Baju kerja suami banyak warna putih, bila terkena kesan karat akan jadi kekuningan, sehingga boleh menyebabkan baju terus kelihatan bertompok dan buruk. Jangan terus dibuang, cuba lima cara ini untuk hilangkan kesan karat itu.
Cara 1:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat.
Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh
.
Cara 2:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalam air garam.
Ads
Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh
Cara 3:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya.
Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh
Ads
Cara 4:
Sental buah belimbing buluh masak pada bahagian pakaian yang terkena karat.
Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh.
Ads
Cara 5 :
Taburkan sedikit bedak pada bahagian yang kena karat.
Biar beberapa minit dan cuci dengan sabun.
Bingkisan hantaran diwarnai penuh rona romantis buat insan tersayang.
BAHAN-BAHAN:
Tepak Sirih
Gunting
Span hijau
Daun sirih
Batang lidi
Bunga pinang
Bunga hiasan
Pelilit hijau
LANGKAH-LANGKAH:
1. Cucuk daun-daun hiasan ke atas span hijau. 2. Kemudian, ambil daun sirih yang siap digulung bersama lidi dan cucukkan ke dalam sirih junjung.3. Hiaskan dengan bunga hiasan. 4. Letakkan bunga hiasan di sekeliling sirih junjung.5. Cucuk bunga pinang. 6. Letakkan penutup tepak sirih di sisi bekas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vanilla Blue Ice Cream antara minuman yang tular di media sosial dan ramai yang telah mencubanya. Air biru yang nampak cukup menyelerakan ini mudah sahaja untuk dibuat. Setiap kali berbuka tentunya minumanlah yang dicari berbanding makanan.
Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Paling penting bagi isteri yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan terutama pengantin baru, minuman ini tersangatlah mudah untuk disediakan.
Nikmatnya terasa bila dapat berbuka puasa dengan air Vanilla Blue Ice Cream. Terasa sejuk bila lalu ditekak. Warna biru itu yang buat minuman ini rasa sangat menggamit selera.
Berikut perkongsian Nordiana Ab Kadil seperti yang dikongsikannya di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
RESIPI VANILLA BLUE WITH ICE CREAM
BAHAN:
3 cawan air masak
5 esen vanila (boleh guna penutup botol esen)
Setengah tin susu pekat manis Saji
Satu tin susu sejat cair Saji
Pewarna biru (guna 1 penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanilla
CARA MEMBUAT:
1.Campurkan semua bahan-bahan (kecuali aiskrim). Kacau rata biar sebati.
2.Ketika hendak hidang, boleh letakkan aiskrim perisa vanilla di atas minuman yang dituang di dalam gelas. Kacau rata untuk dapatkan rasa vanilla yang sempurna.
3. Inilah hasilnya. Memang mengundang betul ‘rupa parasnya.’
Bagusnya Dato Alha Alfa kongsi tip buat pewangi rumah sendiri, jimat poket suami isteri yang suka suasana kemas dan bersih.
Kalau sebelum ini anda terus beli pewangi yang sudah siap, kali ini apa kata cuba DIY sendiri, yang penting wangi dan tahan lama. Barulah pasangan kita selesa duduk rumah.
Tip Buat Pewangi Rumah
Bahan-bahan:
Baking soda – 2 sudu
Ajax Fabuloso – 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran.
Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan cita rasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Cara membuat:
Satukan semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas.
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Ingat, anda boleh mengubah jumlah minyak pati atau jenis minyak pati yang digunakan untuk mencipta pewangi yang sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, sesuaikan juga jumlah garam dan vinegar mengikut keperluan anda.