Labu Siam merupakan jenis sayuran labu rendah kalori. Ianya sangat terkenal di Indonesia, boleh dimakan begitu sahaja bersama kulit atau boleh dimasak untuk dijadikan lauk.
Labu siam tidak mengandungi kolesterol dan rendah kandungan kalorinya, jadi tidak hairan jika sayur ini sering disarankan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Berikut adalah faedah labu siam kepada kesihatan tubuh:
1. Bagus untuk wanita hamil
Kandungan vitamin B9 (folat) sangat baik bagi memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil bagi kesihatan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan, bahkan mengelak daripada berlakunya keguguran. Boleh amalkan dengan kerat kerana bagus untuk kandungan.
2. Mengawal kolesterol
Labu adalah sayuran yang mengandungi rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu. Sehubungan itu, ia sangat sesuai diamalkan dalam diet pemakanan seharian bagi menjaga kadar kolesterol dalam badan.
Ads
3. Mengawal tekanan darah tinggi
Ia juga dapat membantu anda mengawal tekanan darah tinggi kerana mempunyai sifat diuretik ringan. Jangan ambil mudah tentang penyakit ini, kerana penyakit darah tinggi ini mampu membunuh.
4. Mengatasi Anemia
Kekurangan zat besi adalah salah satu sebab anda boleh menderita penyakit anemia. Labu siam merupakan sumber terbaik bagi membantu hemoglobin mengikat oksigen kerana kandungan zat besi yang ada di dalamnya.
Ads
5. Mengatasi Radikal Bebas
Vitamin C yang terdapat dalam labu siam bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Zat ini juga membantu mencegah kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas. Tidak hairan juga labu siam boleh membantu membaiki kulit wajah.
Ads
6. Antikanser
Kanser adalah pembunuh no satu manusia, sehingga kini masih sukar menemui penawar kanser. Jadi, adalah lebih baik mencegah daripada mengubat. Kandungan antioksidan flavonoid poli fenolik di dalam labu siam dikatakan boleh mengikat radikal bebas yang berbahaya didalam tubuh yang merupakan agen tercetusnya sel kanser. Amalan pemakanan labu siam yang teratur dapat mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser.
Setiap yang dicipta Allah s.w.t sememangnya mempunyai kelebihan masing-masing. Antaranya buah-buahan, Jika anda tahu kelebihan setiap buah, pasti anda rasa teruja dan tidak perlu berhabis ribuan ringgit untuk tampil sihat dan cantik.
Sekian petikan Sumber dari Hellosihat.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah wanita sering menghadapi masalah wajahnya kelihatan tua daripada usia sebenar. Keadaan sebegini memberi tekanan kepada dirinya bukan sahaja dalam mencari teman hidup, malah menjadi ejekan teman-teman kerana dianggap sudah beranak tiga.
Mari kita selidiki apakah punca masalah yang membelenggu diri ini dan cara penyelesaiannya.
Hormon
Perubahan hormon yang berlaku dalam badan boleh menyebabkan kulit dan muka anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Ini kerana hormon estrogen dalam tubuh saling mempengaruhi tahap produktiviti kolagen yang menjaga keanjalan kulit. Jika kadar estrogen terganggu, kulit pun akan terkena impaknya.
Genetik
Faktor sebegini tidak boleh dielakkan. Jika keluarga anda mempunyai genetik cepat tua dari usia sebenar. Usah mengeluh. Perbanyakan makan ulam ulaman serta air suam untuk melambatkan proses penuaan tersebut.
Stres
Stres yang berlebihan boleh menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Untuk mengatasinya, lakukan aktiviti seperti berenang, membeli-belah atau bersenam jika anda di dalam keadaan stres.
Alkohol & Rokok
Kandungan racun yang terdapat pada rokok dan alkohol mempunyai radikal bebas yang dapat menyerang sel kulit dan melambatkan penggantian sel kulit mati. Oleh sebab itu kulit akan menjadi cepat kering tua berbanding usia sebenar.
Pola makanan tidak sihat
Jangan makan sembarangan jika anda mempunyai masalah kulit cepat kering atau cepat tua. Sebaiknya perbanyakan makan buah-buahan atau sayuran dan juga omega 3 dalam memberikan kulit yang sihat dan awet muda.
Sinaran matahari/UV
Kerepot juga muncul akibat terkena cahaya panas matahari atau dengan menggunakan metod pewarnaan kulit seperti tanning bed. Sinar UVA dan UVB yang menembusi kulit akan menyebabkan kelembapan pada pembentukan kolagen dan keanjalan kulit.
Tip:
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai orang Islam, percayalah bahawa tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Maka dengan itu, berdoalah. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah dibandingkan doa.” (Riwayat At.Tirmidzi).
Para ulama menegaskan, kenapa doa sesuatu yang paling mulia di sisi Allah SWT dibandingkan yang lainnya? Ini kerana di dalam doa terdapat bentuk sikap rendah diri seorang hamba kepada Allah dan menunjukkan kuasa-Nya. Sememangnya benar tidak semua doa dimakbulkan tetapi itu tidak bermakna kita harus berputus asa dalam berdoa. Namun apa kaitannya pula doa dengan soal jodoh?
“Aku sudah puas berdoa tetapi masih belum lagi dipertemukan jodoh oleh-Nya. Apa salah aku sehinggakan tidak ada lelaki atau wanita yang mahu mendekati aku?….”
Begitulah persoalan yang bermain di fikiran mereka yang sudah putus asa dalam berdoa terutama dalam bab jodoh. Kajian dari LPPKN menjelaskan bahawa pentakrifan umur perkahwinan lewat adalah sekitar 37 tahun bagi lelaki dan 33 tahun bagi wanita. Ianya dapat dirumuskan di sini bahawa mereka yang lewat usia masih belum dipertemukan jodoh oleh-Nya dan salah satu puncanya adalah disebabkan oleh sebuah ‘doa’. Kenapa?
Doa yang dipohon seolah-olah seperti memerintah agar doa dikabulkan dengan segera. Sesungguhnya doa itu tidak boleh dipaksa sebab kita adalah makhluk ciptaan-Nya yang lemah. Sedangkan tidak ada seorang pun umat manusia yang boleh mengatur kerana satu-satunya pengatur alam semesta hanyalah Allah SWT.
Contoh doa yang berbentuk paksaan adalah seperti:
“Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia, andai jodoh dia dengan orang lain maka jadikanlah aku orang lain itu agar aku menjadi jodoh dia…”
Rasulullah SAW bersabda:
“Akan dikabulkan doa setiap di antara kalian, selama dia tidak tergesa-gesa. Dia berkata, “Aku telah berdoa kepada Allah namun belum di kabulkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Justeru, dalam soal apa sekalipun, usahlah umat manusia itu bersifat ‘memaksa’ ketika memohon daripada-Nya.
Doa yang tidak sungguh-sungguh bermaksud doa yang tidak serius atau dalam erti kata lain berdoa secara main-main. Mulut terkumat-kamit sedangkan hati ingat perkara lain. Apa yang didoakan tidak dihayati dan difahami dengan betul.
Contoh doa yang tidak sungguh-sungguh adalah seperti berdoa agar dipermudahkan jodoh oleh-Nya tetapi dalam kepala asyik dibayangi perkara lain. Sekiranya seseorang itu tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa, bagaimana doa mereka akan dimakbulkan?
Contoh kedua apabila mereka hanya berdoa memohon agar dikurniakan pasangan hidup sahaja walhal berdoa adalah satu ibadah. Bahkan ianya dikatakan sebagai roh ibadah. Ada juga yang berdoa hanya ketika ditimpa masalah atau dalam kesempitan.
“Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan”. (HR Tirmizi)
Seperti mana ditegaskan, orang yang hidupnya tidak dipenuhi dengan berdoa maka dia adalah manusia yang sombong. Atas sebab itulah dalam surah Al-Isra’ ayat 37 Allah SWT mengingatkan kita supaya jangan berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya kita tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan menyamai setinggi gunung-ganang. (Utusan Online,2017).
Pohonlah sesuatu itu dengan kesungguhan dan keikhlasan agar setiap masalah yang dialami dapat diatasi dengan sempurna.
Doa tanpa usaha adalah doa yang sia-sia. Mereka seperti ini dapat dikategorikan sebagai manusia yang kurang bijak. Tetapi sekiranya usaha tanpa doa pula dikategorikan sebagai seorang hamba yang sombong. Setiap doa harus diiringi dengan usaha yang sewajarnya.
Contoh mudah apabila seseorang itu berdoa agar dipertemukan jodoh oleh-Nya tetapi tidak ada sebarang usaha yang dilakukan. Si dia tidak berusaha dalam mencari jodoh. Hanya sekadar bersandar pada doa yang dipohon.
Dengan berdoa dan berusaha, setiap manusia akan dapat melepasi cabaran dan rintangan. Allah menegaskan dalam surah Al Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Kita perlu memahami tidak semua yang kita doa kepada Allah dimakbulkan di dunia tetapi mungkin diterima di akhirat kelak. Ketika kita berdoa memohon kepada Allah kita sebenarnya berada dekat dengan Allah. Ini sekali gus boleh mewujudkan keinsafan bahawa dalam apa jua situasi, hanya Allah tempat kita bergantung dan meminta pertolongan.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berdoa kepada-Nya. Berdoa perlu istiqamah iaitu sentiasa berterusan tanpa memikirkan apakah doa itu akan dimakbulkan. Apa yang penting keikhlasan kita semasa bermunajat dan dengan penuh pengharapan daripada-Nya.
Sumber : BaitulMuslim
Gambar sekadar hiasan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...