Aliff Aziz Tampil Bersuara

Selepas  lama berdiam diri, akhirnya penyanyi, Aliff Aziz tampil bersuara menjawab beberapa persoalan berhubung kontroversi membabitkan dirinya dengan isteri iaitu Bella Astillah.

Menurut Aliff, 33, dia sengaja mendiamkan diri kerana menyedari kesilapan yang dilakukan dan enggan isu itu terus menjadi panas.

Lama Diamkan Diri, Akhirnya Aliff Tampil Bersuara

Lama Diamkan Diri, Akhirnya Aliff Aziz Tampil Bersuara Tentang Rumah Tangganya

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah.

“Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara tu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising” katanya.”

Kesal Dengan Pendedahan Aib Isteri

Aliff menjelaskan mengenai perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang dimuat naik pada Khamis.

Ads

Aliff turut meluahkan kekesalan kerana mendedahkan aib isterinya termasuklah dakwaan curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir.

Luah Aliff, semasa pendedahan itu dia terlalu marah sehingga tidak mampu mengawal emosinya.

“la perkara yang salah, dan saya menyesal tentang perkara itu sebab pada akhirnya dia (Bella) tetap ibu kepada anak-anak saya.

“Semasa itu saya dipenuhi rasa marah kebencian dan menyesal,” ujarnya.

Ads

Titiskan Air Mata, Menyesal Dengan Apa Yang Berlaku

Lama Diamkan Diri, Akhirnya Aliff Aziz Tampil Bersuara Tentang Rumah Tangganya

Dalam rakaman podcast itu juga Aliff dilihat menitiskan air apabila diminta menyampaikan luahan terhadap Bella Astillah.

Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

lni susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Ads

Enggan Ceraikan Bella

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Lama Diamkan Diri, Akhirnya Aliff Aziz Tampil Bersuara Tentang Rumah Tangganya

Namun Bella  menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Sekadar rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI