Siapa yang susah nak minum air kosong? Ramai kan. Kebanyakkan orang sukar untuk menghabiskan satu botol air kosong sungguhpun ia memberi banyak manfaat dalam diri. Tetatpi ada caranya yang boleh membuatkan anda ‘berselera’ menikmati air kosong yang sudah difusionkan.
Infused water atau air detoks memang tidak asing lagi. Semua orang pasti tahu akan kebaikan air detoks apatah lagi pada bakal-bakal pengantin. Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan.
Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membuatkan bakal pengantin nampak lebih berseri!
Di antara kebaikannya:
Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.
Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.
Ads
Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.
Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.
Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.
BAHAN RENDAMAN
Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.
Ads
Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.
Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.
Buah melon: melon atau tembikai.
Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.
Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.
Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.
Ads
Rempah: halia, kayu manis atau lada.
TIP MINUMAN
Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja.
Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.
Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori! Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Selangkah ke alam perkahwinan kehidupan anda akan jauh berbeza dengan bujang dahulu. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.
Malah, jika sudah berkeluarga, anak-anak adalah keutamaan anda. Komunikasi adalah penting dalam sesebuah hubungan. Jika ada masalah bincang. Jangan pendam. Itu adalah salah satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Sebenarnya senang je nak kekalkan hubungan ni kalau kita juga menjaga hubungan dengan yang maha esa. Mungkin tips ini dapat membantu anda.
1 – Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.
2 – Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
3 – Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.
4 – Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.
5 – Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.
6 – Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.
7 – Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.
8 – Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.
9 – Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
10 – Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik? Buat bakal pengantin anda pasti berussha untuk tampil menyerlah di hari bahagia nanti. Usah perlekehkan manfaat dari bahan semulajadi yang ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya ialah minyak kelapa yang jauh lebih selamat malah memberi kesan memukau pada wajah andai sering diamalkan.Ketahui kelebihannya.
Minyak Kelapa Berfungsi Untuk Melembapkan Kulit
Salah satu manfaat minyak kelapa untuk wajah cantik ialah melembapkan kulit secara semulajadi. Minyak kelapa akan menghidrasi kulit wajah sehingga boleh dijadikan pengganti pelembap malam yang baik. Kelebihan lain minyak kelapa ini selamat digunakan sebagai produk kecantikan sehari-hari.
Penggunaan minyak kelapa ini cukup mudah. Tuangkan minyak kelapa sebanyak 2 sudu makan ke dalam bekas kecil dan sapukan ke wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 20 minit hingga setengah jam sampai minyak kering dan anda boleh tidur. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.
2. Minyak Kelapa Mampu Atasi Masalah Jerawat
Sangat banyak bahan semula jadi yang boleh mengatasi masalah jerawat dan salah satunya ialah minyak kelapa. Khasiat yang terkandung dalam kelapa membolehkan jerawat akan lebih cepat hilang dan lebih mudah dicegah.
Penggunaannya mudah, tuangkan minyak kelapa ke dalam bekas kecil dan pada masa yang sama siapkan juga kapas bulat bersih. Celupkan kapas bersih tersebut ke dalam minyak kelapa dan letakkan ke seluruh wajah yang berjerawat. Biarkan selama 20 minit hingga minyak kelapa di wajah kering kemudian bilas menggunakan air bersih. Lakukan rawatan ini setidaknya 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.
3. Minyak Kelapa Dapat Mencerahkan Kulit Wajah
Ternyata minyak kelapa juga dapat mencerahkan kulit wajah yang menjadikannya manfaat minyak kelapa untuk wajah berseri. Penggunaannya sama seperti menjadikan minyak kelapa pelembap wajah semula jadi, sapukan saja sedikit minyak kelapa ke seluruh bahagian wajah setiap malam. Apabila sudah kering, tidurlah seperti biasa. Lihat sedikit perbezaan yang terjadi keesokan paginya.
Dengan melakukan perkara ini 2 kali seminggu, kulit anda akan kelihatan lebih cerah dibandingkan biasanya. Hindari menggunakan minyak kelapa di pagi atau siang hari kerana bila terkena kotoran atau pencemaran, pori-pori di wajah memiliki kemungkinan tersumbat yang boleh menghasilkan jerawat.
4. Minyak Kelapa Dapat Mengurangkan Alergi Mahupun Infeksi
Jika kamu memiliki penyakit kulit yang juga menyerang bahagian wajah, jangan bimbang kerana minyak kelapa ternyata dapat mengubatinya secara cepat, termasuk mengubatinya di bahagian kulit yang lain. Sapukan saja minyak kelapa yang disimpan ke seluruh bahagian kulit yang gatal atau terluka dan biarkan selama beberapa minit tanpa menggaru atau menyentuh bahagian kulit tersebut sehingga penyakit tidak akan tambah.
Alergi mahupun infeksi tersebut akan lebih cepat hilang dan tidak meninggalkan bekas. Lakukan rawatan ini segera setelah anda mendapat infeksi dan tetap lakukan hingga alergi mahupun infeksi tersebut benar-benar hilang dan pergi dari tubuh.
5. Minyak Kelapa Berupaya Menegangkan Kulit
Minyak kelapa juga sangat baik untuk orang dewasa yang mulai mengalami penuaan kerana mampu menegangkan kulit. Sapukan sedikit minyak kelapa setelah mandi setiap malam ke bahagian wajah yang mulai berkerut. Jika dilakukan setiap hari, wajah akan menjadi lebih anjal dan anda akan kelihatan beberapa tahun lebih muda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kena ingatkan banyak kali, jangan impikan isteri sempurna dalam perkahwinan. Berharap isteri cantik setiap hari, teratur kemas segala benda, dan semua terhidang tepat pada waktunya. Ini kena betulkan.
Nak tahu lebih jelas situasi seorang wanita bergelar isteri, jemput baca perkogsian Puan Farhanah Ibrahim ini. Pasti anda lebih memahami tentang sebuah perkahwinan.
Jangan Impikan Isteri Sempurna
Ya, masa awal nikah, rumah sentiasa kemas, bilik tidur wangi, cadar katil simetri, bantal pun susun selari, bantal peluk betul-betul centre kat tengah katil.
Tak ada satu sampah pun atas lantai. Pintu almari tertutup rapi. Langsir dihias seimbang kanan dan kiri. Tingkap licin tak ada sebutir kotoran. Bawah bantal tersedia daun pandan. Fuh, harumnya bau wangi-wangian!
Isteri pun mekap comel-comel, tangan kaki berinai. Buku lali ada gelang loceng bunyi ting ting ting. Pakai pula baju seksi. Rambut letak bunga-bungaan. Perfume sampai 15 jenis. Mata kening terkebil-kebil nak goda suami. Excitedlah toklaki. Nak keluar gi mengail pun tak jadi.
Bila Sudah Bertahun Kahwin, Ini Jadinya
Tetapi bila sudah 6 tahun nikah, semua dah berubah. Hilang sudah kecantikan si isteri.
Dah tak wangi, jarang pakai baju seksi. Atas kepala dah tak ada bunga-bungaan menghiasi. Rumah pun dah start bersepah.
Bawah bantal dah takda daun pandan, yang ada taik kucing (gurau). Ustaz kata, sebab tulah suami malas nak balik rumah. Sebab isteri dah tak pandai jaga suami. Pergi main badminton, pergi mengail, pergi main dam 3-4jam layan kawan-kawan lelaki lagi seronok.
Cuba kalau isteri buat macam malam pertama. Comel, seksi, wangi, pastu menari pulak. Fuh, kompom suami tak gi keluar dah. Melekat saja di rumah.
Semua Harap Isteri Buat
Bukanlah niat nak membela wanita. Cuma takut ramai lelaki salah faham, terutama yang belum nikah. Risau para lelaki semua masuk ke gerbang perkahwinan hanya harapkan kepuasan nafsu semata. Saya juga risau lelaki-lelaki berkahwin dengan mindset:
“Balik keja isteri kena tunggu depan pintu, siapkan air teh panas untuk aku.”
“Isteri kena layan nafsu aku setiap hari.”
“Senanglah lepas kawin nanti, dah tak payah susah-susah basuh baju, sidai kain, lipat baju. Uniform kerja pun ada orang gosokkan setiap malam, bolehlah bangun lewat sikit.”
“Untunglah lepas kawin nanti, hari-hari ada isteri masakkan. Bangun pagi pun breakfast dah tersedia, tak adalah kena makan mamak dah pepagi.”
“Bestnya lepas kawin, ada orang kemaskan rumah, lepas makan pun takyah basuh pinggan dah, isteri buat semua.”
Seolah-olah pernikahan itu satu #KESENANGAN untuk lelaki tapi #KESUSAHAN untuk wanita.
KEUNTUNGAN untuk lelaki tapi BEBANAN untuk wanita.
Sedangkan si isteri kat rumah hari-hari macam medan perang. Dari celik mata sampai pejam mata semua benda dia urus seorang.
Kahwin Seminggu Tak Sama Kahwin Bertahun
Mungkin situasi lepas 6 tahun kawin dah tak sama macam 6 hari pertama lepas kawin. Lepas 6 tahun kawin, anak dah berderet ustaz, 4 orang rapat-rapat, selang 1-2 tahun sorang. Berdua-duaan dengan suami TAK SAMA DAN TAK AKAN SAMA dengan hidup dengan anak-anak kecik yang perlu diuruskan.
Anak yang 5 tahun & 3 tahun biasanya juara berkreativiti (baca: sepahkan rumah). Jadi selalunya baru kemas rumah tak sampai 5 minit dah sepah semula, itu biasa. Baru habis mengemop dah ada yang terbabas kencing atas lantai, itu biasa.
Anak yang 2 tahun dan 2 bulan pula masih menyusu badan. Mungkin kain baju yang berbasuh tak sempat nak sidai, yang dah kering belum sempat nak lipat. Sebab selang 1-2 jam, si kecil 2 orang tu nak menyusu tandem kanan dan kiri.
Mungkin juga dapur tak sebersih dulu, lantai tak sekilat dulu. Yelah, baru nak kemas, empat-empat anak meraung berebut perhatian si ummi.
Baru nak sinsing lengan basuh pinggan, yang sulung terkencing pulak dalam seluar, yang kedua terberak, yang ketiga main kasar dengan adik, yang baby dah menangis sebab sakit.
Sungguh tak sama, dah nikah 6 tahun dengan baru nikah 6 hari. Mandi pun kadang ala kadar, apatah lagi nak berseksi-seksi berwangi-wangi. Badan pun cuma mampu pakai “perfume” natural bau susu masam setiap hari.
Anak bangun menyusu gilir-gilir sepanjang malam, kadang terlalu exhausted sampai tak terlayan kehendak suami.
Merancang Keluarga Pun Kelaut
Nak ambil perancang, suami pula tak bagi. Kata cik abang, dapat baby tu kan rezeki. Lebih sadis kalau ditambah dengan BABY TUA yang bernama suami, tapi tak pandai urus diri sendiri, dan tak pula ringan tulang bantu isteri.
Suami hanya tahu bila balik kerja, rumah kena tiptop. Makanan terhidang atas meja. Anak-anak bersih dan wangi. Kain baju dah siap basuh dan berlipat rapi. Baju untuk esok dah siap gosok hari ini. Nak tolong basuh pinggan? Hello, tu tugas isteri.
Nak sidai kain kat luar? Eh, kang jiran kata aku kena queen control nanti. Nak basuh berak anak? Sori aku geli. Nak vacuum dan mop rumah? Jatuhlah maruahku sebagai suami.
Nak lipat kain? Uii dayuslah aku macam ni. Jika begini, janganlah harapkan layanan 5 star dari isteri.
Kalau suami langsung tak bother nak bantu uruskan anak & rumahtangga sekali. Isteri itu pun manusia biasa. Bukan robot, bukan malaikat. Dia punya perasaan. Dia juga keletihan.
Sedangkan Nabi pun uruskan dirinya sendiri, jahit baju sendiri, repair kasutnya sendiri, ringan tulang bantu isteri, angkatkan air dan perahkan sendiri susu kambing untuk santapan keluarganya.
Nabi sangat berlembut terhadap isteri, jaga hati isteri, tak pernah tinggi suara apatah lagi maki hamun isteri.
Dengan akhlak suami yang begitu mulia persis sang Nabi, selayaknyalah Nabi sebut, “Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami.”‘
Suami sebegini memang layak dapat penghormatan dari isteri, bukan saja sebab suami tu bagi nafkah kat isteri, bukan saja sebab kedudukan (dan tanggungjawab) suami lebih tinggi, tapi juga sebab suami tu sendiri sangat muliakan isteri.
Tapi sayang, hadith ini selalu disalahguna nak agungkan kedudukan lelaki sampai boleh buat isteri macam #hamba, kerah isteri macam #bibik sampai takda sikit pun tenaga yang tersisa.
Ramai sangat isteri yang berkorban sampai TERKORBAN.
Terkorban kesihatan fizikal.
Terkorban kewarasan mental sampai depresi.
Terkorban kecantikan dan pengurusan diri.
Terkorban ketenangan emosi.
Terkorban amal ibadah fardhu.
Hanya nak ajak sama-sama bermuhasabah. Bahawa perkahwinan memang SUSAH DAN BERAT bagi seorang isteri, TAPI JAUH LEBIH BERAT bagi seorang lelaki bergelar suami. Suatu TANGGUNGJAWAB BESAR yang menambah beban buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.
Hebatnya Isteri!
Bukan berniat nak lebihkan wanita berbanding lelaki. Hanya reflection terutama untuk diri sendiri. Ramai suami-suami hebat yang tak kekok buat kerja rumah, tak kisah tukar lampin anak, ringan tulang lipat kain kemas rumah, walau di celah-celah kesibukan mencari nafkah, walau saban malam sibuk dengan urusan dakwah tarbiyah. Anda semua suami mithali, moga Allah berkati hidup tuan-tuan.
Dan tabik spring juga untuk isteri yang banyak handle urusan anak-anak dan rumah sendiri, tanpa rehat, tanpa cuti.
Tetapi jangan lupa tentang kesihatan fizikal dan mental, berhenti bila penat dan buat setakat mana tubuh badan mampu.
Owh ya, jangan lupa berterima kasih buat encik suami yang mengemudi keluarga penuh santun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!