Risau orang perempuan tak sama. Bila risau, mulalah menggelabah dan tertanya-tanya kenapa lelaki jarang mesej dia? Dan kenapa lelaki jarang contact. Adakah sebab dia ada perempuan lain?

Aduh, janganlah cepat sangat sampai ke situ. Tak semestinya dia jarang mesej itu sebab dia ada orang lain.

Benar, orang lelaki memang pelik bila dia rasa bagaikan tak ada apa-apa pun kalau jarang mesej.

Lebih teruk lagi, langsung tak reply mesej dalam Whatsapp. Dibiarkan sahaja bluetick.

Lelaki Bukan Malas Reply Mesej Tapi Sebab Perempuan Banyak Tanya

Kenapa lelaki jarang mesej?
Lelaki lambat reply mesej sebab rasa rimas
Perempuan banyak sangat tanya
Lelaki tak tahu nak cakap apa
Lelaki lambat balas mesej sebab perempuan itu annoying
Lelaki nak si perempuan mesej dulu
Lelaki lambat balas mesej sebab sedang sibuk
Lelaki lambat balas mesej kerana terlupa
Lelaki itu merajuk, terasa hati
Lelaki ini sedang menjauhkan diri
Tanda lelaki suka kita melalui mesej
Cara memujuk lelaki melalui mesej
Cara pikat lelaki melalui mesej
Kenapa lelaki jarang mesej?
Harus diingat, lelaki jarang mesej tak sama dengan lelaki lambat balas mesej. Jarang mesej mungkin sebab dia sibuk. Lambat mesej mungkin dia sengaja.

Jangan cepat sangat buat telahan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa sebab kenapa lelaki lambat reply mesej.

Lelaki lambat reply mesej sebab rasa rimas
Apa tidaknya. Bila si perempuan asyik mesej dia pagi petang siang malam, dia pun rasa rimas. Sesekali boleh lagi.

Ini kalau sudah ambil masa dia seharian, lelaki pun rasa rimas.

Suami juga akan rimas bila isteri asyik tanya dia di mana.

Perempuan banyak sangat tanya
Bila si perempuan (tak kiralah isteri atau baru berkawan-kawan) tanya apa dia buat, ada di mana, dengan siapa – si lelaki tak suka.

Nak cakap terus terang, dia takut si perempuan terasa hati.

Jadi dia sengaja melambat-lambatkan balasan mesej.

Biar padan muka.

Lelaki tak tahu nak cakap apa
Kenapa lelaki beri bluetick sahaja dalam Whatsapp?

Itu sebab dia tak ada idea, nak cakap apa.

Tak tahu nak tulis apa.

Jadi, sementara itu, biarlah dulu bluetick. Pada lelaki, bukannya ada apa pun.

IKLAN

Lelaki lambat balas mesej sebab perempuan itu annoying
Apabila si perempuan taip mesej punyalah panjang, jaga-jaga.

Ada berpuluh-puluh baris, dan masih lagi bluetick?

Bluetick ada makna. Mungkin si lelaki mula rasa annoying?

Sedih kan bila kata annoying?

Realitinya, mungkin itu yang di sembang dengan kawan-kawan dia. Siap kena kutuk lagi, “Takut bini”.

Lelaki nak si perempuan mesej dulu
Ya, kedengaran mengada-ngada. Namun, memang ada yang sikapnya begitu.

Mahu orang lain sayang dia dulu, baru dia sayang orang lain.

Mahu orang beri perhatian pada dia, baru dia beri perhatian pada orang lagi.

Paling sedih, orang sudah layan dia baik-baik, dia layan orang macam sampah.

Lelaki lambat balas mesej sebab sedang sibuk
Mungkin mesyuarat sana, mesyuarat sini. Nak baca mesej depan boss, rasa macam tak kena pula.

Atau mungkin dia sedang buat kerja dan tak boleh diganggu.

IKLAN

Perempuan kena faham.

Lelaki lambat balas mesej kerana terlupa
Bersangka baik. Mungkin dia betul-betul terlupa.

Kalau teringat pun, sudah makan masa berjam-jam. Sedangkan, balasan mesej itu diperlukan segera.

Lelaki itu merajuk, terasa hati
Mungkin ada kata-kata yang mengguris hati dia. Dia malas nak bercakap di telefon.

Malas (dan lambat) balas mesej di Whatsapp.

Bila balas pun, cuma “Ok” atau “K” sahaja.

Ingat balik, ada apa-apa kesalahan yang kita buat

Lelaki ini sedang menjauhkan diri
Mungkinkah ini petanda yang paling besar?

Iaitu dia sudah tidak mahu (dan tidak suka) lagi?

Mungkin ada kebenarannya.

Cuma sebelum bersangka begini, lebih baik tanya secara berdepan.
Tanda lelaki suka kita melalui mesej
Orang yang belum berkahwin, boleh tengok hint ini kalau ada. Lelaki suka kita bila dia selalu sangat mesej kita tak tentu masa. Caring sangat dan kita rasa selesa.

IKLAN

Bila sudah ada tanda-tanda begitu, jangan biarkan dia keseorangan.

Harap-harap, bila sudah berumahtangga nanti, kekal terus caring sebegitu.

Cara memujuk lelaki melalui mesej
Lelaki bila merajuk, memang akan nampak buruk.

Kesilapan besar orang perempuan ialah dia cuba menerangkan sesuatu perkara dengan menulis mesej panjang-panjang.

Tidak perlu begitu sebenarnya.

Cuba begini:

“Awak, saya minta maaf kalau saya ada buat salah silap. Boleh saya call?”

Itu lebih baik. Semasa bercakap di telefon nanti, bercakaplah puas-puas.

Mesej yang disampaikan melalui suara, tidak sama dengan yang dihantar melalui Whatsapp.

Bimbang tersalah anggap.

Cara pikat lelaki melalui mesej
Tips ini hanya untuk isteri sahaja. Untuk goda suami, tidak perlu sampai buat perkara tidak elok.

Tidak perlu taip panjang-panjang. Fungsi voice note kan ada.

Cukup sekadar menitipkan kiriman suara manja kepada suami.

Cepatlah dia balik ke rumah nanti dari tempat kerja.

Dari sudut psikologi
Kata PsychologyToday, orang perempuan memang akan taip mesej panjang-panjang. Lebih-lebih lagi tentang hubungan dia dengan seseorang. Memang berbaris-baris dia punya mesej.

Kredit: The Rohani

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI