Isteri ni, balik-balik, dialah main peranan jadi tukang masak, doktor, cikgu, orang gaji, pengatur majlis, pemandu dan macam-macam kerja lain yang anda sendiri dapat rasa.

SUAMI PUNCA UTAMA ISTERI STRES

Ada banyak cara bagaimana seorang suami boleh menyumbangkan kepada kadar stress ibu di rumah. Adakalanya, ia disebabkan ketidakcekapan suami dalam hal keibubapaan.

Malah, ia mungkin juga disebabkan oleh harapan dan permintaan yang tidak realistik oleh si suami pada isteri mereka.

KAJIAN BUKTIKAN PERKARA INI

Layan Perangai Suami Lebih Stres Dari Layan Perangai Anak

IKLAN

Tahu atau tidak, tapi perkara ini kita wajib ambil tahu. Berdasarkan kajian, kebanyakkan wanita mengaku yang suami adalah punca utama mereka rasa tertekan jika hendak dibandingkan dengan anak.

Dalam kajian yang dinyatakan ini, stres yang dialami oleh para ibu di rumah adalah disebabkan si suami tidak membantu secara aktif dalam membesar dan mendidik anak-anak. Pendek kata, suami lepas tangan!

Dalam 1 survey yang dijalankan oleh Today.Com melibatkan 7,000 orang ibu dari United State. Kajian mendapati bahawa kebanyakkan daripada wanita;

  • Meletakkan tahap stres mereka pada 8.5 daripada 10.
  • 46 peratus didapati tertekan disebabkan suami berbanding anak.
  • Hanya 25 peratus merasakan suami telah membantu dalam menyelesaikan tugasan menguruskan rumah dan anak.
  • 1 daripada 5 ibu ini menytakan punca utama mereka stres adalah disebabkan mereka tidak dapat cukup masa untuk menyiapkan kerja yang perlu disiapkan.

ISTERI JUGA BANTU SUAMI CARI DUIT

IKLAN

Layan Perangai Suami Lebih Stres Dari Layan Perangai Anak

Dalam zaman moden di mana kaum wanita mula bekerja dan membantu mencari pendapatan untuk seisi keluarga, kita mengharapkan yang si ayah akan membantu dalam hal menjaga anak-anak.

Tapi apa yang terjadi, sebaliknya. Disebabkan itulah, stress yang dirasai oleh si ibu menjadi lebih berat kerana mereka memainkan dua peranan sekaligus iaitu mencari rezeki dan menjaga anak-anak.

IKLAN

KURANGKAN STRES IBU BEKERJA

Layan Perangai Suami Lebih Stres Dari Layan Perangai Anak

Mulai hari ini, mula berbincang dengan suami. Kurangkanlah tekanan dalam hidup anda dan pastikan pasangan anda turut membantu tugasan rumah.

Ini supaya kita kekal gembira dan tenang, bebas dari segala tekanan! Betul tak? Apa pendapat anda?

SUMBER: Craft Ideas  & bumbumcak.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI