Perempuan mempunyai emosi yang sangat tinggi berbanding seorang lelaki. Kadang kala emosi mereka tidak dapat dijangka oleh kaum lelaki. Ada kalanya baik dan ada lakanya tidak. Emosi seorang isteri yang berjauhan dari seorang suami, tidak sama dengan emosi seorang isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.

Psikologi isteri yang berjauhan dari suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. Sebab itu, tempat yang terbaik bagi seorang isteri adalah di sisi suaminya kerana di sana akan ada sokongan emosi, perasaan, kewangan dan sosial.

“Lain Emosi Isteri Yang Duduk Dekat Dengan Suami Dengan Duduk Jauh”

1) Suka bersendirian

Seorang isteri yang bersendirian selama beberapa tempoh menguruskan dirinya setar anak mengalami beberapa tekanan yang jauh lebih dahsyat berbanding isteri yang mengalami tekanan namun masih ada suami disisinya.

IKLAN

2) Merasa tekanan

Tekanan yang dirasakan isteri yang berjauhan juga tidak sama dengan tekanan suami kerana suami hanya menguruskan dirinya sahaja tanpa melibatkan pengurusan anak.

IKLAN

3) Semangat untuk diri sendiri

IKLAN

Seorang isteri akan sentiasa bangkit dengan mengumpul kekuatan-kekuatan untuk hari-hari yang dihadapi. Isteri sentiasa berehat dengan fikiran yang sentiasa berjaga demi hari esok. Maka tidak hairanlah jika tahap kesihatan seorang isteri yang berjauhan, jauh lebih teruk berbanding isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.

4) Rawat hati sendiri

Hati terseksa menjejaskan tahap kesihatan walau ada senyuman yang terukir. Jauh di sudut hatinya menangis sendiri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI