Kata orang, dah kahwin rezeki laju je masuk. Tapi ada sesetengah pasangan yang terasa terbeban dengan kedudukan kewangan rumahtangga mereka. Jangan salahkan takdir kerana Allah dah sediakan banyak rezeki untuk kita cari.
Tapi pernah tak anda terfikir yang rezeki itu boleh dicari dengan berusaha. Dan rezeki juga ada kena mengena dengan apa yang berlaku di dalam rumah kita sendiri. Sebab itulah duit sentiasa tak cukup, emosi tak stabil dan cepat sangat naik marah. Keadaan rumahtangga anda pula asyik tidak tenang, serabut dan serba tak kena.
Nak tahu apa puncanya? Kita periksa hal ini satu per satu:
Dapur tak bersih
Sebelum tidur, anda pernah tak menjengah sinki di dapur. Pinggan mangkuk yang dilonggokkan di dalam sinki menjadi punca jin dan syaitan mencari makanan. Walaupun letih, jangan pernah biarkan sinki anda penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor.
Ads
Rumah bersawang
Rumah yang ditinggalkan seringkali penuh dengan sawang. Tapi ada juga rumah yang berpenghuni tetap bersawang kerana tuan rumah pun tak ada masa nak bersihkan. Sebab itulah mak-mak kita selalu pesan cuci sawang di rumah.
Tandas kotor
Ads
Tandas memang menjadi tempat tinggal jin dan syaitan. Setiap kali tibanya waktu Maghrib, berpusu-pusu syaitan masuk ke dalam bilik air. Dan syaitan sememangnya sangat sukakan tempat kotor.
Pintu tandas terbuka
Bila pintu tandas terbuka, seronoklah jin dan syaitan bermaharajalela. Itulah ‘taman permainan’ mereka. Pastikan pintu tandas sentiasa di tutup. Untuk tandas duduk pula, tutuplah bahagian atas itu.
Ya, bagi mereka yang baru sahaja berkahwin, tingkap waktu atau “window period” untuk mereka menderma kembali adalah selama 1 TAHUN .
KENAPA?
Tingkap waktu ini adalah untuk memastikan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga bebas daripada sebarang jangkitan penyakit terutamanya virus HIV atau penyakit-penyakit berjangkit yang lain.
Pasangan suami isteri juga hendaklah mengambil tahu sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang mempunyai penyakit seperti Hepatatis A, B atau C.
Ini adalah untuk memastikan pasangan suami isteri bebas daripada jangkitan penyakit-penyakit yang dinyatakan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.
Selepas 1 tahun barulah anda boleh menderma darah kembali seperti biasa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya, sebaiknya sebelum kahwin anda kena persiapkan diri soal tentang nak didik anak-anak. Perkahwinan ini bukan hanya berfikir tentang suami isteri tetapi anak-anak juga termasuk kerana kita sedang membina sebuah keluarga.
Begitulah yang cuba disampaikan oleh Puan Syahirah Omar buat bakal pengantin yang mahu berkahwin dan punya anak-anak. Jemput hadam dan renungkan tanggung jawab masing-masing.
Anak-anak ini hanyalah pinjaman, yang saya perlu berusaha untuk besarkan mereka sebaik mungkin. Anak-anak juga ujian buat diri, dan masih jauh lagi perjalanan untuk membesarkan mereka.
Perjalanan membesarkan anak-anak memerlukan ibu dan ayah untuk sentiasa bergantung dengan Allah.
Sentiasa ingatkan diri kita,
Bukan kita yang supermom.
Bukan kita yang superdaddy.
Bukan kita yang paling hebat bila mengetahui segala jenis ilmu parenting.
Wallahi, bukan.
We are nothing without the will and the power of Allah.
1. Pentingnya anda yang bakal berumah tangga bersedia sebelum berkahwin lagi dengan ilmu parenting.
Salah satu matlamat untuk perkahwinan adalah untuk memiliki zuriat. Dan persediaan perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh. Bukan satu perkara yang kita boleh ambil mudah.
Saya ingat lagi zaman saya besarkan anak-anak. Semuanya sangat tak mudah jika dibandingkan zaman sekarang yang ilmu sangat mudah untuk digali.
Saya salah seorang ibu yang tidak bersedia sejak dari awal lagi. Bila lahirkan anak, saya memang perlahan-lahan explore sendiri bagaimana untuk besarkan mereka.
Memang satu perjalanan yang sangat panjang dan sepanjang membesarkan mereka saya juga belajar untuk mendidik diri. Cuma saya berpendapat amatlah rugi jika ibu ayah ambil mudah ilmu keibubapaan ini.
Jujur saya bertegas dengan kalian yang masih belum berumah tangga,
Jika kalian sama-sama tidak mempunyai matlamat untuk ke syurga,
Jika kalian tidak persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan, janganlah sesekali berkahwin dan memilih untuk menjadi ibu ayah. Pasti banyak lagi kerosakkan, kehancuran generasi yang bakal bertebaran di muka bumi ini.
Kerana perkahwinan bukan sekadar untuk menjauhkan diri kalian dari perbuatan zina.
Jangan hanya kerana hanya ingin mengelak dari dosa dalam tak sedar kita memikul dosa-dosa yang lebih berat sehingga akhir hayat kita.
Pesan Imam al-Ghazali, “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.”
Perkahwinan ini bukan satu perkara yang menyeronokan 24/7. Ada tanggungjawab dan ujian.
Maka, bersiap sedialah sebaik mungkin.
2. Anak pertama dan kedua saya banyak menelan kegagalan saya sebagai orang tua terutamanya dari segi pengurusan emosi dan ilmu parenting.
Saya ingat lagi zaman anak-anak masih kecil. Saya tidak tahu bagaimana mengajar mereka untuk mengenal Allah. Dalam mendidik anak-anak, paling penting ibu ayah perlu sentiasa berdoa dan perbetulkan niat.
Dan yakinlah Allah pasti akan bantu kita dengan memberi ilham dan permudahkan urusan kita.
Saya banyak mengikuti Muslim bloggers dari UK dan Alhamdulillah mereka banyak berkongsi tip bagaimana untuk mendidik anak-anak mengenal Allah. Zaman itu tidak banyak buku rujukan di pasaran, yang ada pun hanya dari Dakwah bookstore. Dan buku-buku dari UK ni tak murah. Memang berjimat cermat setiap bulan hanya untuk membeli bahan bacaan yang baru.
Berbeza sungguh kalau nak dibandingkan dengan sekarang kan?
Cuma apa yang saya boleh kongsikan, selain ilmu, anak-anak perlu dibesarkan dalam biah solehah.
Your children are watching and learning everything you do. Semua yang mereka lihat akan diserap dan disimpan seperti span.
3. Setiap perbuatan ibu ayah perlu ingatkan anak tentang kasih sayang Allah, kekuasaan Allah, dan semuanya tentang Allah.
Jika anak sakit,
Sebelum beri ubat, ajak anak-anak untuk berdoa pada Allah agar diberi kesembuhan.
Jika anak mahu sesuatu,
Ajak mereka minta dari Allah terlebih dahulu bukan dari ibu ayah.
Jika anak silap,
Ajak mereka untuk beristghfar dan memohon keampunan dari Allah.
Dan biasakan diri untuk ‘menunjuk-nunjuk’ pada anak-anak setiap kali beribadah.
Bila kita tidak tahu untuk buat pilihan, buatlah solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah.
Bila kita ditimpa musibah, solat dan menangislah pada Allah.
Bila kita diberi nikmat kegembiraan, sujud syukur tanda kita berterima kasih pada Allah.
Bila kita mahukan sesuatu, solat hajat memohon pada Allah kerana hanya Allah yang Maha berkuasa.
Biasakan mereka dengan al-Quran, hadith dan kisah orang-orang soleh.
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab ( al-Quran) dan sunnah nabi-Nya ( sunnah Nabi)”
Riwayat Malik 1594.
4. Biasakan mereka untuk hidup berdisplin dengan mengikut rutin yang kita tetapkan. Bila anak semakin besar saya beri mereka untuk rancang sendiri jadual harian mereka.
Cuma apa yang paling saya tekankan,
– Masing-masing perlu tahu jam berapa masuk waktu solat.
– Dengar azan , terus wudhu dan solat. Nak keluar ke mana pun rancang perjalanan sebaiknya. Jika keluar sebelum solat, pastikan tempat yang dituju mudah untuk solat. Ataupun keluar selepas selesai solat.
– Setiap hari ada waktu untuk Quran dan hafazan. Balik rumah daddy, pergi jalan balik kampung mesti bawa telekung dan Quran.
– 1 jam sehari saja untuk penggunaan smartphone. Dilarang gunakan smartphone dalam bilik seorang diri dengan memakai earphone. Kemudian lepas guna letak semula dalam bilik ummi. Alhamdulillah mereka sangat taat dan jaga peluang yang diberikan sebaik mungkin.
– Check status halal setiap kali beli sesuatu. Sebagai ibu berusaha untuk masak sendiri di rumah. Kalau penat sangat saya akan beli dari kedai yang pekerjanya menjaga solat.
Paling penting betulkan niat bekerja kerana Allah, amanah, dan tidak curi tulang sewaktu bekerja. Kerana kita perlu berusaha untuk mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak-anak.
– Jika buat salah, hukuman istighfar akan dikenakan bergantung pada tahap kesalahan. Bila rutinkan sejak kecil, saya tak perlu ingatkan mereka lagi dah. Alhamdulillah dengan sendiri mereka akan ambil tally counter.
5. Pilihlah environment yang sihat untuk besarkan anak-anak . Kejiranan, sekolah, dan pantau dengan siapa anak-anak berkawan. Kerana kita tak mampu besarkan anak seorang diri.
It takes a village to raise a child.
6. Your children deserve more than just leftovers. Jangan abaikan emosi mereka. Jangan sakitkan mereka dengan melampiaskan segala tekanan. Didiklah mereka untuk menjadi seorang manusia.
Berusahalah pulihkan diri jika sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Didiklah anak dengan penuh kasih sayang . Tidak perlu marah menjerit hanya untuk mereka menurut perintah.
Jika ada yang tidak kena dengan anak-anak, berusahalah muhasabah diri untuk lihat kembali bahagian mana pada diri kita yang perlu perbaiki. Kukuhkan iman dan tauhid anak-anak berbanding ilmu yang lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merisik atau ‘menyiasat’ merupakan adat dan amalan tradisi yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Merisik bakal calon adalah suatu proses yang sangat disarankan sebelum seseorang itu berumah tangga. Ia bertujuan untuk mengetahui bakal calon sama ada telah berpunya ataupun tidak di samping mengenali calon pilihan itu dengan lebih dekat.
Proses risikan oleh masyarakat dahulu, biasanya akan dilakukan oleh kaum lelaki dengan diwakili ahli keluarganya yang akan berkunjung ke rumah calon perempuan. Namun masyarakat sekarang lebih terbuka dengan isu ini. Ada antara mereka yang merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihannya mahupun menggunakan orang tengah seperti sahabat ataupun wakil yang dilantik untuk menyatakan hajat mereka.
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon. Dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W. bahawa dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita Ansar. Rasulullah S.A.W. kemudian bertanya:
“Adakah kamu telah melihatnya?”
Jawab pemuda itu, “Belum.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, “Lihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.”
(Hadis Riwayat Muslim : 3550)
Daripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah S.A.W. sangat menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk merisik dan melihat wajah bakal isterinya. Tujuan risikan tersebut adalah supaya diberi rasa ketenangan dan kedamaian jiwa untuk meneruskan perkahwinan.
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...