Sakitnya bila putus cinta. Walaupun hanya baru kenal dua atau tiga bulan, sakit ditinggalkan kekasih sangat dalam lukanya. Ada orang kata, wanita lebih kecewa bila ditinggalkan kekasih tetapi hakikatnya lelaki pun simpan rasa kecewa tau. Malah, mereka dikatakan lebih susah nak move on!
Jangan bimbang. Anda bukan keseorangan. Ramai lagi lelaki di luar sana yang merasai kekecewaan dan pernah berada dalam keadaan itu. kata orang, been there, done that. Gitu! Apakata anda cuba beberapa cara ini untuk pulihkan semula semangat yang hilang itu.
Dekatkan diri dengan Allah
Allah sentiasa ada bersama kita. Walaupun masa tengah bersenang-lenang dan berbahagia dengan pasangan tu anda lupa padaNya tetapi pintu taubat sentiasa terbuka. Perbanyakkan istighfar dan solat sunat untuk mencari ketenangan. Anda perlu ingat, terlalu sayang pada manusia, harta benda dan pangkat hanyalah sementara. Tetapi kasih sayang pada Allah itu abadi.
Menangis
Ads
Siapa kata lelaki tak boleh menangis? Sedih dan tangisan itu adalah luahan emosi seseorang manusia. Jangan terlalu memendam kesedihan kerana rasa malu atau terlalu ego untuk melepaskan perasaan itu kerana ia akan memakan diri.
Beri masa
Jangan tergopoh-gopoh untuk memulakan perhubungan lain atau lari dari amsalah. Beri masa untuk diri anda bertenang dahulu sebelum memulakan perhubungan yang baru. Sayangilah diri anda yang sedang sakit itu.
Ads
Jangan toleh ke belakang
Bila dah bercinta, mesti banyak barang-barang kenangan yang disimpan. Lelaki tak macam perempuan, simpan benda yang sekecil-kecilnya seperti tiket wayang. Mungkin hadiah pemberian dari bekas kekasih boleh di serahkan semula kepada tuan empunya badan atau dibuang. Seandainya boleh digunakan, berikan kepada orang yang lebih memerlukan.
Networking
Ads
Carilah lebih ramai kawan. Jangan terus buat jadi kekasih. Pantau dahulu perkenalan anda. kenal sebanyak mana kawan tanpa memberikan harapan untuk hubungan yang serius melainkan anda benar-benar sudah bersedia.
Hobi
Masing-masing ada hobi sendiri. Mungkin ketika dalam perhubungan, hobi anda terpaksa disekat kerana minat bekas kekasih tidak sama dengan minat anda.
Bercuti
Waktu sekarang ini kita tak boleh nak merentas negeri untuk bercuti. Tetapi boleh juga kita menginap di mana-mana hotel atau beli dahulu tiket untuk ke taman rekriasi dan taman tema. Macam KAT SINI. Anda mesti takkan rugi!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mula-mula kahwin, perasaan cinta dan sayang sangat hangat lagi. Tapi bila dah masuk tahun ke-10 misalnya, kasih sayang tu makin menipis. Tak semestinya awal-awal kahwin je boleh pergi berbulan madu. Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin lebih digalakkan untuk top-up kasih sayang.
Kredit foto: Facebook Mona Din
Cuba ingat balik, bila kali terakhir anda dan pasangan keluar berdua? Mesti dah lama kan? Seperti tip yang dikongsikan Puan Mona Din, sungguhpun sudah berkahwin lebih 30 tahun, dia dan suami pasti akan merancang percutian berdua setiap kali hari ulangtahun perkahwinan. Tak kisah sama ada di dalam atau luar negara, kesempatan masa untuk berdua dengan pasangan wajib ada!
Kredit foto: Facebook Mona Din
Alhamdulillah, asbab sejak kahwin 30 tahun yang dulu, saya dan Mr Hubby telah merancang setiap tahun masa wedding anniversary kami wajib pergi bercuti berdua. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Dan Alhamdulillah, semua impian tersebut betul-betul dapat dilaksanakan. Maka sukalah saya nak share tips how to make a memorable honeymoon, untuk panduan semua.”
Perancangan enam bulan sebelum ulangtahun perkahwinan
Kenal pasti bajet anda. Kalau ada duit lebih, boleh melancong ke luar negara. Kalau bajet kecil, cukuplah bercuti dalam Malaysia sahaja.
Honeymoon berdua
Belajarlah tinggalkan anak-anak untuk seketika. Sekurang-kurangnya satu malam. Kalau anda terpaksa bayar orang untuk jaga, bayarlah.
Pilihan hotel
Pilih hotel yang kecil comel. Ada privasi untuk anda dan pasangan. Elakkan hotel yang ramai dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Hardrock Hotel. Semak untuk honeymoon kalau suasana terlebih meriah. Hilang nikmat syahdu suasana tenang.
Kalau boleh cari Boutique Hotel yang agak sunyi dan privasi. Dan mesti ada bath tub di dalam bilik.
Lokasi honeymoon terbaik
The best place untuk honeymoon adalah sama ada di tepi laut atau di pinggir tasik. Boleh je memilih di atas bukit yang bercuaca sejuk.
Maklumkan pada hotel
Semasa anda booking hotel, maklumkan pada mereka yang anda datang untuk honeymoon. Minta mereka sediakan sepotong kek bertulis happy anniversary, katil yang mempunyai sepasang angsa (dekorasi paling biasa disediakan semua hotel yang menerima tempahan honeymoon). Minta juga taburan kelopak ros di katil dan bath tub.
Ini semua wajib ada. Kalau mereka tak beri percuma, beritahu yang anda boleh bayar servis ini (tapi selalunya percuma!)
Honeymoon di luar negara
Kalau kita ke luar negara contohnya selama tiga malam, kalau boleh setiap malam tidur di hotel berbeza. Dan di setiap hotel, minta mereka sediakan perkara yang sama supaya kita akan dapat mood honeymoon yang berterusan sepanjang percutian.
Dengan cara ini, kita dapat rasa pengalaman yang berbeza di hotel yang berbeza. Best sangat tau!
Tempahan
Sebaik sahaja check-in, terus buat tempahan candle light dinner untuk malam itu. Minta pihak hotel tunjukkan atau cadangkan beberapa lokasi romantis yang terbaik di hotel kemudian buat pilihan.
Mintalah menu, pilih dan temoah siap-siap makanan yang diingini. Beritahu mereka, tepat jam lapan malam, kita akan turun. Bersiaplah cantik-cantik, mungkin suami isteri boleh pakai pakaian putih, enjoy makan malam romantik. Candle light dinner!
Sarapan privasi
Malam itu, beritahu pihak hotel anda mahukan sarapan pagi yang privasi, tidak mahu bufet. Minta ala carte, sama ada dalam bilik (kalau bilik cantik), atau mana-mana tempat yang privasi seperti di bahagian terrace tepi kolam.
The best place to honeymoon, pada pendapat peribadi saya, adalah Indonesia! Negaranya sangat besar, sangat banyak places yang boleh kita pilih untuk pergi.
Selain itu, resort-resort eksklusif di sana, tersangat banyak! Kadang-kadang boutique hotel yang kecil pun dah sangat cantik, serta menyediakan layanan peribadi yang sangat eksklusif, tanpa kos yang mahal.
Begitu juga, lenggok melodi bahasanya seperti “Silakan ibu, silakan bapa..” sudah cukup untuk kita rasa seperti ayanan 5 bintang.
Mudah mendapat halal food.
Citarasa mereka sangat hampir dengan citarasa kita. Kerana itu, kita boleh enjoy masa-masa honeymoon dengan menikmati sajian-sajian yang terhidang cantik, dan lazat. Ini dapat menambah rasa bahagia kala berbulan madu.
Tukar tempat honeymoon
Saya dulu bermula dengan Medan, kemudian Padang, Bandung, Phuket, Bali, Jogja, Surabaya, kemudian Bali semula. Sepuluh tahun pertama, saya hanya bhoneymoon negara-negara jiran terdekat saja. Bila dah makin lama, jika ada rezeki lebih, baru bercuti semakin jauh, dan semakin lebih tempoh masa.
My favorite honeymoon places, Bali, Bandung & Jogja. Jangan menginap dalam bandar. Ambil hotel yang out circuit sikit, sebab hotel di sana sangat banyak. Semua best-best. Semua has its own aura & persona, tak pernah jemu pergi lagi dan lagi…
Itu antara pengalaman saya.
Semoga bermnafaat buat yang mahu mencubanya..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang nak pergi honeymoon, kita pun teruja juga. Dalam checklist pasangan yang bakal berkahwin, mesti ada dimasukkan destinasi bulan madu diimpikan. Mewah atau tidak, itu terpulang kepada bajet pasangan. Kalau boleh, majlis kahwin biarlah sederhana supaya kita boleh enjoy perbelanjaan lebih mewah untuk kehidupan lepas berkahwin dan semestinya untuk honeymoon!
Selepas PKP, pusat peranginan dan pelancongan sentiasa havoc dengan pakej percutian yang hebat-hebat. Masa inilah pasangan pengantin perlu ambil peluang untuk memilih pakej yang sesuai dengan bajet anda. Ini tip untuk anda ikuti!
Tetapkan bajet
Sebelum pilih pakej, tetapkan dulu bajet yang ingin dibelanjakan. Kemudian masukkan juga bajet untuk perbelanjaan makan, penginapan, pengangkutan sepanjang di sana, serta bajet membeli-belah. Sentiasa ikut pada bajet anda. Kalau boleh, hadkan jumpah wang dalam kad debit supaya tidak berbelanja berlebihan.
2.Percutian tanpa paksaan
Kalau tak cukup bajet untuk berbulan madu, tanggungkanlah dulu. Bukan wajib pun. Mungkin anda terhalang dari segi jadual waktu kerja yang tidak mengizinkan atau keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, tentu boleh tanggungkan dulu.
3.Be open
Be open dengan pasangan sudah tentu tetapi anda perlu juga bersikap terbuka dengan pihak yang anda berurusan. Contohnya, beritahu kakitangan hotel anda datang untuk berbulan madu. Mungkin anda boleh terima ‘hadiah’ istimewa daripada pihak hotel nanti.
4.Rancang bulan madu sendiri
Kenapa nak ikut perancangan orang kalau anda boleh rancang sendiri? Sama ada anda mahu membli-belah, menikmati suasana tepi pantai 24 jam mahupun hanya duduk di kawasan hotel sepanjang masa. Bertoak-ansur juga dengan pilihan pasangan supaya tidak ada yang bermasam muka nanti!
5.Kejutan
Ini mungkin percutian pertama dan terakhir untuk anda berdua. Selepas ini, kalau ada rezeki anda tentu akan bercuti bersama si kecil pula. Jadikanlah percutian bulan madu ini paling indah untuk pasangan. Buatlah kejutan sikit. Tak semestinya suami perlu plan kejutan tapi isteri pun boleh rancang sesuatu yang sweet!
Anda sudah boleh mula merancang sesuatu untuk bulan madu. Yang pasti, poket kena ‘lebat’. Tidaklah nanti terkongkong dengan kewangan!
Kredit foto: Instagram Dato Dr Nazri Khan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara penyimpanan telur yang betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
Jangan basuh sebelum simpan
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
Basuh sebelum simpan
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
Amalan mana yang betul?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layernya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak. Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan.
*Boleh guna 2 cara ini untuk menyimpan telur di dapur rumah. Kepentingan utama sebelum masak telur adalah basuh dahulu telur dengan air dan hilangkan kesan-kesan hitam di telur. Seeloknya, simpan telur di dalam peti ais agar tahan lama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
SUMBER : https://www.bidadari.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!