Jika dahulu hujung minggu sepanjang cuti persekolahan cukup sinonim dengan musim ‘kenduri kahwin’, namun kini trend itu bagaikan tidak relevan lagi.
Pelbagai faktor yang diambil kira oleh pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dalam memilih tarikh untuk hari paling bersejarah dalam hidup mereka. Malahan, ada pasangan yang memilih padanan tarikh yang ‘cantik’ atau simbolik, bersesuaian dengan tarikh penting dalam hidup mereka. Tidak ketinggalan, ada juga yang menunggu masa yang sesuai untuk semua sanak-saudara dapat berkumpul. Buat pasangan yang bernikah hampir bulan puasa pula, Pak Utih kongsi tip khas buat pasangan yang baru bernikah.
KHAS BUAT PASANGAN YANG BAHARU BERNIKAH (BULAN REJAB DAN SYAABAN)
“Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa bercampur kepada isteri kamu, mereka pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu telah berkhianat kepada diri-diri kamu. Maka diampunkanNya kamu dan dimaafkanNya kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditentukan Allah buat kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga berbeza bagi kamu tali putih dari tali hitam dari waktu fajar. Kemudian itu sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan kamu mencampuri mereka padahal kamu sedang I’tikaf di dalam masjid-masjid. Itulah batas-batas Allah, maka janganlah kamu dekati akan dia. Demikianlah Allah telah menjelaskan perintah-perintahNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa” (Al Baqarah: 187)
Salah satu sebab turunnya ayat ini berkaitkan dengan kisah Saidina Umar Al Khattab as yang telah menyetubuhi isterinya setelah isterinya terjaga daripada tidur. Oleh kerana merasa ragu-ragu sama ada puasanya telah terbatal ataupun tidak, beliau telah merujuk kepada Rasulullah saw dan turunlah ayat 187 mengubah syarat berpuasa yang terdahulu.
Mengikut tafsir Ibnu Kathir, syarat berpuasa yang terdahulu hanya membenarkan seseorang itu makan, minum, dan bercampur dengan isterinya diantara waktu Maghrib dan Isyak sahaja. Betapa beratnya syarat berpuasa pada zaman dahulu berbanding dengan setelah turunnya ayat 187 ini.
Ads
Cabaran yang sedang dihadapi oleh pasangan muda suami isteri kebelakangan ini ialah memilih tarikh majlis perkahwinan mereka hampir sangat dengan bulan Ramadhan. Kalau zaman saya dulu, orang-orang tua kita akan berusaha mencari tarikh yang diistilahkan sebagai “pengapit raya”. Iaitu mana-mana tarikh di antara hari raya puasa dengan hari raya haji.
Seingat saya, memang tidak pernah dengar pasangan dahulu berkahwin pada tarikh yang hampir dengan bulan Ramadhan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pasangan yang baru dapat “lesen memandu” itu terbabas memandu di siang hari.
Mudah-mudahan kekuatan iman dapat mengawal “steering kereta itu” semasa siang Ramadhan.
Ads
Di sini ada tip agar tidak terbabas:
1. Selepas sahur terutama sekali hari cuti atau hari minggu, jangan naik semula ke katil baring-baring. Keadaan ini amat merbahaya kerana perut sudah kenyang dan hormon testosteron lelaki sedang paras tertinggi. Mudah di hasut syaitan (walaupun syaitan sedang diikat).
2. Suami terus ke masjid atau surau. Dan jangan pulang awal. Jika ada kuliah subuh sila tunggu sampai selesai matahari naik paras dhuha.
Ads
3. Isteri pula, bila dengar suami dah pulang ke rumah dari surau, terus bangun tinggalkan katil. Buatlah kerja kemas mengemas atau basuh baju. Jangan masih terbaring atas katil walaupun diselubungi selimut.
4. Jika ingin bersembang pada siang hari, elakkan di atas katil. 5. Jangan ada niat nak membatalkan puasa dengan berbuka sebelum sengaja “terbabaskan kereta ke longkang” itu. Nilai satu hari puasa Ramadhan tidak sama dengan nikmat 30 minit itu dan diganti dengan hari-hari lain.
6. Bila suami dah mula nak “terbabas”, isterilah yang wajib mengingatkannya. Biasanya, minda lelaki pada waktu itu telah “tidak siuman”.
Nasihat Pak Utih… boleh share. #pakutih #mahligaikasih #suamihensemisteriohsem
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini saya berkenalan dgn seorang lelaki Muslim yang tinggal di German. Insyaallah kami bercadang untuk bernikah. Beliau mencadangkan untuk kami bernikah melalui webcam/skype bagi mengelakkan yang haram di antara kami kerana kami setiap hari berhubungan secara Whatsapp. Menurutnya terdapat dalil yang membolehkan ini antara saya dan dia dan berwalikan Allah.
Insyaallah bila beliau datang ke sini kami akan bernikah sekali lagi depan imam dan wali yang sepatutnya. Bolehkah ini dilakukan? Mohon pencerahan daripada ustaz tentang persoalan ini.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Dalam mazhab al-Syafie, hal sedemikian tidak menjadikan akad perkahwinan itu sah. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa beliau berkata:
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kalian sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi diri sendiri.
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Syarat-syarat sah nikah ialah bakal suami, bakal isteri, sighah ijab dan qabul, dua orang saksi dan wali. Wali di sini merujuk kepada wali manusia, bukan Allah SWT, walaupun disebut dalam al-Quran:
Maksudnya: Allah ialah wali bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)
Surah al-Baqarah, 2:257
Wali di sini bererti Pelindung (Yang mengawal dan menolong), bukan bererti wali nikah. Jika nikah itu dikatakan sah, kenapa perlu dicadangkan agar dinikah semula di hadapan imam dan wali yang sepatutnya? Ini tidak betul. Sebenarnya, wali nikah itu mestilah manusia dan bapa atau wali-wali lain mengikut turutan yang ditetapkan Syarak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila saat memilih dan membeli barang hantaran bukan wanita sahaja yang suka akan barangan yang sweet dan romantik, lelaki juga mempunyai rasa yang sama jika diberikan kejutan dalam meletak barang hantaran yang mungkin akan membuatkan si dia tersenyum lebar bila menerimanya nanti.
Pergi membeli barang hantaran bersama adalah perkara biasa, apa kata dalam tujuh dulang berbalas lima biarlah dalam satu atau dua dulang itu adalah barang hantaran yang mungkin pasangan anda tidak tahu. Buat satu kejutan yang pastinya memberi kesan mendalam kepada pasangan anda.
Jadikan hantaran untuk si dia satu pemberian yang cukup sempurna dan boleh digunakan selepas majlis tersebut. Bukanlah sekadar hiasan semata-mata. Biarkan ia nampak agak pelik atau lain daripada yang lain yang pastinya tiada pembaziran.
Tip perlu tahu!
Rim kereta, mungkin pasangan anda seorang yang gemarkan dengan make over kereta. Inilah masanya!
Jersi bola, mungkin nampak biasa tetapi makna untuk si dia.. WOW!
Kasut tinggi mewah, pasti mengujakan si isteri, manakan tidak kasut idaman jadi miliknya.
Set pakaian ke Gym pasti dia tersenyum, kerana anda prihatin dengan hobinya.
Set lengkap toiletries, sangat istimewa untuk si dia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda berasa mual dan loya secara tiba-tiba. Jika wanita mual atau loya ketika mengandung itu adalah fenomena biasa. Tetapi bagi kita yang sihat tubuh badan yang tidak hamil tetapi berasa loya, apakah sebabnya? Menurut sumber ini, selain mabuk wanita hamil, kita mungkin juga mengalami mabuk perjalanan, simptom tersebut boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di dalam telinga. Manakala punca mabuk hamil berlainan, dan boleh disebabkan jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. Jika berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk lagi.
10 Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya
1. Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.
2. Legakan perut dengan makanan berhalia. Hidu lemon dan minum jusnya. Ini boleh membantu mengurangkan asid dalam perut.
3. Minum 10 gelas air sehari untuk mengatasi air yang hilang daripada badan dan juga dapat mengelakkan sembelit.
4. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan muntah atau loya seperti makanan berminyak, kafein, gula-gula (manis), coklat, kek dan lain-lain.
5. Tidur juga boleh mengelakkan loya atau mual.
6. Makan makanan berserat tinggi seperti kurma, biskut gandum, mangga dan lain-lain lagi.
7. Untuk secara tradisional, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.
8. Ada sesetengah orang mengatakan buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Jika sukar mendapatkan buah pala, boleh juga gunakan Balm Buah Pala yang banyak dijual di kedai ubat tradisional.
9. Tumbuk tiga tangkai pucuk jambu batu dan sebuku garam jantan. Campurkan dengan sedikit air suam. Minum selama tiga hari berturut-turut. In sha Allah mual atau loya berkurangan terutamanya pada awal kehamilan.
10. Ambil sebiji buah pelaga yang sudah dicuci bersih dan kemam sehingga hilang loya. Amalkan selalu jika perlu.
Senarai menghilangkan loya atau mual di atas adalah sekadar panduan. Jika loya atau pening-pening anda teramatlah teruk, dinasihatkan berjumpa doktor yang pakar dalam bidang tersebut. Kerana, terdapat beberapa jenis penyakit yang memiliki simptom seperti loya dan mual dan jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin dalam bahaya.
Selamat membaca, cegah sebelum parah dan jaga kesihatan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!