Merakamkan gambar perkahwinan antara momen menarik yang pastinya menjadi kenangan buat setiap pasangan suami isteri. Bagi pelakon Lisdawati, dia sanggup bersanding sekali lagi di atas pelamin bersama suami, lengkap berpakaian pengantin kerana mahu foto perkahwinannya kelihatan sempurna dalam keadaan menutup aurat.
Memetik laporan Kosmo Online, Lisdawati atau nama penuhnya Nisdawati Nazaruddin, 44, terkilan apabila gambar pernikahannya bersama suami juga pelakon, Fauzi Nawawi yang dipotretkan 15 tahun lalu tidak dapat dikongsikan. Ketika itu dirinya masih belum berhijab dan menutup aurat.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.
“Jadi sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” jelasnya.
Cerita pelakon yang mencipta nama menerusi filem KL Menjerit itu lagi, sewaktu pernikahannya dahulu, dia mengenakan persalinan berwarna hijau dan songket kuning sewaktu majlis resepsi.
Ads
“Kenangan terindah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ini sahaja yang dapat kami simpan untuk cucu cicit kami… Terima Kasih semua yang hadir ke majlis ringkas kami,” tulis Lisda ruangan kapsyen.
Sementara untuk persandingan ‘ganti’ kali kedua ini, dia memilih busana berona biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih sewaktu resepsi.
“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” jelasnya.
Ads
15 tahun hidup bersama, pelakon yang kini bergelar nenek kepada dua orang cucu itu berkata, perkahwinannya juga tidak terkecuali mengalami proses pasang dan surut.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah. Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.
Ads
“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” katanya.
Untuk info, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14, Nur Aina Fazneesya,13, Ahmad Nur Fyrdaus, 8, dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.
Lisdawati juga mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 27, Fareez Hazwan, 25, Nurul Hana Farisya, 23, dan Mohd. Fikri Hakimi, 20.
Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak kesayangan selamat menjadi suami. Begitulah juga dengan penyanyi era 80’an yang popular dengan lagu ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’, Azian Mazwan Sapuwan. Majlis pernikahan dan resepsi yang diadakan di kediaman pengantin perempuan baharu sahaja berlangsung minggu lalu.
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Pada majlis akad nikah yang berlangsung pada 13 Ogos 2022, Mohammad Ashraf Zulkarnain selamat bergelar suami kepada Mel Che Murni Atiera Nurfatehah. Mereka sekeluarga mengenakan busana rona putih. Wow, nampak suci berseri sangat!
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Pasangan pengantin Ashraf dan Mel pun sama cantik dengan busana putih. Ucapan dari seorang ibu semestinya yang paling menusuk ke kalbu…
13.08.2022 ~ Sabtu.Majlis akad nikah anakanda dan pasangannya selamat berlangsung pagi td..ALHAMDULILLAH. Doakan ye semoga rumahtangga yg dibina berkekalan, berbahagia hingga akhirnya. Doa mama.. Abang & Mel selamat menempuhi alam perkahwinan, alam yg penuh ranjau dan duri. Jadilah suami yg soleh dan isteri yg solehah. Semoga dikurniakan limpahan rezeki, kesihatan, kesabaran dan nikmat yg diberkati..aamiin ya rabb. Selamat datang ke dalam keluarga kami Mellll dan SELAMAT PENGANTIN BARU Abang & Mel ❤️❤️
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Selesai majlis akad nikah, keesokannya pasangan ini melangsungkan majlis resepsi sebelah pihak perempuan. Bila meninjau ruangan komen, Azian turut menjemput beberapa tetamu untuk menghadiri majlis sebelah lelaki yang akan diadakan di Terengganu.
14.08.2022 Majlis Resepsi (sebelahpihakpengantinperempuan). ALHAMDULILLAH selesai majlis resepsi dan bersanding meraikanpengantinbaru .. MOHAMMAD ASHRAF ZULKARNAIN ❤️ MEI CHE MURNI ATIERA NURFATEHAH Kepadasebahagiansaudara mara dan sebahagian kwn2 rapatygturutsertadlmrombongan TERIMA KASIH bnyk2 sayaucapkan👏Mohon maafjikaadakekurangan di sanasini. LOVE SEMUA❤️❤️❤️ Saya juga mohonmaafkepadaygtakdptjemputan👏,harapmemahami. Mohon doasemuasemogamerekaberduadapatmelayarialamrumahtanggadgnbaik, diberkati dan menjadisuamiisteriygsoleh dan solehah..aamiin🤲..
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Tahniah Azian dan keluarga. Buat pasangan penagntin, selamat melayari bahtera perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan suami isteri nak murah rezeki dalm rumah tangga tetapi kurang sedar ada banyak perkara yang terlepas pandang dan langsungtak pernah amalkan.
Jom kutip perkongsian yang baik-baik daripada saudara Firdaus Mokhtar ini, inshaa Allah bahagia akan datang masuk dalam rumah tangga tanpa disangka-sangka.
Nak Murah Rezeki
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
Duit Belanja Jangan Buat-buat Lupa
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jalan terbaik untuk bahagia, berkawan dengan suami. Ada masalah atau rasa tekanan hidup, luah pada pasangan. Kerana dia boleh jadi pendengar yang baik dan penyimpan rahsia paling dipercayai.
Begitulah kehidupan selepas sah jadi suam isteri, ada masalah sebaiknya berkongsi tentang rasa. Jangan disimpan dalam hati. Inilah yang dipesan oleh pemilik produk Rohina, Puan Nia Syaqiera buat pasangan suami isteri.
Berkawan Dengan Suami
Buat masa sekarang, berkawanlah dengan cuma suami kita. Nak bercerita apa apa , ceritalah cuma pada suami kita.
Percayalah anda tidak boleh percaya pada semua orang lebih lebih lagi orang yang paling rapat dengan anda.
Ramai manusia bermuka dua sekarang. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain . Dulu burukkan orang lain depan kita, sekarang burukkan kita depan orang lain.
Kadang kita fikir orang nak tengok kita berjaya , tapi trust me , tak semua. Yang confirm nak tengok kita berjaya tentulah pasangan dan keluarga kita atau leader kita sahaja.
Kita mungkin tak nampak perangai sebenar orang sekeliling kita. Walau awak kawan 10 tahun pun, belum tentu dia betul betul sayang you, percayalah.
Sebab itu pilihlah untuk bersama orang yang memang sekatil dengan kita. Kita tidur di lantai, dia pun ikut tidur di lantai. Yang susah senang dengan kita selain keluarga kita, tentulah pasangan kita.
Fokuslah pada mereka, itu sahaja jalan paling mudah untuk bahagia dalam rumah tangga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!