Jika pasangan anda termasuk dalam kategori gemuk, janganlah anda rasa malu. Walaupun orang gemuk sering dipandang sebelah mata atas alasan tak cantik dan seksi macam orang kurus, mereka sebenarnya miliki banyak kelebihan.
Soal selidik yang dilakukan di Jerman mendapati lelaki gemuk atau miliki berat badan berlebihan termasuk dalam kategori lelaki yang lebih setia dalam percintaan berbanding lelaki kurus atau memiliki berat badan ideal.
Oleh itu, ubah persepsi anda sekarang terhadap pasangan yang gemuk kerana mereka dianggap awesome dan seksi. Jom baca apa yang untungnya memiliki suami gemuk.
1. BOLEH HANGATKAN BADAN (YANG BUJANG TU TUNGGU KAHWIN DULU YE)
Memang sesuai kalau dipraktikkan masa cuaca sejuk sebab suami boleh memeluk dan menghangatkan tubuh badan anda. Ini kerana lemak yang terkandung dalam tubuhnya membuatkan dia mampu bertahan dalam cuaca sejuk. Malah ketika suami memeluk anda, dia seolah-olah telah mengeluarkan energi positifnya ketika dia berada dekat dengan anda.
2. SENANG NAK JADI BODYGUARD
Ads
Tidak dinafikan saiz badan suami yang gemuk dan besar tentu sahaja membuatkan anda berasa selamat apabila berada di sampingnya. Malah fizikalnya itu membuatkan orang sekeliling gerun untuk mengganggu anda kerana suami bagaikan bodyguard yang akan melindung anda.
3. NAMPAK COMEL & CUTE
Suami yang gemuk sebenarnya nampak lebih comel dan cute sehingga membuatkan orang suka mendampinginya. Lepas ni isteri kena la sentiasa berkepit dengan suami sambil-sambil tu boleh la cubit pipi suami yang gebu ataupun menjadikan perut suami yang boroi sebagai sasaran untuk anda berdua bergurau senda. Dengan cara ini akan menyemarakkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga anda berdua.
4. BOLEH TOLONG HABISKAN MAKANAN (ELOK LA TU, TAK MEMBAZIR)
Selalunya wanita tidak mampu menghabiskan makanannya apatah lagi bagi isteri yang sedang berdiet. Jika anda tidak habis makan, suamilah yang akan menjadi sasaran untuk dia menghabiskan makanan anda itu. Tidaklah membazir namanya.
Ads
5. TAK CEREWET PILIH MAKANAN (BOLEH LA ISTERI MASAK MACAM-MACAM)
Ini yang paling best. Suami yang gemuk tentu sahaja tidak cerewet dalam soal memilih makanan. Mudahlah untuk anda bereksperimen dengan pelbagai menu masakan di rumah kerana apa yang anda masak akan diterimanya. Kalau kebetulan anda sedang berdiet, suami sendiri akan menawarkan diri untuk membantu menghabiskan makanan anda. Sweet kan?
6. SEORANG YANG KELAKAR & ADA SENSE OF HUMOR
Orang gemuk sering disukai kerana mereka seorang yang peramah dan mempunyai sense of humor. Apabila mereka mula bersuara ada sahaja perkara lucu yang diluahkan. Mereka juga dikatakan memiliki hati yang besar maka tidak hairanlah kalau mereka melihat segala perkara dari sisi yang berbeza.
7. MENJADI KAWAN & PASANGAN YANG BAIK
Ads
Lelaki yang berbadan besar boleh menjadi seorang kawan dan dalam masa yang sama menjadi pasangan yang baik. Mereka juga sangat prihatin dan sering memanjakan pasangannya. Memang bertuahlah isteri yang mempunyai suami sebegini. Nampaknya setiap masa la anda akan dimanjakannya. Memang anda wanita beruntung!
8. TAK PERNAH MENGELUH JIKA BERAT ISTERI NAIK
Selalunya wanita akan panik jika tiba-tiba pipinya nampak tembam ataupun ada kenalan yang menegur badannya sudah berisi. Saat anda panik itu, suami anda tentu akan menenangkan anda dan mengatakan yang anda masih lagi cantik di matanya. Sebagaimana anda tidak pernah mengeluh tentang tubuh badan suami yang gemuk dan besar, begitu jugalah dia tidak pernah mengeluh atas perubahan pada berat badan anda itu.
9. JADI BANTAL PELUK PALING SELESA
Saiz fizikal suami yang besar tentu sahaja sesuai untuk anda jadikan bantal peluk. Bersyukurlah kerana anda mempunyai ‘bantal peluk’ yang paling istimewa, selesa dan menyamankan saat anda tidur. Pasti tidur anda setiap malam menjadi lebih hangat dan nyenyak. Lepas ni tak perlu la anda nak ada bantal peluk biasa lagi dah.
10. SEORANG YANG SIMPLE DAN HUMBLE
Biasanya suami yang gemuk merupakan seorang yang simple, merendah diri, tidak ego dan perasan bagus kerana mereka sedar dengan fizikalnya itu. Dengan sikapnya itu membuatkan dia mudah didekati kerana dia seorang yang penyayang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa Ringkas Selepas Solat – Ada banyak jenis doa-doa ringkas yang boleh diamalkan selepas solat. Tetapi bagi saya, doa ringkas selepas solat yang saya kongsikan di bawah ini paling saya sukai kerana saya telah amalkan sejak di asrama lagi. Jadi, ia umpama rutin bagi saya untuk membacakan doa seperti yang di bawah ini.
Doa Ringkas Selepas Solat Dalam Rumi
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,Wassalatu wassalamu ‘ala saidi na muhammadin asrafi mursalin,Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in. Allahumma ahyiina bil iman,wa ‘amitnaa bill-iiman,Waa d khilna jannata maal iiman,Allahumma firhlana zunubana waliwaa lidiinaa warham humaa kama Rab-bayanaa saghiiraa,Allahummaah timlana bi’khusnil khatimah wala tahtim alaina bisuu iil’ khatimah Rab-bana laa tuziq qulubana baqda iizhadaitana wahab lana min ladunkha-rahmah in’naka antal wahab,Rabbana a’tina fiddun yaa hasanah, wafil a’-khiratil hasanah, waqinaa azabannar , Wasallallah hu ala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasabihi wassalam Walhamdulillah hirabbil a’l-amiin.
Maksud doa ringkas selepas solat:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khas untuk bakal pengantin, jangan risau anda masih ada peluang untuk tampil cantik, segak dan bergaya untuk hari bahagia. Kita mulakan dengan berdiet ya. Berdiet tidak semestinya perlu berlapar, anda boleh menikmati makanan tapi dengan cara yang betul. Ini antara contoh menu yang anda boleh tiru untuk dibawa ke pejabat selama dua minggu. Jom diet semua bakal pengantin!
Makanan Yang Diharamkan Dalam Masa 2 Minggu :
Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
Kek, biskut dan semua produk bergandum.
Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biaskan aura anggun buat penampilan anda di majlis meraikan cinta. Sentuhan magis melahirkan solekan memukau dengan dandanan rambut yang mempesonakan. Pautan hati si dia bertambah mekar saat melihat penampilan si ratu persis bidadari saat melangkah ke astana cinta.
Olesan solekan malar segar sememangnya tak lapuk dek zaman. Sapuan rona tanah pada kelopak mata memberi kesan segar dan anggun. Sempurna dengan calitan gincu berona nude.
TIP: Oleskan sedikit pengilat bibir agar bibir tampak lebih mungil. Padanan gincu berona merah jambu lembut juga sesuai untuk solekan ini.
Gaya low bun memberi kesan yang lebih romantis buat ratu sehari. Alunan cinta dandanan disisir rapi dengan sulaman bunga orkid berona lembut.
TIP: Gaya dandanan ini boleh dipadankan bersama layah ringkas. Alunan layah dengan percikan batu permata dan jemeki memberi padanan yang sempurna.
Aura jelita lebih menyerlah dengan solekan ini. Sapuan pembayang mata berona sedikit terang memberi hasil solekan yang lebih menyerlah. Tampil sempurna dengan olesan gincu berona pastel.
TIP: Letakkan sedikit sapuan glitters untuk mencipta kesan bibir yang lebih glamor. Elakkan daripada memakai gincu dengan rona yang terlalu terang.
4.Cukup mempesona penampilan si ratu sehari dengan gaya braided Sulaman gaya rambut ini tampak kemas dengan sanggul di bahagian bawah yang menghasilkan sisi feminin yang tiada tara.
TIP: Untuk tampil lebih menawan, sulamkan gaya braided ini dengan kuntuman bunga baby breath. Padankan ia dengan subang ringkas dan minimalis.
SOLEKAN & DANDANAN : EMMA MUSTAFA MODEL : HANIA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!