Tiada wanita yang mahu kelihatan berseri tidak mengenal usia muda mahupun tua. Bukan hanya menjaga pemakanan malah dengan melakukan beberapa amalan diri akan kekal menarik dan mempesona. Bak kata orang tidak jemu mata memandang.

Petua ini diajarkan oleh Dato Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Anda boleh amalkan kesemua cara ini ataupun mengamalkan hanya satu cara sahaja, asalkan anda istiqamah mengamalkannya.

Mahu Awet Muda, Dato Dr. Fatma El-Zahra Kongsi Amalan Yang Wanita Boleh Manfaatkan

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak. Ambil segelas air.

Baca al-Fatihah sekali
Baca Ayatul Qursi sekali
Baca Surah al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali

Ads

Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga.

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut.

Ads

Baca Ya Badiyah 1 kali
Baca Ya Nur 1 kali
Baca Ya Hadi 1 kali
Baca Ya Allah 3 kali

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Ads

Cara 3:
Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut.

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah setiap kali selepas solat Subuh.
Selepas baca ayat-ayat ini, hembuskan pada air. Kemudian minum air tersebut.

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Sumber : sehinggit pic by KTJ

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI