Seronoknya bila dah halal. Semua benda boleh lakukan bersama-sama. Baik lelaki atau perempuan perkahwinan itu bukanlah sekadar ‘keseronokan’ semata-mata. Ada tanggungjawab yang anda perlu laksanakan.
Selepas berkahwin pasti banyak komitmen anda perlu lakukan. Namun, anda dan pasangan haruslah merancang dengan teliti apa langkah seterusnya perlu diambil selepas berkahwin.
Ingat, anda kini sudah mempunyai keluarga sendiri. Mungkin tips ini dapat membantu buat pengantin baru dalam mengurus rumah tangga.
1. Elakkan berhutang!
Kalau boleh elakkan daripada berhutang, tidak kira lah dengan kawan anda, atau keluarga sekali pun. Hidup lah bersederhana lebih baik.
2. Beli keperluan yang wajib untuk rumah dulu
Kalau berpindah ke rumah baru, beli lah barangan yang penting sahaja dulu seperti peralatan memasak, peti ais, dan kipas. Ada bajet lebih beli lah barangan tambahan seperti katil, sofa, atau tv.
Ads
3. Memasak dari membeli
Dah kalau hari-hari makan luar pun boleh habis jugak duit. Ada baiknya anda memasak sendiri sahaja dirumah daripada membeli makanan luar.
4. Tak perlu malu rumah kosong
Ads
Anda tak perlu lah malu kalau rumah lapang tanpa kerusi meja. Jangan cepat terpedaya tengok kawan-kawan, kadang-kadang mereka pun berhutang. Bersyukurlah anda masih anda tempat untuk berteduh.
5. Tak perlu ‘smart tv’, elok persiap tabung ‘baby‘
Tak payah beli tv terlalu canggih sehingga ribuan ringgit. Lebih baik anda simpan sedikit duit anda untuk cahaya mata yang akan datang.
Ads
6. Bawa bekal sendiri
Daripada anda membeli di kantin atau cafe tempat kerja anda yang belum tentu murah harganya lebih baik bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
7. Guna kenderaan yang ada dahulu
Jangan terlalu terburu-buru untuk membeli kereta. Kalau ada motor, guna sahaja dulu. Rancang duit anda dengan betul untuk membeli kereta nanti.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suka sangat bergurau suami isteri memang bagus. Orang kata itulah pengikat kasih sayang. Tetapi kena tahu juga apa yang boleh dibuat gurau, apa yang boleh menyakitkan hati isteri. Ada beberapa tip dikongsikan Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah untuk para suami yang nak ‘ikat’ hati isteri.
1) Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
2) Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
3) Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
4) Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
5) Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
6) Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
7) Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
8)Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
9) Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
10) Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gemuk/ makin kurus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usai majlis pernikahan dan resepsi, kini tibalah memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri. Antara perkara yang menjadi tumpuan pengantin baharu ialah mencari kediaman yang sesuai untuk menjadi mahligai kasih sayang. Ada yang memilih untuk menyewa, dan ada juga yang memiliki rumah sendiri. Tidak kira sama ada menyewa atau memiliki kediaman sendiri, keselesaan menjadi tarikan utama membina kehidupan.
Antara ruang yang penting untuk seorang wanita pastinya ruang dapur. Ruang dapur serta ruang makan umumnya menjadi sebuah tempat berkumpul bersama ahli keluarga. Selain itu, adakalanya banyak aktiviti yang dilakukan di kedua-dua ruang tersebut. Dalam dapur moden masa kini, kebanyakan wanita menghabiskan banyak masa di dapur dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memasak, membuat kek atau mengajar anak-anak ketika sibuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Tidak dinafikan dapur memerlukan kaedah pencahayaan yang baik supaya suasana menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah beberapa tips agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik dan bertepatan.
CHANDELIER
Lampu jenis moden ini semestinya masih sesuai digunakan di beberapa ruang dapur. Semakin banyak lampu chandelier yang ingin digunakan, sebaiknya anda memilih rekaan chandelier yang ringkas supaya persekitaran ruang dapur tidak kelihatan terlalu berlebihan.
LAMPU GANTUNG
Lampu gantung umumnya sesuai digunakan untuk ruang dapur yang berkonsepkan minimalis. Ini adalah kerana lampu gantung mempunyai karakter yang sangat ringkas seterusnya mampu menyerlahkan gaya yang elegan pada ruang dapur. Pastikan, sekiranya anda menggunakan lampu gantung pilihlah rekaan yang serupa agar selaras dengan keseluruhan dapur anda.
TRACK LIGHT
Lampu sorot yang menjalar bukan hanya berfungsi pada bahagian taman mahupun garaj sahaja. Kini, lampu tersebut boleh digunakan serta dikombinasikan dengan reka bentuk dapur moden anda. Bahkan, dengan menggunakan lampu tersebut ruang dapur anda akan terasa lebih luas serta lebar.
PLAFOND GANTUNG
Lampu jenis ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dekorasi pencahayaan ruang dapur anda. Kesan daripada penggunaan lampu jenis ini akan menyerlahkan suasana yang elegan serta ringkas. Plafond gantung tentunya boleh digabungkan dengan berbagai reka bentuk dapur yang anda miliki. Supaya kelihatan lebih menarik, anda bolehlah menambahkan lampu LED di setiap sisi plafond dengan warna-warni tertentu sehingga ruang dapur tampak lebih menarik dan moden.
INFO
TIPS MEMILIH PERALATAN LAMPU
1. Sekiranya anda sedang mengubahsuai rumah serta mempunyai bajet yang terhad untuk peralatan lampu, mulakan pemilihan anda dengan peralatan lampu di ruang makan ataupun ruang tamu. Lampu yang paling menarik dan menyerikan rumah bermula di ruang utama ini. Dari situ, lebih senang untuk anda mula mencari lampu-lampu yang lain dan membahagikan bajet pada peralatan lampu untuk bilik-bilik yang lain.
2. Sertakan bersama dalam bajet pengubahsuaian anda beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya dua hingga empat jenis lampu sudah memadai. Lampu-lampu ini amat berguna apabila anda ingin melakukan quick makeover di ruang rumah anda. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda, lebih-lebih lagi lampu meja dan lampu berdiri kerana ia boleh menjadikan ruang bilik lebih mesra suasana.
3. Jika inginkan daya tarikan pada dinding, anda boleh menggunakan sebuah lampu dinding yang menarik dan yang boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan seterusnya. Anda boleh menggunakan lampu dinding untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuat dinding lebih menarik.
4. Di kedai hardware terdapat banyak corak bal LED sentuh atau tap-on yang boleh dipasang siap dan menggunakan bateri. Jika kabinet besar ataupun almari baju anda malap dan gelap, lekatkan sahaja bal LED tap-on ini di dalam kabinet supaya anda senang melihat barang di dalamnya. Ia juga mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa memasang aliran elektrik kepada kabinet dan almari. Anda boleh menjimatkan kos memasang lampu di almari kerana menggunakannya sebentar sahaja. Kosnya amat minimal kerana menggunakan bateri biasa.
Perhatikan cara anda menggunakan lampu dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran kos pada peralatan lampu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keinginan untuk menamatkan zaman bujang memang tinggi. Tapi selalunya alasan ia terpaksa dilengah-lengahkan adalah kerana tidak cukup duit. Walaupun perbelanjaan kahwin waktu sekarang sudah tidak tinggi seperti dulu tetapi ramai yang tidak pernah membuat simpanan demi masa hadapan.
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk buat simpanan ‘paksa’ cuma kita perlu cekal untuk tidak menggunakan duit simpanan yang ada. Tetapi anda mungkin boleh mencuba buat simpanan melalui simpanan di Maybank dengan menggunakan kaedah ‘ Create Gol’. Jom kita tengok cara-cara yang dikongsikan Puan Zetty Omar.
Main Kutu Maybank2u Cara Selamat.
Aku ni dari dulu sejenis gigih menyimpan, takde takde tapi kalau korek korek mesti ada, gitu lah aku.
Konsep menyimpan ni kena betul betul gigih baru kita dapat hasil yang kita nak.
7bulan dah join dan tinggal lagi 3 bulan je untuk cukup 10k yayyyyyy!!!!
Actually, kat Maybank2u ni ada satu bahagian yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil ‘Create Goal +’.
Apa yang best kat ‘Create Goal +’ ni, first kita kena tahu apa tujuan kita nak create goal ni. Macam nak travel Jepun ke, nak beli gelang emas besar ke, nak beli body part kereta ke atau nak renew rotex kereta ke.
Pastu boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita. Lepas tu, bila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita. Automatic. Takde kes hilang duit ke, mak kutu lari ke, best kan?
Follow step by step macam mana nak start gunakan ‘Create Goal +’ tu kat Maybank2u:
1. Memula, bukak website Maybank2u www.maybank2u.com.my dan Click Login Maybank2u.
2. Scroll bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +..
3. Kemudian pilih category . Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti gift, family, travel, shopping, education, retirement dan others.
4. Pastu letakkan goal name korang. Contoh kalau target nak deposit rumah, letak depo rumah. Macam nak beli gelang besow ke, so letak ‘Gelang besow ‘
5. Dekat bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Macam I, I pilih monthly amount.
6. Click Saving Account-i
7. Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di column Goal Amount.
8. Letak berapa jumlah untuk 1st deposit. Yg ni RM10 sebagai deposit pertama pun takpe.
9. Letak berapa jumlah nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank.
10. Starting date tu letaklah setiap berapa haribulan nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita.(serius macam kutu kan?)
11. Click Start.
12. Double check semua details dulu, kalau okay boleh click Confirm.
SETTLE!!
Bila dah ada target macam ni, mudahlah seseorang itu nak buat pertimbangan untuk simpanan yang lebih teguh. Bukan tak boleh buat simpanan cara lain cuma ini salah satu cara yang boleh digunakan. Kalau selesa guna cara yang anda dah baisa, boleh teruskan. Semoga niat untuk berumahtangga dipermudahkan oleh Allah. Jangan lupa, doa, usaha dan tawakal!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!