Siapa yang tak nak kahwin kan? Setiap dari kita pasti mempunyai hati dan perasaan untuk bercinta dan berkahwin. Jika kita mempunyai kawan yang berusia 30 tahun ke atas dan belum berkahwin, jangan sindir mereka, kongsi lelaki ini.

“Tu la kau memilih sangat. Sampai sekarang tak kahwin lagi”

“Tu la kau jual mahal sangat. Umur dah masuk 3 siri macam ni pun tak kahwin lagi. Orang lain dah beranak pinak dah.”

“Hari tu orang nak kat kau, kau jual mahal. Kan sampai sekarang takde sapa nak”

Bila ada kawan kau yang dah berusia lebih 30 tahun dan belum berkahwin, jangan sindir mereka. Mungkin niat kau nak bergurau tapi sedikit sebanyak mengguris hati mereka.

Mereka bukan memilih dan jual mahal sebenarnya. Mereka memilih calon suami yang betul-betul sesuai dan bertanggungjawab.

Jodoh akan datang pada saat dan masa yang sesuai dan jodoh setiap orang berbeza. Ada umur 20 tahun jodoh dah tiba. Ada usia 40 tahun baru jodoh tiba. Yang penting, kau kena la berusaha cari jodoh.

Mereka risau nanti terburu-buru nak kahwin terpilih calon suami suami yang salah. Kahwin setahun pastu bercerai berai. Kahwin sebulan pastu suami suka pukul, penampar, terajang.

Kau kahwin bukan untuk sehari dua, tetapi untuk melayari bahtera rumah tangga hingga ke Syurga. Perkahwinan bukan sebuah permainan. Kau kahwin, rasa tak bahagia je kau terus angkat kaki.

Tidak salah memilih yang terbaik tetapi jangan pula terlalu mencari yang sempurna. Kerana tiada manusia yang sempurna. Suami bukan malaikat. Carilah suami yang boleh menegur dan menerima kekurangan diri kau seadanya.

Jangan terlalu memilih calon suami yang ada rupa, sado, pangkat dan harta sangat. Belum tentu semua itu boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Berdoalah dan berharap agar Allah kurniakan kau pasangan hidup yang baik dan yang boleh sama-sama dengan kau melayari bahtera rumah tangga hingga ke Syurga.

Ramai orang kahwin hari ni. Selamat penganti baru gua ucapkan. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Jangan Lupa Komen: