Pernah tengok orang-orang kaya yang gagal dalam perkahwinan? Mereka ini mungkin mampu beli segala apa yang mereka nak dalam dunia tapi hubungan dengan pasangan tetap hancur berkecai. Malangnya bagi mereka, kesetiaan memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Itulah hakikat kehidupan. Tak semestinya bila kita ada duit, kita boleh miliki segalanya. Bak kata Warren Buffet: Honesty is a very expensive gift, Don’t expect it from cheap people.

Keluarga memainkan peranan penting dalam menjadi tulang belakang yang menyokong kita untuk ke peringkat di mana kita ada sekarang. Semua orang pun impikan untuk hidup dalam suasana keluarga bahagia betul tak?

Semestinya, duit tak boleh beli nilai keakraban dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Buktinya? Ada banyak keluarga di luar sana yang ada banyak duit dan kaya raya, tapi langsung tak bahagia. Pepatah ‘money can’t buy happiness’ tu memang tepat!

Ini perkongsian Bonda Rozita di Instagramnya.

Macam mana sedap makan diluar tetap paling nikmat makan di rumah gak paling sedap , macam mana indah hidup bebas diluar tetap terindah bersama family
.
Gaduh macam mana pun baik kembali “ tanpa kusut kita xjumpa sesuatu utk diurai kan , tekun cari mana puncanya maka dr gaduh tu makin faham dan jadi rapat “ .
.
Semua tu ada dlm family , pekerjaan dn persahabatan siapa kawan siapa akan jadi lawan… islam menetapkan syariat dan siraturahmi sebagai keutamaan
Org Sabar itu kuat dan cekal hujung yang bawa banyak hikmahnya