Kalau berkahwin hanya bersandarkan nafsu atau kecantikan semata-mata, memang hubungan rumah tangga yang dibina tidak akan kekal lama. Kahwin dengan isteri sebab isteri cantik, tapi apabila isteri dah selekeh dan tak cantik, suami mula cari perempuan cantik yang lain.
Selalunya alasan yang digunakan suami apabila ada orang lain, suami akan guna alasan yang isteri dah selekeh dan tak pandai layan dia. Sanggup ceraikan isteri sebab dapat perempuan yang lebih cantik.
Bukankah perkahwinan untuk saling melengkapi dan menerima baik buruk pasangan seadanya. Ini perkara yang suami perlu buat apabila ternampak perempuan cantik, seksi dan lebih menarik daripada isteri di rumah. Perkongsian Wan Utama ini boleh dijadikan rujukan buat semua. Wajib baca!
Sifir ringkas untuk lelaki yang dah berbini
Langkah 1 – Bila kau nampak satu perempuan cantik gila… dahlah cantik… seksi… bau dia wangi pulak tu… dan kau rasa suka dan berkenan… kau tengok betul-betul kat pempuan tu… apa yang kau suka…
Langkah 2 – Bila kau balik rumah kau pandang bini kau… apa beza dia dengan pempuan yang kau suka tadi…
Langkah 3 –
Ads
3.1 – Kalau bini kau rambut dia kusut masai berbanding pempuan tadi… kau bawak dia pergi salun buat rambut…
3.2 – Kalau bini kau muka dia tak putih macam pempuan tadi… kau bawak dia pergi spa… atau kau belikan produk-rpdouk yang boleh putihkan kulit dia… kan dah banyak produk kat pasaran… google aja…
Ads
3.3 – Kalau bini kau pakai baju selekeh… pergi bawak pergi shooping complex… belikan baju yang cantik dan daring… kalau malu nak bawak bini pergi shooping… beli online… dia pos sampai rumah…
3.4 – Kalau bini kau tak pandai cakap atau bini kau berkomunikasi cara kampung.. .ajar dia… atau bawak dia pergi kelas komunikasi… atau kau search kat Youtube kaedah-kaedah komunikasi moden… suh dia tengok… cakap kat bini kau… lepas bini kau layan drama TV3 atau cerita Korea… suruh dia layan video tu pulak…
3.5 – Kalau bini kau tak pandai masak… kau carikan resipi-resipi kat Facebook… pastu tagged bini kau… kalau kau tak nak malukan bini kau dengan cara tu… kau screen shot pastu sentWassap kat bini kau… bila kau dah bagi resipi… kau jangan kedekut nak beli barang dapur pulak… makan nak sedap… barang dapur kedekut… bangang namanya!
Ads
3.6 – Kalau kau cium bini kau busuk… kau belikanlah perfume… perfume RM10 ada… perfume mahal pun ada… kau pilih ja bau apa kau nak…
3.7 – Kalau kau tengok gigi bini kau kuning… bawak pergi dentist… putihkan…
3.8 – Kalau kau tengok bini kau gemuk… bawak la pergi gym… tak pun subscribe kan kelas zumba… paling koman… belikan produk kurus…. jangan kau tak bagi dia makan sebab nak bagi dia kurus pulak… satgi mati kebulur bini kau tu nanti…
3.9 – Kalau bini kau tak seksi… kau belikanlah baju baju yang seksi macam kau selalu tengok kt FB atau TV atau pornhub… then suruh dia pakai…
Penutup – Kalau kau tak ada duit nak modalkan bini kau cantik… buatlah 3 4 kerja cari duit… bila bab duit nak cantikkan bini kau… duit asyik tak ada… tapi bila bab duit nak ajak awek cantik pergi karaoke dan tengok wayang ada pulak?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
PANDUAN BAJET KAHWIN SECARA SEDERHANA
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak-saudara bahagia.
Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Pokoknya, kalau berkemampuan go on sahaja. Tapi kalau acah-acah mampu, insaflah. Nasihat ini berdasarkan pengalaman admin yang dah berkahwin, maka tepuk dada tanya selera!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cinta itu sememangnya indah buat pasangan yang sedang berkasih. Ikatan cinta yang dijalin pastinya ingin diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Cinta yang dibina harus disulam dengan kasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, bukan semua cinta berakhir dengan kisah gembira. Jika pasangan tidak memberikan komitmen yang secukupnya buat hubungan tersebut, ia boleh berakhir dengan kedukaan. Oleh sebab itu, setiap pasangan yang bercinta pasangan harus saling menghormati agar cinta bertahan lama dan berkekalan.
Jom kita lihat 7 sebab cinta tidak mampu bertahan lama! Jangan ambil mudah ya!
1. BERBEZA PENDAPAT
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Anda mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
2. MENIPU
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
3. MENGUNGKIT KISAH LAMA
Menjadi perkara yang cukup tidak disukai bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
4. KEHIDUPAN YANG SANGAT MENDESAK
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
5. PERKARA-PERKARA YANG MENYAKITKAN HATI
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
6. STATUS YANG TINGGI
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aroma daun pandan memang memikat selera sekali selain ia adalah bahan dalam kegunaan masakkan. Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya, rupanya daun pandan ini banyak khasiat kepada kesihatan.
Berikut adalah 8 manfaat daun pandan kepada kesihatan:
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
4. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada cepat basi.
5. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
6. Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
7. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
8. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Kredit : Leha Yusuf
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!