumah!

Ubi kentang mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Jadi sangat bagus untuk mencerahkan kulit.

Caranya: Potong ubi kentang kepada 2 bahagian. Gosok perlahan pada bahagian wajah yang awak ingin cerahkan. Biarkan selama 15-20 minit. Lakukan beberapa kali seminggu. Sekiranya tiada ubi kentang awak boleh gantikan dengan timun batang. Fungsi dan cara juga sama.

Resepi 2 : Gunakan pokok lidah buaya atau aloe vera

Kulit Wajah Gelap? Cuba Lakukan Rawatan Ini Di Rumah!

Sangat baik untuk masalah wajah kemerahan dan ‘hangus’ matahari. Pokok lidah buaya berfungsi untuk melembapkan sekaligus memberi rawatan kepad kulit awak.

IKLAN

Caranya : Patahkan 1 pelepah pokok lidah buaya. Basuh bersih dan buang sedikit kulit bahagian atas. Gosok isi pohon tersebut pada wajah awak. Boleh dibiarkan begitu sahaja pada wajah awak atau dibilas jika rasa melekit. Aloe vera berfungsi sebagai pelembab semulajadi. Jadi tidak perlu bimbang.

Resepi 3 : Air kelapa

Kulit Wajah Gelap? Cuba Lakukan Rawatan Ini Di Rumah!

Air kelapa semulajadi berfungsi mencerah dan melembutkan kulit.

Caranya : Basahkan kapas bersih dengan air kelapa. Sapukan pada wajah awak. Biarkan. Tidak perlu dibilas kerana air kelapa bersifat semulajadi. Lebihan air kelapa tersebut boleh diminum

IKLAN

Resepi 4 : Buah betik

Kulit Wajah Gelap? Cuba Lakukan Rawatan Ini Di Rumah!

 

Secara saintifik betik mampu menegang dan mencerahkan kulit wajah awak. Juga sangat sesuai untuk awak yang kepenatan. Menyegarkan kembali wajah setelah seharian bekerja. Kaya dengan Vitamin A,E,C dan penuh dengan AHA iaitu bahan antipenuaan.

Caranya : Bersihkan betik dan buang bijinya. Kisar bersama sedikit air. Letakkan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti ais. Sapukan pada wajah 3x seminggu untuk hasil yang terbaik.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Faezah Ismail

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI