Perkahwinan bukan sekadar menemani dan menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Ikatan janji dua insan yang menjadi saksi untuk mendapat keredhaan Allah. Sebab tu nak kahwin, jangan lupa tanggungjawab yang bakal dipikul terutamanya lelaki. Banyak redha Allah yang dijanjikan untuk lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai suami.

 

Ketahuilah wahai lelaki saat kamu menerima perempuan yang kamu nikahi itu sebagai amanah dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala yang dahulunya dalam jagaan walinya. Maka saat itu segalanya kini terletak pada bahu kamu. Sesungguhnya kehidupan alam perkahwinan itu juga menentukan pengakhiran kehidupan kita selepas dah hidup berdua nanti. 

 

Saat kamu memilih dia menjadi yang halal dalam hidup kamu. Kamu bukan hanya menerima dia sebagai isteri kamu. Tapi itu juga bermakna kamu menerima segala kekurangan pasangan kamu. Sedarilah isteri kamu itu juga manusia biasa yang serba kekurangan. Lengkapilah kekurangan yang ada pada pasangan kamu dengan kelebihan yang kamu miliki. 

 

IKLAN

Wahai lelaki. 

 

Saat kamu menerima dia dalam hidup kamu. Maka itu bermakna kamu sedia menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri kamu dan kamu akan menjalankan tugas sebagai suami dengan berusaha sedaya upaya memberi nafkah zahir dan batin, memelihara dan memberi tanggungan serta keselamatan. Bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. 

 

IKLAN

Ingat lagi lafaz penyerahan amanah dari ayah si perempuan saat kamu mengambil puterinya dari jagaannya, 

 

“Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala ke atas kamu dan orang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu.” 

 

IKLAN

Isteri itu adalah amanah dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala untuk kamu bimbing dia menjadi wanita solehah. Didiklah dengan Agama. Bukan dengan kekerasan yang tak akan mampu menewaskan kelembutan. Berilah kasih sayang dan cinta kamu sepenuhnya pada dia. Kerana kelak nanti kamu akan di pertangungjawapkan atas amanah yang kamu pikul. 

 

Berkahwinlah kerana taqwa dan rasa takut kepada ALLAH serta mengharapkan redha ALLAH dalam rumah tangga kalian. Kerana dalam hidup ini redha ALLAH jua lah yang kita harapkan. 

Wallahu A’lam. 

Kredit : Muhammad Shafari 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI