Berita mengenai perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun berkahwin dengan budak perempuan 11 tahun menjadi bualan hangat netizen. Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut yang sanggup berkahwin dengan budak perempuan bawah umur. Budak perempuan itu didakwa sebagai anak kepada wanita yang bekerja sebagai tukang masak di kedai makan isteri pertama lelaki terbabit dan tidak bersekolah. Ikut perkongsian kisah sebenar yang didedahkah oleh Aktivis Sosial Syed Azmi Alhabshi menerusi facebook beliau tentang perkahwinan ini.

*******************************************************************************************************************************************************************

Gambar satu lagi merupakan status whatsapp budak 11 tahun tersebut yang ditujukan kepada kedua-dua isteri pertama dan kedua . (But i have a small doubt if she can read and write or someone else is writing this or fake this)

A REPORT HAS BEEN MADE TO JKM GUA MUSANG AND 3 OFFICERS ARE ON THE WAY TO INVESTIGATE.

Senior Strategy Officer to the DPM, Wan Azizah called and I have passed him all the relevant information. Thank you.

………THE END………

NOW, IMAGINE A SCENARIO CASE.
Ready?

This morning at around 2am i finally managed to get in touch with people affiliated to the husband. Since i cannot say about the source, and this post is for us to learn and improve child protection, take it as a sample.

Suami seorang imam satu surau di kampung dihormati ramai. Dia juga seorang pembeli getah di kampung tersebut. Berumur 41, warganegara Malaysia. Anak sulung dalam keluarga. Ibu bapanya masih hidup. Kita panggil dia SUAMI A ok?

IKLAN

Mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama mempunyai anak yang sudah 16 tahun ke atas dan isteri kedua mempunyai anak-anak bawah 12 tahun. Semua anak-anaknya di hantar ke sekolah. Kedua-dua isteri bekerja keras sebagai peniaga untuk menyara hidup. Tiada yang bercerai malah hubungan kedua-dua isteri adalah baik.

Budak yang berkahwin. Umurnya 11 tahun. Anak bongsu. Ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Keluarga ini bukan warganegara Malaysia dan menjual getah pada SUAMI A. Jadi sekarang boss mereka menjadi menantu mereka sendiri. Semua adik beradik budak ni tidak bersekolah. Perkahwinan budak 11 tahun dengan SUAMI A berlaku di Siam tanpa pengetahuan kedua-dua isteri pada bulan 6. Yang ke Siam merupakan keluarga perempuan dan kawan-kawan SUAMI A. Belum berdaftar di Malaysia lagi.

Telah diketahui bahawa SUAMI A bercinta dengan budak 11 tahun pada bulan 3. Kedua-dua isteri berjumpa dengan SUAMI A (suami mereka) untuk mendapatkan penjelasan tapi SUAMI A cakap dia tak bodoh nak kawin budak. Jadi mereka percaya dan tinggalkan begitu sahaja.

Isteri pertama menerima gambar perkahwinan SUAMI A dengan budak 11,  3 hari lepas. Dan berkongsi dengan isteri kedua. Kedua-duanya berjumpa dengan SUAMI A. SUAMI A keluarkan bahawa “Nabi dan Siti Aishah boleh berkahwin dan dia ingin mengikut sunnah” Tapi lepas nampak ada bukti bergambar, dia terus melarikan diri ke rumah maknya. Whatsapp dan FB ke kedua-dua isterinya di block. This is why the second wife wrote everything, to reach to the husband sebab lepas dia lari ke rumah mak dia, takde communication. Anak-anak ada yang nangis rindukan ayah mereka. Mereka tahu ayah mereka kahwin lain.

IKLAN

Yang sedihnya, budak 11 tahun ni merupakan kawan kepada anak SUAMI A itu sendiri yang sebaya. Anaknya malu. Really malu. Kedua-dua isteri tidak kisah untuk bermadu tetapi untuk ambil budak 11 tahun sebagai isteri adalah tidak masuk akal. Tetapi tak mahu diceraikan.

Terdapat beberapa pendapat yang tidak molek mengenai ibu bapa budak 11 tahun ini tapi takpelah. Kita biarkan.

Isu saya:
Budak 11 tahun, isteri isteri, anak-anak SUAMI A semua adalah mangsa dan kesemua mereka perlu diberi penjelasan dan dilindungi. Tapi nak dilindungi oleh siapa? Polis, JKM, Majlis Agama. Isteri kedua telah buat laporan ke semua tersebut tetapi tidak mendapat perhatian. Alasan:
Kahwin kat Siam.
Bukan warganegara Malaysia. Tapi saya tidak tahu adakah mereka warganegara Thailand atau tidak dan di mana budak 11 tahun itu di lahirkan. Ini masalah geography. Masalah utamanya ialah budak tersebut baru 11 tahun.

Siapa sebenarnya nak protect hak dia?

IKLAN

Dalam banyak-banyak benda nak protect, budak perempuan 11 tahun ni up pulak status yang mempertahankan pilihannya dan mencabar kedua-dua madunya.
Attitude macam ni bagaimana pula, lagi-lagi dengan sokongan ibu bapa kedua-dua pihak. Memanglah perkahwinan ini tidak mendapat persetujuan atau izin atau even pemberitahuan kata nak kahwin pun, tapi kalau nak kata salah, mereka tak kahwin kat Malaysia. Jadi ni tak kira. Tapi kita tak boleh salahkan dia. Dia tidak dapat pendidikan dan itu salah kita. Dia vulnerable dan di eksploitasi.

Saya memohon sangat Majlis Agama melihat isu ini bukan sahaja dari segi agama tetapi dari segi hak kanak-kanak tersebut. Kalau kita tak bagi kahwin atau tak daftarkan perkahwinan itu lagi teruk dan dalam islam tak perlu pun. Tapi hak kanak-kanak itu serta bakal anak-anaknya nanti perlu dilindungi juga. Kalau cerai macam mana nanti.

Faktor di kahwinkan kerana bercinta. Kalau betul tak salah, kenapa tak kahwin je kat Malaysia. Bukan tak boleh. Undang-undang kita ada dan bagus. Fact is SUAMI A seorang yang dihormati sebab ustaz dan imam surau di kampung perlu check balik please.

Akan bersambung lagi. Saya tidur jam 4pagi untuk lihat semua segi.

Saya cuba panjangkan bantuan pada both isteri pertama kalau boleh tetapi mereka cuma mahu suami mereka kembali. Itu sahaja. Bab yang ni saya tak faham tapi saya hormati.

Kes macam ni bukanlah baru tapi kita hanya sering sensasikan tanpa penambahbaikan. Dari segi agama, sila jangan cuma lepaskan sahaja tetapi lihatlah dari segi keadaan sahsiah keluarga semua.

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur (lelaki bawah 18 dan perempuan bawah 16, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka (lihat seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008) yang di jalankan di Mahkamah Syariah Malaysia

Image may contain: 7 people, people sitting and indoor
Sumber : https://www.facebook.com/syed.azmi.148/posts/10155832963931478