Bukan calang-calang wanita bergelar ‘Iron Lady’ atau nama sebenarnya Normalia Sidek ini. Beberapa hari lepas, aksinya memanjat Menara Berkembar KLCC menjadi tular. Dari sebuah video yang dirakam pengguna Tiktok @siva_wwc6, Normalia atau Maya terus menjadi bualan.
Kredit foto: Facebook Maya Sidek
Wanita berusia 31 tahun ini merupakan seorang Rope Access Technician dan juga Non-Destructive Testing (NDT) technician. Menariknya, Maya telah bertemu jodoh dengan suaminya yang juga berada di dalam bidang sama.
Menerusi temubual di Mstar, Maya Sidek dan Abdul Hazim memulakan hidup berumahtangga sejak 21 Oktober 2021 dan baharu sahaja bergelar ibu dan ayah pada Ogos 2022.
Kredit foto: Instagram Maya Sidek
Ads
“Saya tak sangka suami saya juga berada dalam bidang ini. Saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana kami dalam bidang yang sama. Tak semua orang boleh faham dan menerima kerjaya begini,”ujarnya.
Kredit foto: Instagram Maya Sidek
Menerusi perkongsian Maya di laman Facebooknya, tiga hari selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan ini ‘berbulan madu’ di site.
Ads
“Terima kasih doa-doa kalian wish birthday saya. Husband and wife honeymoon on site after couple days marriage. I am grateful to be able have a partner in the same field.”
Kredit foto: Facebook Maya Sidek
Minat Maya bermula daripada hobi ‘rock climbing’ dan ia adalah suka kegemarannya.
Ads
“Bila saya dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan menggunakan tali, saya terfikir untuk mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani latihan selama enam bulan,”
Malah, Maya yang baharu sahaja melalui motherhood journey ini juga bakal membawa anaknya mengikuti jejak langkahnya.
Kredit foto: Facebook Maya Sidek
“Jadi ibu tak membataskan seseorang untuk masih kekal dengan hobby dan career yang kita sukakan masa sebelum kita berkahwin. I will bring my son to join soon. Biar jadi budak lasak sikit.”
Semoga terus berjaya dalam bidang diceburi dan kekal bahagia bersama keluarga!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal menginjak usia 44 tahun, penyampai radio terkenal, Fara Fauzana menitiskan air mata apabila diajukan soalan tentan jodoh semasa sedang bertugas di konti radio Hot FM baru-baru ini.
Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil tidak dapat menahan sebak apabila ditanya apakah pilihannya berkenaan cinta dan duit.
Pilih Cinta Atau Duit
“If you ask me (kalau anda tanya saya), saya takkan pilih duit, saya akan pilih cinta,” katanya seraya mengesat tangisan yang membasahi pipinya.
Video yang dikongsikan menerusi Instagram Hot FM itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tersebut.
“Perempuan yang tahu cari duit, ada duit akan pilih cinta, duit boleh dicari dan Insya-ALLAH semoga dipermudahkan utk kita semua,” kata seorang pengguna, Nurayka.
“Semoga kamu bertemu dan berjodohan dengan orang yang tepat buat kamu Farah,” komen kelipmalam77.
“Insya-ALLAH semoga Kak Farah akan memiliki cinta suatu hari nanti. Solat hajat doa biar yang hadir itu paling terbaik,” ujar Nuraryanaa pula.
Fara Fauzana Pernah Bertemu Seseorang
Untuk rekod, Fara pernah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada Julai 2016.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar tentang perkara yang tak baik sahaja tentang perkara bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Yang baiknya selalu kita lupakan. Walhal dalam banyak perkara, bukan semua benda itu remeh untuk kita fikirkan.
Perkongsian lelaki ini di Kisah Rumah Tangga, memberi pandangan dengan jelas bahawa tak semua yang negatif je kita nampak bila menantu duduk sebumbung dengan mertua.
KEHIDUPAN TINGGAL DI RUMAH MAK AYAH
Saya seorang lelaki, mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Usia perkahwinan 7 tahun.
Awal-awal kahwin, saya bekerja di daerah lain. Saya dan isteri tinggal di rumah sewa. Pada tahun kedua perkahwinan, saya dipindahkan kerja di daerah tempat asal saya. Isteri saya mengikuti saya tinggal dengan mak ayah saya, walaupun masa tu saya sudah beli rumah. Sebabnya, atas permintaan mak ayah saya kerana rumah mak ayah saya cukup besar, banyak bilik, dan tempat kerja saya pun lebih dekat dengan rumah mak berbanding rumah yang saya dah beli tu (saya jenis tengahari balik rumah untuk makan, sebab nak jenguk isteri dan lebih suka makanan isteri, di samping jimatkan kos).
Dalam rumah, selain mak ayah, ada seorang adik lelaki bujang dan 2 orang adik perempuan bujang saya tinggal sekali. Kami semua masing2 ada bilik sendiri. Mula2 tu biasalah isteri saya kejap terasa itu kejap terasa ini, makan hati itu makan hati ini. Tapi saya mainkan peranan seadilnya. Mak dan isteri saya pun sama2 surirumah. Mak saya jenis rajin buat kerja rumah dan rajin masak, dan sangat teliti. Isteri pula jenis santai, dan baru2 belajar nak masak n buat kerja2 rumah. Jadi korang boleh bayanglah macam mana kan, apa yang boleh mencetus sakit hati.
Tapi apa sahaja yg saling tak puas hati tu, saya tak fikir panjang, terus sahaja aturkan sesi luahan hati ke hati antara isteri dengan mak saya.
Bagi ruang sepenuhnya dua2 pihak untuk bersuara dan mendengar. Kalau isteri ada tak puas hati, saya akan tanya dia balik suruh fikir, salah ke yg mak buat tu? Ada mudharat ke? Tak bagus ke? Dari sudut agama pula agaknya macam mana? Begitu juga dengan mak, saya cakap baik2, salah ke yang isteri saya buat tu? Apa yang tak patutnye? Dari masa ke semasa bapa saya juga akan join sesi pertemuan dan berikan nasihat, pendapat. Bila dua2 pihak menilai tanpa emosi, akhirnya sama2 boleh memahami dan menerima, sama2 boleh sepakat.
Sumber: Google
Saya perasan ada satu hal di mana mak dan isteri saya sangat serasi dan saling melengkapi iaitu suka bercerita. Apa2 topik, gosip2, hal2 semasa, hal2 family mereka suka sembang. So diorang sama2 di dapur atau lipat kain depan tv, masa itulah diorang sambil sembang2.
Alhamdulillah setelah 2 tahun duduk serumah, isteri sudah selesa di rumah mak saya, dah natural. Kat mana mak saya letak barang, isteri tahu lebih dari saya. Pokok bunga mana nak siram tiap hari n mana yg selang sehari, isteri lebih tahu dari saya. Malah kalau mak ayah saya bercuti atau balik kampung perlu tinggalkan rumah beberapa hari, isteri sayalah yg diamanahkan jaga rumah dan adik2 saya. Adik2 saya mesti patuh pada isteri saya. Isteri saya akan ambil alih peranan mak saya mentadbir urus rumah.
Cuma, memang betul tak boleh selama-lamanya nak duduk dengan mak ayah, sampai masanya kena tinggal sendiri juga, kena belajar hidup berdikari. Selepas 5 tahun, akhirnya saya bawa isteri tinggal di rumah sendiri. Dan hikmah kami 5 tahun tinggal dengan mak ayah saya, isteri saya “terlatih” menjadi sangat cekap menguruskan rumah dan keluarga. Mak mertua saya pun perasan perubahan positif isteri saya. Selain itu, tempoh 5 tahun tu cukup untuk saya lengkapkan rumah kami secara beransur2. Mulanya kosong, tambah perabot, tambah hiasan. Sekarang dah cantik dan lengkap alhamdulillah.
Pun begitu, ada masa-masanya isteri rindu juga nak bermalam di rumah mak ayah saya. Saya tak perlu ajak pun dia sendiri yg akan mengajak. Dan pernah juga isteri saya cadangkan, baik teruskan tinggal dengan mak je lah, rumah kami buat bisnes homestay, boleh tambah pendapatan. Ikutkan hati saya lebih suka idea isteri saya tu, lebih2 lagi rumah kami lebih jauh dari tempat kerja, jalan pun jem teruk. Lepas tu dia boleh teruskan bantu mak saya di rumah, saya pula boleh bantu ayah saya untuk hal2 luar rumah. Cuma saya yang tak turutkan kerana merasakan sudah sampai masa untuk tinggal di rumah sendiri, di samping ingin memberi ruang kepada masa depan adik2 saya kerana, satu hari nanti mereka juga akan berkahwin.
Kesimpulannya, saya nak kongsikan bahawa, rahsia menantu perempuan boleh duduk aman sebumbung dengan mertua ni ialah:
1. Peranan suami/anak lelaki sebagai penghubung/pengaman. Suami jangan biarkan isteri sendiri2 belajar sesuaikan diri. Bimbing dia, jangan serah sepenuhnya pada mak untuk ajar isteri. Dengar semua luahan isteri dan mak, analisa ia dan fikirkan penyelesaian.
2. Elakkan sangka buruk. Salah satu penyebab ketidak serasian ialah perempuan cenderung sangka yang buruk2 kalau mertua/menantu berkata/berbuat sesuatu yang tidak kena dengan hati. Minta suami jelaskan, dan fikir mana betul mana salah.
3. Mak mertua bukan malaikat yang sentiasa bebas dari masalah dan tekanan. Mereka tak boleh senyum manis sepanjang masa. Dan menantu sila faham, bila mertua bermasam muka bukan semestinya berpunca dari menantu. Mungkin dia cuma merajuk dengan bapa mertua sebab tak nak belikan baju baru.
4. Menantu sila sentiasa berfikir macam ni: “Kalaulah mak aku sendiri yang akan buat macam ni, apakah yang akan aku lakukan sebagai anak soleh?” Ya, memang mak sendiri x sama. Tapi amalkan sahaja soalan ni tiap hari. Untuk ingatkan diri.
5. Sabar, sabar dan sabar. Tabah, tabah dan tabah. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Insha Allah, Allah akan bantu hamba-Nya yang ikhlas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam telah mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai peminpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak-anak.
Menjadi satu kewajipan untuk para suami melaksanakan tanggungjawab supaya rumah tangga lebih mantap dan kukuh. Dalam apa jua keadaan si suami akan terus menyokong isteri terutama dalam mencapai impian menjadi insan yang berjaya.
Berikut perkongsian Dr Malar tentang betapa pentingnya seorang wanita memilih calon suami. Ini kerana selepas berkahwin suami inilah nanti yang diharapkan sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah, dan senang.
Wanita berjaya hanya boleh ada dua JENIS SUAMI dalam hidupnya. Walaupun kita digelar gah, dan gagah dan tegas atau garang di hadapan seluruh dunia, tapi dengan seorang insan itu, kita menjadi manja, dan cair dan seakan akan baby.
Ini memang lumrah manusia, fitrah yang Tuhan ciptakan. Tak perlu rasa segan atau malu. Sebab itulah, pasangan hidup sangat penting. Dia adalah insan yang boleh menyokong kita mencipta kejayaan, atau dia juga boleh jadi insan yang memusnahkannya dalam sekelip mata.
Jadi kepada wanita-wanita di luar sana,
Pilihlah pasangan yang boleh pimpin anda ke arah kebaikan dan yang boleh teman anda mengejar impian.
Suami yang sentiasa menyokong isterinya membuatkan isteri lebih bersemangat untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik. Sama seperti lelaki, kejayaan seorang wanita itu di belakangnya ada seorang lelaki yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan.