Apa nak buat lagi malam sebelum majlis, sewaktu majlis dan selepas majlis, bakal pengantin jangan risau sangat, semua akan terkawal kalau ada list ini.

Malam Sebelum Majlis Perkahwinan

  • Kemaskan Pakaian & Berinai

Sediakan pakaian pengantin dan baju nikah anda, pastikan telah diseterika. Pada malam yang sama juga, anda boleh mengadakan sesi berinai.

  • Menjaga Pemakanan & Waktu Tidur

Dapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan anda memakan makanan dan minuman yang sihat supaya tiada masalah di esok hari. Jangan ambil ringan, banyak belanja dah dikeluarkan untuk majlis gilang-gemilang ni.

Hari Perkahwinan/Pernikahan

  • Berikan Informasi Kepada Jurugambar

Di hari majlis, berikan info kepada jurugambar/juruvideo tentang orang-orang yang penting untuk dirakamkan dan diambil gambar. Supaya tidaklah nanti anda kecewa dengan hasil foto atau video yang diterima.

  • Bawa Mas kahwin, Kad Pengenalan & Cincin Pernikahan

Pastikan kesemua perkara penting tidak tertinggal, antaranya adalah seperti mas kahwin, kad pengenalan dan juga cincin pernikahan.

IKLAN

Untuk pengetahuan anda, semasa akad nikah nanti, tok kadi akan mengeluarkan surat nikah sementara. Di sini, pasangan perlu menyemak semua maklumat yang terkandung di dalamnya seperti info kad pengenalan. Maklumat ini akan digunakan untuk membuat sijil nikah.

Selepas Selesai Majlis Perkahwinan

  • Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Yang Hadir

Ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pernikahan dan perkahwinan anda. Tanpa mereka, majlis sebesar ini mustahil untuk diuruskan.

Selesaikan pembayaran kepada pihak-pihak terlibat, pulangkan semua yang disewa

Ada lagi bayaran yang tidak selesai? Semak balik resit-resit atau fail belanja kahwin anda, ada tak yang terlepas pandang?

Jangan lupa untuk mengembalikan semua yang disewa seperti busana pengantin, pelamin atau sebagainya.

  • Follow-Up Dengan Jurugambar & Juruvideo

Kekal berhubung dengan jurugambar dan juruvideo anda supaya mereka mengantar semua foto dan video yang telah dirakamkan. Takut ada yang buat-buat lupa pula nanti.

  • Mohon Kad Kahwin Original

Bila dah berjaya mendapatkan sijil nikah, anda boleh membuat kad kahwin dengan caj hanya RM40 untuk kedua-kedua pasangan. Untuk membuat kad kahwin, ada beberapa dokumen yang perlu disertakan. Anda boleh mendapatkan checklist dokumen ini daripada Pejabat Agama.

Dengan ini, selesailah sudah semua perkara yang memeningkan ramai. Diharapkan dengan adanya checklist kahwin ini, urusan majlis pernikahan dan perkahwinan anda dapat diselesaikan dengan lancar dan dengan jiwa yang tenang.

KREDIT GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES