Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan namun ramai di kalangan kita agak kurang minum air putih. Buat bakal mempelai jika ingin memiliki kulit yang sihat bekalan air yang cukup amat penting bagi memastikan kulit sentiasa segar dan lembap. Jika anda tergolong di kalangan mereka yang tidak suka minum air putih, anda boleh cuba untuk mengamalkan minuman infused detox water?
Infused detox water juga dikenali sebagai air detoks dan merupakan campuran air kosong dengan rendaman buah-buahan, daun herba, madu dan sebagainya. Kebiasaannya ia akan dibiarkan semalaman sebelum diminum. Seeoloknya untuk bakal mempelai boleh mengamalkan petua ini seawal mungkin atau selewat-lewatnya enam bulan sebelum majlis berlangsung bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Dipercayai bahawa air detoks mampu menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk atau ubat pelangsingan. Air ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk tampil sihat. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan.
Ada berbagai jenis air detoks. Berikut disenaraikan beberapa jenis air detoks untuk diamalkan.
Pilihan Air Detoks
6 JENIS CAMPURAN AIR DETOKS & KHASIATNYA
1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.
Ads
2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.
Ads
4.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.
5.Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.
Ads
6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.
Cara Membuat Air Detoks
1.Potong buah-buahan nipis-nipis.
2.Susun potongan buah-buahan di dalam jar. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga jar penuh.
3. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais. Bolehlah dinikmati keesokan harinya. Habiskan air detoks pada hari yang sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjagaan kulit wajah memerlukan pemilihan produk perawatan yang tepat. Jika tersalah menggunakan produk perawatan kulit wajah, sama ada produk itu langsung tidak memberi apa-apa kesan atau menyebabkan iritasi pada kulit wajah.
Bagi bakal mempelai, amat penting untuk korang memilih produk kulit wajah yang tepat. Ini bagi memastikan ketika wajah disolek, korang akan tampil berseri-seri dengan kulit wajah yang sihat dan ‘glowing.’
Ramai yang tahu pemakaian serum muka dengan vitamin C mempunyai banyak kebaikan. Salah satunya ialah kebolehannya untuk buatkan wajah lebih cerah berseri. Serum mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding pelembap.
Ini dikongsikan tip supaya korang tidak tersalah beli produk perawatan kulit wajah (skincare). Yang ini untuk pemilihan serum kulit wajah.
Selepas ini korang tidak perlu membazir lagi beli produk perawatan kulit wajah sebab korang sudah tahu produk mana yang sesuai digunakan.
Laku keras toner Jepun ini ya, maklumlah ramai yang review kata berkesan dan kulit nampak makin cantik dan hilang segala cela di wajah.
Haa… anda tahu tak produk ‘kelahiran’ Jepun ini bukan sahaja menjadi kegemaran di sana. Malah, menjadi pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Kalau masuk ‘kedai hijau’, susah betul nak mendapatkan toner serba boleh ini. Mana-mana pergi, mesti kehabisan stok.
Toner Jepun Ini Lakus Keras, Sesuai Jadikan Face Mist Dan Kurangkan Jerawat
Naturie Hatomugi Skin Conditioner dirumus khas untuk menyasarkan pelbagai jenis masalah kulit, seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus, dan penuaan kulit.
Lepas itu, produk ini membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit tidak sekata.
Apa yang best sangat, boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari.
Toner serba boleh ini juga bagus untuk mengurangkan kemerahan, jerawat dan parut jerawat. Malah boleh digunakan sebagai face mist untuk menyegarkan kulit.
Teksturnya yang ringan dan bebas daripada bahan perwarna serta wangian ini sangat sesuai untuk kesemua jenis kulit. Best, bukan?
Nak tahu sejauh mana berkesan toner Jepun ini, anda kena lah dapatkan dan cuba pakai sendiri!
Cukup bahagia melihat pelakon, Beto Kusyairy bersama isterinya, meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 tahun baru-baru ini berdua di Pulau Tuba.
Menurut Beto menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dia dan isteri tidak meraikan anniversary mereka kerana genap setahun bapa mentuanya telah meninggal dunia pada sehari sebelum ulangtahun perkahwinan mereka.
Beto Kusyairy Kongsi Tip Bahagia
“16 tahun bersama cuma tahun ini kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami.”-kapsyen Beto di TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap Beto sebagai seorang suami yang sangat setia, serta ada yang sempat bertanyakan kepada pelakon ini petua untuk kekal bahagia dalam rumah tangga.
“Tips kekal bahagia sampai ke hari ini. Please..”
“Aku tak tahu kenapa, Terasa bahagia. Walaupun berdua. Semoga ada rezekinya ya.”
“Muka mirip, alhamdulillah.”
“Ya Allah, rahmatilah kedua suami isteri ini. Kurniakan mereka dunia dan akhirat. Aamin.”
“Beruntungnya si isteri dapat yang macam ni. Dan beruntung jugak si suami dapat isteri macam ni.”
“Tapi Siapalah Saya Untuk Menasihati..”
Beto dilihat membalas salah satu komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa petua dirinya untuk kekal bahagia bersama isteri adalah mencipta kebahagiaan, bukannya mencari.
“Cipta..Bukan mencari. Tapi siapalah saya untuk menasihati.”-balas Beto Kusyairy
Sekadar info, Beto Kusyairy mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Tisha Sahar pada Februari 2008. Namun pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!