Tak mudah nak ‘memandu’ dunia berumah tangga, ini 5 fasa perkahwinan yang anda akan lalui bersama sebelum menikmati rasa bahagia.
Bila dah bersatu sebagai suami isteri, perlahan-lahan laki bini akan lalui 5 fasa perkahwinan sebelum masuk dunia bahagia.
Lalui 5 Fasa Perkahwinan
Dan kena ingat, dunia bercinta tak sama dengan alam perkahwinan sebab anda belum rasa jaga anak, tak rasa bebanan bayar itu ini bersama, dan tak masuk lagi bab bahagikan rezeki kepada adik beradik dan mak mentua bagai.
Jadi kuncinya di sini, fahami dan telan fasa-fasa yang bakal akan tempuhi dengan sabar…
1. Romantik bukan main
Masa awal-awal semunya manis dan wangi. Bak kata pepatah, bau kentut pun wangi. Tambah pula pengantin baru, cinta sedang ‘mekar’ berbunga-bunga membuatkan anda dan pasangan akan bersikap romantik. Tahap ini, nak berjauhan pun tak sanggup! Dan lebih romantik, cawan guna satu dan berus gigi berkongsi pun boleh.
Tidur berpeluk dan tak pernah asing. Panggilan tak yah cakap, ‘anje’, ‘darling’, ‘yayang’, ‘sweety’, ‘sayang’, ‘baby’, ‘ucuk’ pun ada! Nampak tak punyalah manja…
2. Tuding jari, saling menyalahkan
Selepas beberapa bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri, anda akan nampak kesalahan pasangan. Laki bini mula merasakan hakikat sebenar perkahwinan dan perlahan-lahan telan rasa pahit.
Masing-masing mula menunjukkan sikap sebenar malah siap keluarkan perkataan yang tak manis. Ketika inilah anda akan mula mempersoalkan sikap pasangan yang mula berubah. Timbul keadaan saling menyalahkan, rasa marah dan kecewa terhadap pasangan, mahu menang dan merasakan diri mereka lebih betul daripada pasangan.
Ads
Ok, masa ni laki bini kena duduk bersama dan cari peluang untuk bercuti. Gali balik sisi kebaikan pasangan, yang kurang belajar melengkapi. Jangan asyik nak kata si dia tak macam dulu je! Nak pasangan layan baik, diri sendiri kena betulkan silap.
Kalau laki, mungkin anda kurang berkomunikasi, asyik balik lambat, jarang memberi sesuatu pada isteri atau tak pernah puji isteri.
Perempuan pula mungkin anda banyak sangat bebel, tak sambut laki balik kerja, suka bandingkan suami dengan laki lain (ini pemusnah cinta), kurang masak atau asyik nak menang.
Cuba betulkan diri sendiri dulu!
Bagi pasangan suami isteri yang tidak mampu berhadapan dalam fasa ini, mereka akan mengambil jalan perpisahan. Minta jauh semua ini berlaku.
Ads
3. Mula memahami dan boleh ikut rentak
Bagi pasangan yang mampu melepasi tahap ini bermakna mereka bukan sekadar mencari cinta semata-mata. Perkahwinan yang dibina semakin utuh dan cinta makin kuat dengan kehadiran anak-anak. Pada tahap ini pasangan mula meningkatkan kualiti dalam perhubungan mereka. Tak banyak menyalahkan dan mampu menerima seadanya.
Pasangan mula masuk dunia si dia, fokus jadi suami dan isteri terbaik, saling berusaha untuk memahami diri sendiri dan juga pasangan. Suami isteri yang berada di tahap ini mampu hidup bahagia lebih dari 30 tahun.
Ini yang kita mahu.
4. Rasa dihargai dan harmoni
Masuk fasa ini tak ada dah perasaan rasa susah nak hadap perangai si dia, anda dah mampu menghargai apa yang si dia bagi. Anda akan membuktikan mampu menjadi pasangan yang ideal untuk si dia.
Ads
Kalau si dia jenis tak suka bersepah, anda boleh rajinkan diri kemas.
Jika si dia suka benda cantik atau sedap dipandang, anda boleh ubah penampilan.
Andai si dia tak suka kena bebel, anda boleh ubah sikap dengan beritahu awal-awal apa yang tak patut ada dalam diri si dia.
Sekiranya tak ngam dengan seseorang dalam keluarga, anda boleh belajar berhenti cari salah orang lain dan memaafkan apa yang berlaku.
Nak bahagia ni mudah, boleh dibawa bincang, selesaikan masalah dan kenapa nak keruhkan hubungan perkahwinan?
5. Peluk bahagia
Pada tahap ini anda berdua mampu kaut kebahagiaan dalam perkahwinan. Tak ada keinginan lain selain nak habiskan masa bersama orang tersayang. Waktu yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk anda saling memberi perhatian. Lagi best tengok anak-anak makin membesar dan boleh berdikari. Maka, tamatlah dunia berperang dengan anak-anak kecil. Kalau ada yang bersambung jaga cucu, itu pilihan.
Ok, setelah memahami lima fasa dalam perkahwinan ini seharusnya anda lebih tahu bagaimana berhadapan dengan permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga. Banyakkan bersabar menjalani dan mengulangi setiap fasa perkahwinan yang anda alami. Paling penting, jangan keruhkan hubungan dengan mencari silap si dia.
Moga anda mampu jadi pasagan terbaik buat si dia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumah yang bersih dan berkilat adalah antara kriteria yang paling disukai oleh para ibu dan suri rumah. Tetapi, ramai yang beranggapan bahawa produk yang boleh menghapuskan segala kotoran degil ini hanyalah terdiri daripada produk yang mahal. Tidak sebenarnya. Antara rangkaian bahan pencuci yang anda boleh jumpa dapat bertindak mencuci kotoran dengan efektif adalah dari kedai serbaneka RM2 sahaja! Sangat jimat terutama buat semua pengantin baru yang nak pindah rumah. Bajet lari? Ini solusinya!
1.KITCHEN CLEANER
Sembur- sembur je kat dapur yang ada percikan minyak dan sebagainya confirm berkilau dapur.
2. PENCUCI PINGGAN
Giler best sabun cuci pinggan ni. Dah la berbuih banyak dan kotoran pun mudah tanggal.
3. PENCUCI TANGAN
Bau lavender of courselah wangi. Dah la 500ml dengan harga RM 2.
4. PENCUCI LANTAI
Saya mop lantai marble rumah pakai pencuci lantai RM 2 ni. Not bad. Lantai pun bersih dan licin je lepas kering.
5. BODY SHAMPOO
Tolong percaya mandian ni hanya RM2 dan baunya harum.
6. PEWANGI KERETA
Biasa beli rm10 kan? Sekarang beli kat eco jer hanya RM 2 ada macam-macam aroma. Saya beli ni bau rose.
7. PENCUCI LANTAI TANDAS
Ni power beb. Picit je dekat tandas yang berkerak kuning dan berlumut dan biarkan selama 10-15 minit . Lepas tu sembur je air…. tak perlu kudrat yang banyak nak menyental… kotoran tanggal dengan mudah sekali. Very recommended.
8. PEWANGI
Satu set ada 4 ketul. Letak lah kat mana korang suka. Ada 4 jenis bau.
10. CONCENTRATED LAUNDRY DETERGENT
Sabun ni bau sedap weii. Cubalah beli. Stok tak banyak kat kedai eco.
11. GLASS CLEANER
Serius best glass cleaner ni hanya spray pada permukaan cermin dan lap. Memang berkilau. Tak padan dengan harga RM2.
12. FABRIC SOFTENER
Ini softlan pun rm2. Wangi.
Sumber : Maryam Salleh
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakitnya hati wanita bila mendapat tahu suami atau pasangan curang di belakangnya. Kepercayaan yang diberikan seratus peratus telah dikhianati. Remuk redam hati bagai dihiris sembilu. Apa lagi yang kau mahu duhai lelaki. Makan dan minummu semua ku jaga rapi. Namun ini balasan atas harga pengorbanan yang diberikan.
Ya, curang memang bukan perkara mudah dan suami Anda tidak akan terlalu bodoh untuk pulang dengan pakaian ada kesan gincu atau haruman wanita. Namun, ada tanda-tanda yang lebih jelas untuk membuktikan seorang suami yang sedang berlaku curang
Ini antara tingkah laku pelik dilakukan olehnya;
1. Dia tiba-tiba mengubah penampilannya
Jika tiba-tiba suami membuat perubahan yang begitu mendadak bukan satu hal yang normal. Contoh sering ke gymnasium menyatakan dia sedang berusaha menarik perhatian seseorang.
2. Tiba-tiba memberikan anda hadiah
Jika suami bersikap pelik sering memberi anda pelbagai hadian, ini juga antara tanda-tanda bahawa dia ingin menutupi kesalahannya atau mahu menyembunyikan kecurangannya dirinya.
3. Bersikap menjauhkan diri dari anda
Dia suka mencari salah isteri walaupun hanya kesalahan kecil demi menutupi dirinya yang sedang berlaku curang. Dengan cara ini dia dapat menjauhkan diri dengan isteri.
4. Dia menjadi sangat protektif terhadap telefonnya
Jika pasangan atau suami tiba-tiba sangat paranoid atau ketakutan ketika anda dekat-dekat dengan telefonnya, ini salah. Berbicara diam-diam dalam waktu yang lama juga merupakan tanda dia curang.
5. Tiba-tiba jadi seorang yang sibuk
Jika suami tiba-tiba menjadi sangat sibuk dengan pekerjaan atau mengerjakan sesuatu secara berlebihan hingga tidak memiliki masa dengan anda, besar kemungkinan dia telah bertemu dengan wanita lain.
6. Tidak menjawab telefon dari anda
Suami yang curang akan melambatkan atau tidak pernah menjawab telefon dari isterinya. Ia akan memberi pelbagai alasan, seperti sedang dalam kerja, mesyuarat dan sebagainya.
7. Naluri isteri kuat mengatakan dia ada melakukan kesalahan
Perasaan seorang wanita tidak dapat diabaikan begitu saja, Anda dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Sangat sukar untuk seorang suami yang curang dan bersikap normal, Anda akan merasa ada sesuatu yang sangat mengganggu perasaan.
8. Dingin untuk melakukan hubungan intim
Jika tiba-tiba suami anda tidak lagi tertarik dengan hubungan intim, ia suatu masalah. Seks yang singkat boleh jadi dia telah terpuaskan dengan orang lain, sedangkan seks berlebihan adalah tanda dari rasa bersalah.
9. Dia banyak membicarakan orang lain
Seorang suami yang sering menyebut nama seorang wanita di dalam percakapan anda, ini bermakna dia memiliki sesuatu dengannya. Ketika ditanya, dia akan menjawab bahawa wanita ini hanya sekadar teman dan ini boleh jadi benar-benar bahaya untuk anda.
Sumber: https://www.liputan6.com/lifestyle
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!