Pernah diuji dalam rumah tangga, pelakon, Zamarul Hisham berkongsi perasaaan dan macam mana dia bermuhasabah diri apabila melalui detik hitam itu.
Menerusi portal Xtra, Zamarul membuat keputusan untuk kembali bersatu dengan Diana Rafar selepas tiga bulan berpisah.
Banyak Muhasabah Diri
“Soal rumah tangga ini sensitif sikit dan setiap apa yang berlaku ada kisah berlainan tetapi keputusan tetap sama iaitu mungkin berlaku perceraian.
“Pengalaman saya ketika berpisah dahulu saya banyak muhasabah diri. Lepas solat saya tanya pada diri saya ‘kenapa aku kahwin dengan dia?’ bukan ‘kenapa aku bercerai dengan dia?’.
“Saya juga tak tahu kenapa saya ambil keputusan begitu. Saya dapat keputusan dimana hati saya tenang. Saya juga tak bermusuh,” katanya lagi.
Masih Panjang Jodoh
Menyifatkan tempoh itu adalah peringatan yang diberikan Yang Maha Esa kepadanya, Zamarul berkata tiada sekelumit dendam dan musuh terhadap Diana ketika itu.
Ads
“Disitulah mungkin Allah panjangkan jodoh kami. Lepas kami rujuk, baru saya faham yang Allah beri peringatan untuk perbetulkan apa yang kurang. Alhamdulillah, hubungan itu dah indah dan lebih mesra.
“Susah nak cakap sebab hati dan rasa ini datang dari DIA. Mungkin juga sebab saya muhasabah diri. Saya banyak berseorangan.
“Dan saya letak tidak ada dendam dan juga musuh. Saya tak mahu kemudian hari ada cakap-cakap yang tidak elok.
Ads
Zamarul Hisyam Syukur Dengan Perancangan Allah
Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga bersyukur apabila Tuhan tidak takdirkan dia untuk menemui pengganti dalam tempoh tiga bulan tersebut.
“Selepas bercerai, saya boleh buat keputusan sendiri dengan saya boleh sahaja temui cinta baru dalam hidup tetapi saya tak fikir ke arah itu.
“Ia ibarat Allah selamatkan saya supaya saya tak tergerak hati fikir ke situ dan mungkin kerana itu juga Allah satukan kami kembali.
Ads
“Diana juga sama, ketika itu dia tidak berkawan dengan sesiapa. Dia juga muhasabah diri,” ujarnya.
Zamarul juga sempat menitipkan pesanan buat pasangan yang sedang menempuhi detik sukar dalam rumah tangga.
“Andai kata berlaku pergaduhan ataupun perceraian, cuba tanamkan di hati dengan soalan ‘kenapa aku pilih dia’, ‘kenapa aku kahwin dengan dia’ dan ‘kenapa Allah jodohkan aku dengan dia’.
“Kita akan dapat jawapan. Selepas berkahwin pula kita akan nampak kekurangan dia. Bila masing-masing nampak kekurangan itu, maka perlu duduk berbincang.
“Dan di situ akan berbalik kepada ego, kalau masing-masing ego, masalah tak akan selesai. Dan jika masing-masing buang ego, Insya-Allah sekiranya jodoh masih panjang, perkara itu akan berjalan lancar,” titipnya.
Untuk rekod, Zamarul dan Diana mengesahkan lafaz rujuk pada 14 Mei 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas kira-kira tiga bulan cerai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa pelik tak deko bilik tanpa katil? Eh, biasanya kalau yang baru kahwin, baru nak mula hidup. Jadi nak pulun beli semua perabot, tak mampu. Jadi cuba cedok idea ini.
Malah selepas kahwin ada anak kecil pun, lagi lah berguna dan sesuai. Tidak lah anak bergolek ke bawah. Risau ya, kalau anak jatuh katil tanpa sedar.
Kalau ada yang dalam situasi ini, boleh ikut idea bilik tanpa katil daripada oleh Tri Puryana.
Menurutnya idea ini diambil dari Pinterest, awalnya dibuat untuk bilik anak perempuan tapi bila rasa selesa tidur tanpa katil, idea ini turut dibuat pada bilik lain.
Bilik anak perempuan yang dah siap. Walau tiada katil, head board tetap ada.
Ini bilik lain tapi proses sama dengan bilik anak perempuan. Pasang kayu untuk tinggikan dari lantai dalam 20cm.
Dah selesai pasang kayu, semua kerja ini guna khidmat kontraktor.
Bilik ini pun ada kepala katil walaupun bukan katil. Siap wiring untuk lampu atas kepala. Buat laci kanan dan kiri serta suis supaya tak berebut dengan orang sebelah.
Dah siap satu lagi bilik. Belum deko lagi sebab anak masih kecil.
Tak pelik pun kalau isteri keluar kerja dan suami pula jaga anak di rumah. Nak-nak zaman sekarang.
Namun apa yang menjadi isu adalah apabila hanya isteri yang keluar mencari nafkah buat keluarga sementara suami menguruskan anak.
Isteri Keluar Kerja Cari Rezeki
Peranan yang sepatutnya dibuat suami bertukar tangan kepada isteri membuatkan timbul tanda tanya, boleh ke?
Jom kita fahami dengan baik hukum isteri bekerja demi menyara keluarga seperti yang diterangkan Dr Zulkilfi Mohammad Al-Bakri ini.
Menerusi soalan yang ditanya di laman Maktabah Al Bakri, seorang penjawat awam dikatakan sudah berbincang dengan suami dan membuat persetujuan bersama hanya isteri yang bekerja.
Tetapi dia mula berbelah bahagi apabila mendengar ceramah mengatakan rezeki tak akan berkat dan sentiasa berkurangan.
Boleh Tapi Bersyarat
Menurut Datuk Dr Zulkifli, adalah harus dan dibolehkan untuk wanita keluar berkerja berdasarkan garis panduan dan dhawabit berikut:
Niat ikhlas bekerja kerana Allah SWT
Mendapat keizinan bapa atau suami.
Tidak mengabaikan tanggungjawab rumah tangga, suami dan anak-anak sekiranya telah berkahwin.
Tidak menimbulkan sebarang fitnah ketika keluar bekerja dan ketika pulang
Tidak berpakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan juga tidak bergaul secara bebas.
Jelas beliau lagi, tidak menjadi masalah untuk si isteri bekerja dengan syarat menepati garis panduan.
Suami Tak Boleh Lepas Tangan Bab Nafkah
Dalam masa yang sama, si suami tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kerana ia kewajipan ke atas seorang suami.
Datuk Dr Zulkifli menasihati suami di luar sana supaya mencari kerja yang sesuai dengan kemampuan supaya peranan sebagai suami dapat dijalankan.
Beliau faham zaman kini suami dan isteri perlu bekerja untuk menyara keluarga lebih-lebih lagi kalau ada anak.
Komitmen semakin bertambah, semua nak kena bayar dan kelengkapan rumah kena cukup, belum masuk bab keperluan diri, hutang, bil air/elektrik, sewa rumah dan seumpamanya.
Begitulah hakikat tentang mencari rezeki zaman sekarang.
Samada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…