Semua orang mengidamkan cinta yang sempurna. Lelaki sejati sedikit sukar untuk melahirkan rasa cinta, apatah lagi memupuknya. Mengapa? Perihal komitmen. Susah untuk bergelar ‘the perfect boyfriend.’ Namun jika anda merasakan diri sudah dilamun cinta, jangan sesekali melepaskannya. Ingatkan diri berkali-kali dengan peraturan‘The 4 Cs’: create, confess, confidence dan calm.

#1 Create. Semudah mencipta momen indah dan romantis tanpa perlu berbelanja besar atau membuat kejutan melampau. Jangan sehingga membodohkan diri sendiri. The smallest gestures will do semudah mengungkapkan ‘I Love U’ menerusi telefon pintar. Panjangkan momen sebegini dengan ungkapan cinta yang lain pada masa-masa akan datang. Ia pastinya memberikan kesan mendalam terhadap si dia yang cukup sentimental dan rasa dihargai.

Ads

#2 Confess. Masih ingat kali pertama anda mengungkapkan ‘Saya CintaKan Awak’ pada hari pertama bertemu dengannya? Seorang gentleman biasanya akan mengungkapkan sesuatu yang melebarkan senyuman pada wajah si dia. Gunakan kata-kata manis dan bukannya janji-janji manis! Memuji paras rupa atau bagaimana si dia melengkapkan hari anda sudah memadai. Cara paling berkesan untuk melahirkan aura dalam mencipta enigma positif antara dua pihak.

Ads

#3 Confidence. Wanita biasanya ‘delicate’ dan ‘fragile’ setiap masa, luaran dan dalaman, bagaikan kaca mudah pecah jika tidak dijaga dengan betul. Anda perlu menjadi ketua dalam kebanyakan benda. Jika si dia kerap membandingkan anda dengan abang atau rakan-rakan lelakinya yang lain, laugh it off dan senyum sahaja. Jangan sesekali rasa tergugat dan cepat berasa marah kerana anda kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Tidak perlu buktikan kebolehan diri kerana ia akan datang dengan sendirinya. Percayalah!

Ads

#4 Calm. Bersiap sedia untuk mendengar segala permasalahan si dia. Tidak kira sama ada permasalahan besar atau pun kecil. Paling penting? Anda juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi segala perasaan emosi yang bakal diluahkan. Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadapnya jika perkara sebegini terjadi. Become the better man and a good listener. Anda mungkin tidak dapat menyelesaikan permasalahan si dia. Si dia meluahkan kepada anda dengan satu sebab… Kerana anda sahaja teman teristimewa yang dipilih oleh si dia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI