Berita

Legenda Bola Sepak Negara Datuk Abdah Alif Selamat Bernikah Pada Usia 72 Tahun

Share

Nama legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif kembali menjadi perhatian apabila beliau dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga pada usia 72 tahun.

Berita perkahwinan bekas pemain Harimau Malaya itu disahkan oleh adiknya, Datuk Yunus Alif selepas beberapa foto Abdah bersama pasangan pilihannya tersebar di media sosial.

Menurut Yunus, pasangan berkenaan selamat bernikah pada 27 Ogos lalu di Kuala Terengganu dan perkahwinan tersebut turut mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Pasangan Abdah difahamkan berusia 20 tahun.

Bagi peminat bola sepak tanah air, Abdah bukanlah nama asing. Beliau merupakan antara pemain kebangsaan yang pernah membarisi skuad Malaysia dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik 1980.

Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan penentuan di Stadium Merdeka pada 6 April 1980, sekali gus mengesahkan tiket ke temasya Olimpik. Abdah turut diturunkan dalam perlawanan bersejarah tersebut.

Bagaimanapun, skuad negara akhirnya tidak beraksi di temasya berkenaan selepas Malaysia mengambil keputusan untuk menyertai boikot Olimpik 1980.

Sepanjang karier bersama skuad kebangsaan, Abdah direkodkan membuat puluhan penampilan antarabangsa dan menjadi antara nama yang cukup dikenali dalam era kegemilangan bola sepak Malaysia.

Semoga perkahwinan yang dibina bersama pasangan pilihan hati terus dikurniakan kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan.

Published by
Reporter Pesona Pengantin