Wahai Lelaki,

Kalau kamu sukakan seorang perempuan kamu akan rosakkan dia ke? Kalau kamu ikhlas nak kahwin dengan perempuan yang kamu sayang kamu akan rosakkan dia ke sebelum kamu menikah dengan dia? Kalau kamu cintakan seorang perempuan. Masa bercinta kamu akan rosakkan dia ke?

Kalau betul kamu tak akan menodai kesucian orang yang kamu sayang sebelum menikah. Mengapa kamu ajak dia melakukan perkara yang di benci oleh Allah?

Lelaki Yang Baik Tak Akan Menyentuh Pasangannya Selagi Belum ‘Halal’

Allah tak pernah kata zina tu hanya bila mana lelaki dan perempuan bersetubuh. You know what i meant? Allah tak kata pun bersutubuh baru jatuh hukum zina. Tapi apa sahaja jalan yang menuju ke arah zina itu juga adalah ZINA.

Saya tahu zina tak akan terjadi kalau hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi fitrahnya seorang perempuan dia tak akan mudah tewas kalau lelaki yang tak mulai dulu. Sebab sifat malu kaum perempuan itu jauh lebih mengunung tinggi daripada orang lelaki. Saya yakin kalian tahu itu.

Pokok tak akan goyang kalau tak ada angin yang mendatang. Perempuan tak akan mudah rebah kalau lelaki yang tak goda dulu. Ya, tak di nafikan memang ada perempuan yang akan goda lelaki dulu. Tapi itu cerita lain.

Lelaki.

Kalau kamu betul ikhlas nak jadikan perempuan yang kamu sayang itu sebagai isteri kamu. Jadikan dia yang halal dalam hidup kamu. Kamu jagalah dia dengan baik dan jangan rosakkan dia dengan cinta yang di dorongi nafsu syawat.

IKLAN

Lelaki Yang Baik Tak Akan Menyentuh Pasangannya Selagi Belum ‘Halal’

Kalau kamu rasa kamu dah mampu untuk menikah datanglah berjumpa walinya. Halalkan dia dengan ikatan perkahwinan yang di redhai Allah. Bersungguh-sungguhlah wahai lelaki.

Kalau niat kamu ikhlas kerana Allah, Allah pasti akan permudahkan jalan untuk kamu menghalalkan dia.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Kredit : TheMuhammadShafri