sekadar gambar hiasan

Mengajar hati untuk terus ikhlas memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi sedarlah suatu hal, bahawa dengan ikhlas tentu semua yang berat akan menjadi ringan, dan yang sulit akan menjadi mudah.

Ikhlaslah, sungguh hati yang sentiasa terdidik oleh rasa ikhlas akan terasa lapang, dan bila telah lapang pastinya tidak akan lagi ada rasa dendam, walau begitu keji orang menyakiti kita.

Ajarkanlah Hati Untuk Tetap Ikhlas Dalam Keadaan Apapun

Maka ajarkanlah hati untuk tetap ikhlas dalam keadaan apapun, lebih lagi bila kita disakiti.
Kerana sifat ikhlas saat disakiti adalah cara terbaik agar kita tidak mudah merasa sedih, tidak mudah marah, tidak mudah membenci dan tidak mudah merasa dendam.

IKLAN

Jagalah Hati Untuk Tidak Marah dan Membenci

Jagalah hati untuk tidak Marah dan membenci, kerana kedua sifat itu akan menghantarkan kita pada rasa dendam. Dan bila rasa dendam yang bersemayam dihati, maka tentu untuk berlaku burukpun bukan sesuatu yang sulit bagimu.

IKLAN

Sulit Untuk Menahan Marah Saat Disakiti, Tapi Kita Mampu

Sulit? Memang sulit menahan marah saat disakiti, tapi selagi kita mampu untuk belajar tentu semuanya akan mudah.
Rasa sakit yang tadinya pedih tidak akan terus bersemayam dihati, bila kita selalu sibukkan hati untuk belajar menahannya, belajar meredanya, dan belajar mengikhlaskannya.

IKLAN

Ikhlaskan Apa yang Menjadikan Kita Sakit, Agar Kita Tak Mudah Membenci

Ya, ikhlaskanlah apa-apa yang menjadikan kita sakit, agar kita tidak mudah membenci dan mendendam.
Kerana datangnya kebencian dan rasa dendam dihati adalah karena tidak bisanya kita bersifat ikhlas dan sabar.

Maafkanlah Dia yang Telah Menyakiti, Kerana Saat Ikhlas Memaafkan Pasti Tak Akan Ada Lagi Rasa Sakit

Dan maafkanlah dia yang telah menyakiti, jangan pedulikan seberapa banyak atau seberapa besar ia menyakiti kita.
Tetapi didiklah hati kita untuk selalu ikhlas dan sabar, agar rasa perih itu tidak lagi mendayuh didalam hati.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI