Maggi Kari Soya, 5 Minit Siap Masak! Pengantin Baru Yang Tengah Belajar Masak, Boleh Cuba Resipi Doktor Kacak Ini

Share

Bagi mereka yang baru berkahwin dan sedang belajar-belajar memasak, tentu masih tercari-cari menu apa yang sesuai untuk dimasak buat suami tercinta.

Kadang-kadang bosan juga makan nasi. Sekali-sekala teringin juga hendak makan menu yang ringkas dan mudah disediakan.

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan doktor ini berkongsi resipi mudah maggi kari soya. Berikut resipi dan cara-cara memasak. Selamat mencuba!

RESIPI MAGGI KARI SOYA

Bahan-bahan: (1 orang makan)

1 bungkus mi segera
1 kotak minuman soya (250 ml)
1 butir telur
2 tangkai cendawan
1 batang daun bawang
1 sudu besar biji bijan
1 sudu teh minyak bijan
1 keping nori
1 sudu besar chili oil

CARA MEMBUAT:

  1. Boleh guna mi Maggi perencah kari atau ayam. Selain itu, sila gunakan air soya tanpa gula atau kurang manis.

2. Pertama sekali, masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk. Isi dengan air sebanyak secawan (250 ml). Boleh guna cendawan shiitake segar atau kering, cendawan butang, atau apa-apa cendawan.

3. Kemudian pecahkan telur ke dalam cawan yang berisi 200 ml air (bersuhu bilik). Teknik ini telur rebus tanpa kulit.

4. Masukkan mangkuk dan cawan tadi dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), dan letak pemasa selama 1 ½ minit. Kadang-kadang perlu 2 minit. Bergantung jenis microwave.

5. Apabila mi sudah kembang, tos dan buang airnya. Jika tidak kisah, guna air rendaman mi, tadi tak payah pakai air, terus guna minuman soya untuk rendam mi. Terpulang masing-masing.

6. Ketepikan mi yang sudah ditos. Dalam mangkuk tadi, campur air soya bersama perencah. Kemudian panaskan dalam microwave 1-2 minit. Kalau lebih, mungkin air soya tu akan berketul.

7. Apabila sudah panas, keluarkan dan campur minyak bijan sedikit. Kalau tidak suka minyak bijan, boleh langkau. Minyak bijan memberikan aroma yang membangkitkan selera.

8. Selepas itu susun telur yang kita sudah masak dalam cawan tadi, daun bawang, cendawan, kepingan nori. Letak sedikit minyak cili (chili oil).

9. Tabur bijan yang sudah disangai. Sebenarnya boleh letak apa sahaja yang kalian suka pada mi ini. Ayam, itik, sosej, bawang goreng, sayur, dan sebagainya.

10. Kuah mi ini berempah, dan berlemak. Makan dengan chili oil memang sepadan. Daun bawang pula rangup, dan nori pula memberi rasa ‘laut’ kepada hidangan ini. Telur sebagai sumber protein.

11. Boleh disediakan dalam masa 5 minit, tapi nampak macam hidangan 5 bintang. Cubalah!

Sumber: FB Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan 

IKLAN