Memiliki kulit bebas daripada bintik hitam atau ‘blackhead’ memang menjadi idaman setiap wanita. Masalah bintik hitam pada kulit wajah mungkin tidak memberikan kesan kepada kesihatan. Bagaimanapun keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan diri individu yang mengalaminya terutama bakal-bakal pengantin yang sedang menghitung hari bahagia.
Bintik hitam cukup sinonim dengan benjolan putih seperti nasi ini terjadi akibat penyempitan liang pori membuatkan minyak terkumpul. Ia biasanya muncul di sekitar hidung, dada, lengan dan bahu.
Ia turut jelas kelihatan pada individu yang memiliki pori-pori terbuka yang pastinya menjejaskan penampilan diri. Sebaiknya bintik hitam ini dicegah atau dirawat sebelum semakin merebak dan memenuhi keseluruhan wajah sehingga sukar dirawat.
Memicit bintik hitam menggunakan tangan bukan cara terbaik menghilangkannya. Sebaliknya ia dapat dikurangkan menerusi penggunaan produk perawatan kulit wajah yang sesuai.
Berikut dikongsikan produk-produk yang mampu merawat masalah bintik-bintik hitam pada kulit wajah.
INNISFREE SUPER VOLCANIC PEEL OFF MASK 2X (100 ML)
Ads
Produk face mask tanah liat ini berfungsi untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada kulit wajah. Ia juga membantu menghilangkan kekotoran yang melekat pada liang pori dengan penyerapan sebum dua kali ganda lebih berkuasa.
Face mask ini juga membantu melancarkan tekstur kulit dan mengurangkan sebum berlebihan. Sesuai digunakan sebelum memulakan solekan untuk memberi tenaga pada kulit wajah.
THE BODY SHOP TEA TREE SKIN CLEARING CLAY MASK (100 ML)
Diperkaya dengan minyak Tea Tree dari Kenya, masker ini membantu membersihkan kotoran sambil menyerap sebum berlebihan, menjadikan kulit terasa tenang dan kelihatan lebih bersih. Selain itu, mask dengan minyak Tamanu dan Tea Tree lemon ini membantu mencegah jerawat dan memudarkan bintik hitam dengan penggunaan yang kerap.
Ads
EUNYUL PORE TIGHTENING BLACK MASK (50 ML)
Face mask jenis ini berkesan untuk menghapuskan blackhead dalam hanya beberapa hari sahaja jika anda memakainya secara konsisten. Ianya jenis ‘peel-off mask’ dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti charcoal (arang). Mengandungi ekstrak Bambusa Vulgaris Leaf dan Tea Tree ia membersihkan liang pori tersumbat. Tiada lagi kesan kulit kusam!
SECRET NATURE VOLCANIC ASH PORE PACK
Ads
Face mask dari jenama Secret Nature ini sangat berkesan untuk mengeluarkan blackhead atau whitehead serta sel-sel kulit mati dan sebum berlebihan pada wajah. Produk ini juga boleh digunakan sebagai rawatan kulit jerawat, mengecutkan liang pori dan menghalang pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan iritasi atau bintik hitam.
NIVEA LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum
Rangkaian NIVEA LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum yang baharu mengandungi LUMINOUS630. LUMINOUS630 juga dipatenkan dan terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi serta turut diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology yang terkenal di dunia, JID. NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum merupakan ciptaan anti bintik hitam terobosan yang dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu tanpa merosakkan kulit.
Rangkaian penuh NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata. NIVEA telah menerima pengiktirafan dari “Malaysia Book of Records” untuk ‘Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam. Ribuan rakyat Malaysia memberi testimoni positif terhadap ujian dan bukti revolusi NIVEA LUMINOUS630. Lebih dari 90% pengguna sebenar produk bersetuju dengan kandungan terobosan LUMINOUS630 yang sangat efektif dalam melawan bintik hitam.
Selepas beberapa lama tidak mempunyai sultanah sendiri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Krediti: @koleksi_sultanmuhammadv
Secara rasminya, perlantikan itu membawa kepada gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, yang dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Sultanah of Kelantan”.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
“Pengisytiharan ini dilakukan menurut Fasal (!) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.”
Krediti: @koleksi_sultanmuhammadv
Dalam pengisytiharan yang sama, baginda juga memperkenankan Che Puan Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan kuat kuasa hari ini.
Kredit foto: Instagram Koleksi_Sultan Muhammad V
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggungjawab seorang suami bukan sekadar menyediakan keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi sahaja kepada isteri tetapi juga daripada segi menjaga perasaan isterinya.
Menghiburkan isteri juga antara tanggungjawab suami. Ia dianggap sebagai salah satu nafkah seorang suami kepada isterinya.
Melalui perkongsian Taufiq Razif yang merupakan Penulis dan Pendidik Ilmu Keibubapaan, tidak perlu pun keluarkan ‘belanja yang mahal’ untuk menghiburkan isteri. Ikuti perkongsiannya.
Punya la bahagia isteri saya baru ni.
Baru ni kami kebetulan lalu sebelah kedai Eco. Tiba-tiba dia menonong je masuk ke kedai Eco. Macam budak kecik yang laju je meluncur ke depan kalau mak ayah tak pimpin dia punya tangan.
Saya perhati je mimik muka dia bila masuk ke ke situ. Ceria lain macam! Padahal shopping dekat Eco je pun. Tapi dia punya suka tu lain macam.
Sebenarnya dia bukan tengok harga sangat. Dia cuma nak ‘break the routine’ je.
Tak perlu bagi alasan benda tu semua menghabiskan duit. Ingat, jaga suasana hati isteri ni adalah tanggungjawab seorang suami juga. Tu yang ramai tak tahu.
InsyaAllah bila isteri makin tenang dan bahagia dia akan makin mudah untuk bahagiakan suami dan anak anaknya.
Percayalah, masa tu tak payah dan nak suruh itu suruh ini, depa sendiri yang akan buat yang terbaik untuk pasangannya!
Akhiri status duda, pelakon Hafidz Rohsdi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Athira Yuhada.
Majlis pernikahan Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dengan pasangan berlangsung di Glasshouse Event Space Glenmarie, Shah Alam.
Hafidz Rohsdi Tamatkan Status Duda
Berita ini dimaklumkan sendiri aktor tersebut menerusi Instagramnya dengan kapsyen: “Alhamdulillah” berserta tanda pagar HafidzAthira.
Dengan sekali lafaz, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akhirnya memperisterikan Athira yang sebelum ini didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Selepas selesai akad, tetamu dilihat bersorak beramai-ramai menunjukkan keterujaan atas pernikahan merpati dua sejoli itu.
Wang Mas Kahwin
Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.
Sebelum ini, tular kad undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira tanpa mendedahkan butiran lanjut selain memaklumkan tarikh majlis.
Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.