Walaupun sudah setahun lebih kami mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga, kami berdua masih gagal memupuk rasa cinta antara satu sama lain. Sebelum berkahwin, masing-masing telah mempunyai pasangan, namun apakan daya atas kehendak keluarga, kami disatukan.
Kami bersetuju kerana tidak mahu melukakan hati keluarga. Akhir-akhir ini kedua-dua keluarga sudah bertanyakan kami tentang zuriat.
suami
Bagaimana ingin ada zuriat sedangkan kami tidak tidur sebilik. Walaupun begitu saya dan suami masih bertegur seperti biasa cuma kami tidak mesra seperti pasangan suami isteri yang lain. Bantulah kami.
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk saling membahagiakan tidak kira perkahwinan itu wujud atas pilihan sendiri atau pilihan keluarga.
Ads
Isteri bertanggungjawab membahagiakan suami dan suami juga bertanggungjawab untuk membahagiakan isteri, bukan hanya berpura-pura bagi membuktikan bahagia kepada ibu bapa yang mengatur jodoh antara kalian berdua.
Dalam usaha menangani isu ini, sebagai isteri, anda boleh memulakan dengan menggoda suami sendiri.
Ads
Suami atau lelaki, biar tidak cinta pada mulanya, in sha Allah akan tergoda dan jatuh cinta juga dengan isteri sendiri jika isteri pandai memujuk dan menggoda.
Ads
Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengambil berat tentang dirinya, gunakan kata-kata manja dan ayat-ayat cinta. Berikan sentuhan dan belaian. Cari jalan untuk tidur bersama. Dalam masa yang sama, berdoa agar anda mencintainya dan suami juga menerima dan mencintai anda.
sumber internet
Usahakan dahulu dalam masa tiga bulan. Andai tidak ada hasil, dapatkan bantuan daripada kaunselor untuk menegur dan menasihati suami pula tentang tanggungjawabnya untuk membahagiakan anda sebagai isterinya. segala yang terbaik untuk anda.
Oleh pakar: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi.
Nak rumah tangga bahagia selalu, amalkan cara romantik Rasulullah ini kepada pasangan anda.
1. Hantar isteri keluar rumah
Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”
2. Bawa isteri jalan-jalan
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Suapkan makanan
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
4. Panggilan manja
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
4. Ketenangan jiwa
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diabetes telah menjadi satu epidemik di seluruh dunia. Apabila anda menghidap diabetes, anda akan hidup dengannya seumur hidup. Walaubagaimanapun, anda boleh mengambil langkah untuk mengawal situasi tersebut. Pengawalan saiz hidangan adalah sesuatu yang mudah dan kaedah yang berkesan untuk membantu mengawal kadar kandungan gula dalam darah dan mengawal berat badan anda, lebih-lebih buat anda bakal pengantin yang perlu sentiasa sihat dan kekal anggun di hari bahagia.
Apakah pengawalan saiz hidangan?
Pengawalan diabetes selalunya melibatkan pengamalan diet yang sihat dan seimbang. Akan tetapi, anda mungkin tidak tahu mengenai berapa banyak kandungan makanan yang perlu anda ambil seperti yang disarankan. Oleh itu, cara pengawalan saiz hidangan diwujudkan dan jenisnya termasuklah alat pengukur makanan, saiz hidangan berpandukan sudu dan kadar mengikut saiz cawan.
Apakah cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan?
Cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan adalah cara untuk membantu anda merancang diet yang sihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Diet yang sihat adalah cara pemakanan yang melibatkan pelbagai jenis makanan:
Sayuran yang segar. Sayuran berkanji seperti jagung, kekacang, peas manakala sayuran tidak berkanji adalah seperti brokoli dan sawi.
Bijirin penuh seperti beras.
Buah-buahan terutamanya buahan segar seperti oren dan grapefruit.
Produk tenusu tanpa lemak seperti susu tanpa lemak dan yogurt.
Protein tanpa lemak seperti daging tanpa lemak dan ikan.
Ayam.
Tiada diet yang sempurna. Oleh itu, makan engan cara pengawalan saiz hidangan adalah cara yang terbaik kearah diet yang sihat untuk pesakit diabetes.
Bagaimana untuk menentukan saiz hidangan anda?
Anda boleh menentukan saiz hidangan anda melalui cara ini:
Anda boleh menggunakan alat khas atau pinggan (pinggan besar) untuk menentukan saiz hidangan anda. Sekiranya anda menggunakan pinggan, lukiskan garisan untuk membahagikan pinggan kepada dua bahagian yang sama. Buat satu lagi garisan pembahagi yang sama kepada satu daripada dua bahagian yang telah digariskan sebelum ini.
Isikan bahagian yang paling besar dengan sayuran tidak berkanji seperti brokoli. Bagi satu bahagian kecil yang lain, isikan dengan bijirin atau makanan berkanji seperti nasi, pasta atau jagung. Untuk bahagian kecil yang lain, isikan dengan sumber protein seperti ikan.
Jangan lupa untuk mengambil sedikit kandungan lemak yang baik seperti kekacang, bijian atau avocado.
Tambahkan jus segar atau jus buahan atau produk tenusu tanpa lemak.
Pilih minuman tanpa gula seperti air putih dan teh.
Anda juga boleh menggunakan penimbang untuk mengetahui saiz sebenar hidangan anda.
Sesetengah sudu atau cawan mungkin menunjukkan saiz ukuran bagi hidangan anda.
Adalah amat penting bagi penghidap diabetes untuk makan secara sihat yang menyertakan pelbagai jenis makanan dengan saiz kandungan hidangan yang tepat. Anda boleh menggunakan alat khas yang tersedia di pasaran atau menggunakan alat ukuran anda yang tersendiri.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...