Kepada bakal pengantin yang akan bergelar ‘Puan’ atau ‘Mrs.’ pastinya anda teruja untuk menukar status ini. Tidak dinafikan, kehidupan zaman bujang dan selepas berkahwin akan jauh lebih berbeza daripada yang sebelum ini.
Pasti ramai yang akan berkata sebaik sahaja anda melangkah masuk alam perkahwinan, itulah tanda-tanda “Game Over”. Ia tidaklah seteruk yang mereka katakan, mungkin ianya hanya satu tanda yang anda telah matang dan sudah bersedia untuk memegang tanggungjawab yang lebih berat.
Memang tidak dinafikan, kehidupan zaman bujang dan selepas berkahwin tidak akan sama dan ada sedikit perubahan sini dan sana. Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi isteri/suami orang, apa kata buat senarai perkara yang perlu anda lakukan sebelum mendirikan masjid. Ini senarai perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Berkahwin yang kami telah seneraikan.
Bukan mudah untuk bangkit dari pengalaman lalu. Berdiri dan terus berlari kadang-kadang membuatkan kita rasa kita tak pasti. Pengacara, pelawak Zulin Aziz kongsi pengalaman bagaimana berdiri kembali selepas gagal & hampir putus asa dalam perhubungan.
Aku Tahajud…
Mulakan hubungan walau tak pernah suka
Jangan takut gagal
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelaran ‘anak mak’ sering dikaitkan dengan anak lelaki yang sangat rapat dan manja dengan ibunya. Itu sama sekali tidak salah. Namun, ada yang menganggap ia dapat menimbulkan konflik antara suami isteri.
Tapi, ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? mari kita lihat sebabnya.
1. Mereka gentleman
Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.
2. Mereka lebih peka dan teliti
Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.
3. Seorang yang romantik
Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.
4. Seorang yang bertanggungjawab
Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.
5. Hormat orang tua
Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam Islam, hubungan cinta bagi mereka yang belum mempunyai ikatan yang sah perlu dititikberatkan agar tidak tersasar dari ajaran Islam. Tidak salah untuk mengenali antara satu sama lain bagi seorang wanita dan lelaki namun ia perlu dilandasi dengan batas-batas agama.
Perlu diingat, setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi orang ketiga. Acap kali kedengaran kes khalwat yang semakin berleluasa. Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).
Oleh itu, hubungan cinta yang dijalin perlulah berlandaskan agama dan mendapat keredaan Allah SWT. Jom kita lihat 5 cara menyulam kasih atau percintaan yang diredhai oleh Allah!
1. JAGA BATAS PERGAULAN
Jaga jangan sampai bersentuhan, tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat. Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rasulullah:
“Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu”
(Hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).
2. BUKAN KERANA NAFSU SEMATA-MATA
Jangan saling mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu. Bukan tak boleh tengok pasangan tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan.
Seperti sabda nabi: “Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya”
(Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).
3. TIDAK TERLALU BEBAS
Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatan zina. Surah al-Israk ayat 32 menyatakan:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan.
Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan.
4. MENJAGA AURAT
Apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat, baik lelaki mahupun wanita. Ianya adalah untuk memelihara diri dari perbuatan zina. Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat”.
(Surah al-Israak ayat 32)
5. SOLAT ISTIKHARAH
Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti. Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!