
Dunia kini yang makin lama makin mencabar buat lebih ramai anak muda untuk takut melangsungkan perkahwinan. Dengan gaji yang tidak seberapa dan hanya cukup makan sendiri, bagaimana pula untuk menjaga anak orang nanti.
Lelaki ini kongsi, bagaimana dengan gaji RM1400 boleh menyimpan untuk kahwin.
Kerja
simpanan
rumah sewa
duit makan & belanja
tempoh masa kumpul duit
tips tambahan
Lepas Seronok Kahwin Ramai Tak Sedar Kita Semakin Melukakan Hati Kedua Ibu Bapa

Pelbagai cara kita boleh buat untuk membahagiakan mereka. Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.
.
1.Doakan Kedua Orang Tua
Doa merupakan senjata orang mukmin. Dimana-mana pun anda boleh berdoa . Allah swt tak pernah menetapkan sempadan untuk hambanya berdoa. Jadi walau jauh beribu batu pun anda jangan pernah anda lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.
2.Hubungi Mereka Walau Dimana Kita Berada.
Mengambil berat terhadap ibu bapa anda;ah tanggungjawab setiap anak-anak. Sekarang ni zaman teknologi. Segalanya berada dihujung jari anda. Tak ada alasan untuk anda tidak menghubungi mereka jika anda berada jauh dari mereka. Waktu mereka masih ada ni lah peluang anda untuk mendengar suara mereka. Anda beruntung kerana masih memiliki kedua orang tua, jadi hargai mereka selagi nyawa mereka dikandung badan. Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.
3. Lemah-Lembut Semasa Berbicara
Jaga tutur kata anda sewaktu berbicara dengan mereka. Semakin meningkat usia seseorang, mereka akan menjadi lebih sensirtif dalam setiap perkara. Sebab itu, apabila ibu bapa kita telah meningkat usia, mereka seakan anak kecil yang memerlukan perhatian. Walaupun begitu, perkara ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk anda mengetepikan atau meninggikan suara kepada mereka. Ingat kembali sewaktu anda kecil dulu, ibu bapa anda sangat sabar dalam melayan kerenah anda. Tak pernah sekali mereka merungut untuk membesarkan anda. Jadi jagalah tutur kata anda setiap kali anda berbicara dengan meraka.
4. Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita
Selalunya bila tiba hari lahir kita, kebiasaannya ramai yang menyambut hari lahir dengan kawan-kawan betul tak? Kadang-kadang tu sambut dengan someone special dekat restaurant-restaurant mewah. Jarang lah kita nak dengar ada yang menghubungi ibu yang melahirkan kita. Kebanyakannya mereka keluar berseronok dengan kawan-kawan sehingga lupa tentang orang yang dah bertarung nyawa saat melahirkan kita dulu. Percayalah setiap ibu sentiasa menunggu anak-anaknya untuk mengucapkan “TERIMA KASIH MAK/IBU/UMMI/BONDA” pada hari lahir anak-anaknya.
.
5. Peluk Dan Cium Ibu Bapa Anda Selalu
Cuba imbas kembali bila kali terakhir anda memeluk kedua orang tua anda? Minggu lepas? Sebulan lepas? Setahun lepas? Atau tak pernah pun anda peluk mereka sepanjang hidup anda? Mungkin mereka tak pernah pun minta untuk dipeluk atau di sayang, namun fitrahnya setiap ibu bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Dulu rumah selalu riuh dengan gelak tawa anak-anak sewaktu kecil, namun hari demi hari gelak tawa itu semakin suram apabila anak-anak sudah mula meningkat dewasa dan memiliki kehidupan dan tanggungjawab sendiri. Walaupun kini mereka sudah memiliki cucu namun pelukan daripada seorang cucu tidak sama dengan pelukan dari seorang anak sendiri. Anda akan rasa sebak bila memeluk orang yang bersusah payah melahirkan kita dan menjaga kita sehingga kita mampu membina hidup kita sendiri.
6. Sesekali Bawa Mereka Bersiar-Siar Dan Berikan Hadiah
Luangkanlah masa anda dengan membawa kedua orang tua anda bersiar-siar. Mungkin bawa mereka travel ke luar negara atau paling tidak pun bawa lah mereka ke tempat yang dapat menghiburkan hati mereka. Mungkin sewaktu muda-muda dulu mereka tidak berpeluang untuk melancong ke tempat orang kerana tidak berkesempatan atau tidak memiliki budget yang cukup untuk bersiar-siar. Jadi ini lah masanya anda menghiburkan hati mereka. Selain itu, anda juga boleh berikan hadiah kepada mereka sebagai tanda anda menghargai mereka. Kalau dengan pasangan anda, anda boleh belikan segala macam hadiah kenapa tidak dengan ibu atau bapa anda kan? Mereka lagi berhak menerima hadiah daripada anda walaupun mereka tak pernah mintak. Nak hadiah yang paling eksklusif ? Berikan lah Audela atau Pomeg plus kepada mereka. Mesti senyum sampai ke telinga. Hehehe.
7. Bawa Ibu-Bapa Menunaikan Haji dan Umrah di Mekah
BONUS: Kalau dimurahkah rezeki dan ada duit lebih, hantar mak ayah pergi menunaikan Haji. Jika sudah, kumpul duit dengan adik beradik lain, hantar mereka pergi Umrah pula. ‘Join’ mak ayah sekali agar kita dapat menjaga mereka ketika di Makkah. In Shaa Allah, banyak pahalanya.2
Jangan Ingat Kahwin Tu Macam Drama Pukul 7. Sweet Memanjang! Kongsi Lelaki Ini

Sebelum kahwin semuanya indah. Kentut depan-depan pon wangi. Lepas kahwin, dia kata kentut kita bau telur tembelang. Kalau boleh dia suruh kita kentut jauh jauh sebab takut pengsan.Bukanlah semua pasangan begini. Mungkin ada segelintir. Realitinya, lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi apa yang terjadi selepas kahwin.
Sebelum Kahwin:
Alaa baby lapar nak cendol ye? Alala. Jom petang ni kita pergi makan. *pujuk*
Selepas Kahwin:
Tak dapat cendol pun nak merajuk? Cuba la matang sikit. Cendol tu dah la manis. Karang kena kencing manis banyak pulak nak pakai duit. Perangai macam budak-budak je.
***
Lelaki ni bila dah kahwin mana nak sweet macam masa bercinta dah. Masa mula-mula kahwin ye la kot. Bila dah lama, mula la dia malas nak melayan perangai keanak-anakan kau tu.
Jangan kau ingat lelaki yang suka layan perangai manja kau tu masa bercinta, dia akan buat yang sama selepas kahwin. Mungkin dia akan layan jugak la sikit-sikit lepas kahwin. Tapi kalau dah mengada melebih memang dia buat derkkk jeee.
Masa bercinta tak duk sebumbung lagi. Tu boleh layan karenah manja kau bila masa dating tu.
Kalau dah duduk sebumbung nanti, suami kau malas nak layan karenah manja kau 24 jam. Dengan penat kerja lagi. Haaa.. mereputlah nak melayan kehendak kau sorang je. Banyak lagi tanggungjawab dia. Nak cari rezeki untuk kau dan anak-anak.
Bila dah kahwin kau kena lebih matang dan kena lebih tabah. Dengan ada anak lagi. Kalau asyik nak suami kau layan perangai kau je, setiap hari kau tidur dengan air mata la jawabnya.
Tapi jangan kau ingat dia tak sayang kau kalau dia tak layan perangai manja kau tu. Mungkin dia rimas atau malas nak layan sangat. Takut melebih-lebih pulak jadinya.
Nanti kalau suami kau dah tak layan manja kau tu kau tapayana ngada-ngada pergi mengadu dekat KRT la, up status FB la kata suami kau dah berubah. Kau tu kena patut berubah sikit.
Kau jangan ingat kehidupan berumah tangga macam drama pukul 7 tu. Asyik nak sweet je memanjang. Kau kena belajar terima realiti kehidupan yang sebenarnya. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
Petua Paling Jimat Hilangkan Tompok Kuning Pada Tilam Dan Bantal

Tompok hitam atau kuning disebabkan kita selalu baring di atas tilam mahupun bantal sangat mencacatkan pandangan mata, tapi jangan risau itu semua bisa diselesaikan dengan petua mudah ini. Alang-alang tak ada buat apa di rumah tu kita bersihkan segenap ruang dan perkakasan rumah yang ada.

Peta pada tilam dah menjadi lumrah. Memang stres tengok banyak peta-peta dunia muncul di tilam. Konon-kononnya nak romantik, breakfast in bed katanya. Sibuk bersenda gurau, tersiku pulak gelas. Habis tertumpah atas tilam. Setakat cadar tu ok lagi senang nak cuci. Kalau tilam, camner nak masuk washing machine?
Kepada yang ada anak pulak, malam-malam takut nak berlari ke tandas, melepas je atas tilam. Adoi! Bukan setakat anak jer, anak bulus pun buat kerja yang sama! Memang stress.
Macam mana nak hilangkan peta pada tilam yang tak diundang ni? Ikut petua ni.
Botol spray
1 cawan Hydrogen Peroxide
3 sudu besar baking soda
1 ke 2 pump cecair pencuci pinggan
5 titis pewangi / essential oil (tak wajib)
1 cawan Hydrogen Peroxide
3 sudu besar baking soda
1 ke 2 pump cecair pencuci pinggan
5 titis pewangi / essential oil (tak wajib)

Masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian masukkan hydrogen peroxide. Selepas itu masukkan cecair pencuci dan titisan pewangi. Putarkan (jangan goncang) supaya kesemua bahan sebati.
Spraykan ke tempat di mana peta pada tilam itu muncul. Biarkan 5 ke 10 minit. Dengan ajaibnya anda akan menyaksikan peta-peta itu hilang di depan mata.
Kalau ada peta yang degil, boleh spray kan sekali lagi. Biarkan kering sedikit. Vacuum untuk hilangkan sisa baking soda atas tilam, sekiranya ada. Jemur terkena cahaya matahari supaya bahagian dalam tilam betul-betul kering.
KREDIT : PETUATUBE